Digital clock

Friday, 22 November 2013

Pangkor World Jetrace Challenge 2013 Tarikan Untuk Bercuti di Pangkor



PANGKOR WORLD JETRACE 2013(PWJC13) 30 

NOV - 1 DIS 2013


DIANJURKAN OLEH KERAJAAN NEGERI PERAK, JAWATANKUASA KOMUNIKASI,MULTIMEDIA,BELIA DAN SUKAN SERTA JAWATANKUASA KESIHATAN, PELANCONGAN DAN KEBUDAYAAN NEGERI PERAK BERSAMA MAJLIS PERBANDARAN MANJUNG.....

PENAJA UTAMA OLEH AMANJAYA HOLDINGS & VENTURES, PENAJA EKSKLUSIF IAITU INTEGRAX BHD SERTA DISOKONG OLEH TOURISM PERAK, Peraknews.com, PUTERI BAYU BEACH RRSORT, MILO, explorehood.com DAN PRINTHINK HAUS MALAYSIA......

PENGERUSAN ACARA TEMPATAN IAITU TRI-SILVER EVENT(TEAM),
PENGURUSAN TEKNIKAL OLEH KELAB SUKAN KRAF AIR MALAYSIA(KSKA)..
DIIKTIRAF OLEH BADAN NAUNGAN SUKAN JETSKI ANTARABANGSA IAITU INTERNATIONAL JETSKI AND BOATING ASSOCIATION(IJSBA)...




SIDANG MEDIA DATUK SHAHRUL ZAMAN 
PWJC13 (PANGKOR WORLD JETRACE CHALLENGE)

Tuesday, 19 November 2013

KEPUTUSAN MELAKSANAKAN HUDUD PERLU PINDAAN PERLEMBAGAAN??????

KUALA LUMPUR - Kerajaan perlu meminda Perlembagaan negara bagi melaksanakan hukum hudud, kata ahli Parlimen Gua Musang, Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah.


Bagaimanapun katanya, sebelum berlaku sebarang pindaan bagi melaksanakan hukum itu, ia turut memerlukan persetujuan daripada  semua pihak.



"Kalau Perlembagaan tidak dipinda, bagaimana untuk dilaksanakan di negeri-negeri yang tidak mempunyai kuasa bagi menyelaras perkara tersebut.


SIAPA TAKUT SIAPA???? PAS ATAU DAP?????






Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali hari ini mengelak mengulas mengenai pendirian rasmi mereka berhubung gesaan pembatalan parti politik berasaskan bangsa dan agama oleh pengerusi DAP Karpal Singh.

Walaupun didesak beberapa kali oleh wartawan sama ada pendirian parti Islam itu sejajar dengan pendirian Pemuda PAS yang mengkritik keras, Mustafa tetap tidak menjawab secara langsung. 

Beliau sebaliknya menjelaskan mahu melihat perkembangannya terlebih dahulu.

Wartawan: Pemuda PAS beri masa kepada Karpal lima hari, Muslimat pun tuntut beliau mohon maaf.

Mustafa: Tak apa, itu semua wakil PAS. Pemuda pun wakil PAS, Muslimat pun PAS, itu wakillah itu. Suaralah itu.

Wartawan: Adakah bermaksud sama dengan Pemuda PAS?


Mustafa: Itu punya hak masing-masing. Itu hak dewan, macam mana nak nyatakan. Kamu tanya Karpal, dia wakil DAP atau tidak? Boleh tanya macam itu. (ketawa). Jadi saya kata, dewan-dewan itu wakil yang sah, mewakili PAS. Dewan Muslimat, dewan yang sah mewakili PAS. Pemuda pun dewan sah mewakili PAS. Jadi, fahamlah itu.

Wartawan: Pandangan rasmi PAS pusat bagaimana?


sambungan soal jawab

Sunday, 17 November 2013

Siapa Kuat Diantara Ulamak dan Erdogan..... DISINILAH KERETAKKAN BERMULA......



Calon untuk jawatan timbalan presiden PAS Datuk Nik Amar Nik Abdullah menegaskan keperluan PAS mengkaji kerjasamanya dengan DAP dan PKR setelah parti itu gagal mendapatkan sokongan majoriti pengundi Melayu pada Pilihanraya Umum ke-13 (PRU13).
“PAS ketinggalan dalam PRU yang lalu dalam jumlah kerusi yang dimenangi. Kita menang 21 kerusi parlimen berbanding 23 sebelum ini, sedangkan Umno menambah daripada 79 kepada 89. Kita tidak boleh mencapai matlamat untuk menggantikan Umno jika kita tidak mendapat sokongan majoriti pengundi melayu Islam.
“Kita bukan nak menarik diri daripada Pakatan Rakyat tetapi kita perlu mengkaji masalah dan kesilapan yang menyebabkan orang melayu menyokong Umno bukan PAS.
Sungguhpun saya satu-satunya calon ulama ‘untuk jawatan timbalan presiden’ saya berharap untuk mewakili semua pihak dalam PAS,” beliau dipetik berkata oleh The Star.
Nik Amar akan mencabar Mohamad Sabu dalam persaingan dua penjuru untuk jawatan timbalan presiden pada muktamar parti 22-24 November ini, saingan itu dilihat sebagai kemuncak pertandingan antara golongan erdogan ‘Mat Sabu’ dan ulama yang diwakili oleh Nik Amar.
Calon lain yang layak untuk bertanding jawatan itu seperti Husam Musa, Salahuddin Ayob, Tuan Ibrahim Tuan Man memilih untuk bertanding jawatan lain.
Sekiranya menang Nik Amar akan memastikan dua jawatan tertinggi dalam PAS diisi oleh golongan ulama ekoran desakan akar umbi yang mahu parti itu lebih lantang bersuara dalam isu-isu agama.
Datuk Seri Abdul Hadi awang menang bertanding jawatan presiden parti untuk penggal keenam berturut-turut.  >>sini










IPOH KAWASAN YANG DIDIAMI SATU BANGSA DARI DULU HINGGA KINI????







 Perbandaran Ipoh ini yang berkeluasannya 13,640.81 hektar terdapat beberapa kawasan Perkarapungan Baru. Jika disingkapkan kembali akan sejarah penubuhannya. Ianya adalah pada mulanya didiami oleh kaum Bumiputra.

   Selepas terjumpanya hasil galian yang mewah iaitu Bijih Timah di kawasan persekitarannya kawasan Lembah Kinta. Struktur penduduk ini telah bertukar di mana ianya menjadi kawasan yang majoritinya kaum bukan Bumiputra.


 Berdasarkan kepada sejarah perkembangan penduduk yang mana bermula pada tahun 1883 iaitu berjumlah 4000 orang penduduk sehingga ketahun 1980 di mana penduduk menjadi 344,627 orang, hanya 17 peratus sahaja terdiri daripada kaum Bumiputra.

   Kawasan Perkampungan Baru ini adalah salah satu daripada kawasan yang menyumbangkan sumber kependudukan di Perbandaran Ipoh. Salah satu daripada kawasan Perkampungan Baru ini yang diperkajikan ini adalah Kampung Baru Gunung Rapat.

   Kampung Baru Gunung Rapat ini jika dibandingkan dengan kawasan-kawasan yang selainnya di Perbandaran Ipoh yang mana ianya adalah kawasan berbilang kaum, ianya adalah berbedza sedikit
di mana daripada mula ditubuhkan sehinggalah masa kini, ianya masih lagi tetap sebagai kawasan majoriti satu bangsa sahaja dan menjadi kawasan kediaman bukan Bumiputra.



ini sebahagian thesis tentang BANDARAYA IPOH...












Thursday, 14 November 2013

HATI-HATI!!! BANYAK PENIPUAN MENGGUNAKAN NAMA MENTERI BESAR...

IPOH 13 Nov. - Orang ramai diingatkan tidak mudah percaya dan sentiasa berhati-hati supaya tidak terperangkap dengan kegiatan pihak tertentu yang melakukan penipuan menggunakan nama Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir.


Zambry berkata, dalam melaksanakan rancangan mereka, pihak tersebut juga menggunakan pelbagai cara termasuk mendakwa mempunyai hubungan baik dengan beliau malah ada yang sanggup menggunakan gambar beliau dan mendakwa mereka adalah ahli keluarganya.


Kata beliau, mereka juga turut memalsukan tandatangannya dan kepala surat Pejabat Menteri Besar selain mengunakan nama pegawai kanan kerajaan serta Exco kerajaan negeri untuk memperdayakan orang ramai bagi mendapatkan keuntungan.


"Perkara ini telah berkali-kali saya sebutkan dan saya perlu terus mengulanginya supaya orang ramai berhati-hati dan beringat kerana sindiket ini sangat licik.


"Mereka ini pandai mewujudkan bukti seolah-olah diberikan amanat dan kepercayaan bagi pihak Menteri Besar, pegawai kanan kerajaan, Exco atau kerabat diraja dan kejadian paling terbaharu berlaku semalam.


"Dalam kejadian ini mereka bukan sahaja menggunakan kepala surat Pejabat Menteri Besar yang salah malahan meniru tandatangan saya berkaitan satu pelaburan di negeri ini," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan Exco di sini hari ini.


ARTIKEL PENUH

AWEK JADI BAHAN IMAGINASI UNTUK LELAKI MIANG!!!

Semuanya kerana otak. Otak memproses imej seorang lelaki dan seorang wanita secara berbeza. Lelaki dilihatnya sebagai manusia keseluruhannya manakala wanita akan dilihatnya mengikut bahagian-bahagian tubuh.


LAGI GAMBAR DISINI




PARLIMEN JADI TEMPAT MAIN KAPAL TROBANG KERTAS....

KUALA LUMPUR - Sidang Dewan Rakyat hari ini kecoh ketika usul menggantung Ahli Parlimen Padang Serai, N Surendran dari PKR dibacakan.



Kecewa dengan usul yang dikemukakan, Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad turut melipat kertas usul dan dijadikan kapal terbang kertas.



Usul yang dibacakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Nancy Shukri turut mendapat sorakkan kuat dari ahli Parlimen pembangkang sambil "tarik balik" berulang kali.

Antara yang bangun membantah ialah Ahli Parlimen Gelang Patah, Lim Kit Siang; Ahli Parlimen Gombak, Mohamed Azmin Ali, dan Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo.

Azmin turut dilihat merenyukkan kertas usul berkenaan sambil menunjukkannya kepada Timbalan Speaker, Datuk Ronald Kiandee.

"Usul haram ... tarik balik!" jerit ahli Parlimen PR semasa usul berkenaan dibacakan, sambil menepuk meja..


.BACA LAGI

Thursday, 7 November 2013

GEMPAR!!!! JEPUN MAKAN ALAT KELAMIN SENDIRI!!!!!

   Ada-ada saja perilaku orang Jepun ni. Mouri Suguyama nama wanita tersebut memotong bahagian kelaminnya di sebuah klinik. Tak hanya itu. Suguyama kemudian memasak bahagian yang dipotong itu dan menjualnya ke publik seperti layaknya daging. Wanita itu juga membuat iklan untuk menjual Bahagian-bahagian yang dipotong tersebut.
Dalam akun Twitter miliknya, Suguyama menuliskan, "saya menawarkan bahagian Kelaminnya untuk disajikan sebagai makanan." bahagian kelaminnya itu dijual dengan harga 1000.000 Yen atau sekitar Rm 44000.

   Pembeli yang tertarik akan mendapatkan bahagian kelamin itu. Ia kemudian mempersiapkan dan akan memasaknya sendiri di lokasi yang dipilih atas permintaan pembeli. Dia memasak Bahagian kelamin sendiri sebelum diketahui oleh koki. Bahagian kelaminnya itu juga dihiasi dengan jamur dan peterseli.

   Sebelumnya, Wanita berusia 22 tahun itu membuat tamu menandatangani surat pernyataan, menyatakan dia tidak bertanggung jawab jika mereka jatuh sakit setelah makan Bahagian kelaminnya. Para tetamu yang terdiri dari dua orang wanita dan tiga orang lelaki itu mengatakan bahawa bahagian kelamin sangat kenyal dan rasanya juga enak.

   Suguyama ternyata adalah penganut aseksual. Ia bahkan telah menghilangkan puting payudaranya sendiri. Wanita aneh itu juga tidak risau akan kehilangan organ-organ nye jika ade tempahan lain. 

   Bagi GRC Puak2 ni dah bosan idop.... GRC rasa dah sampai masa TABLIGH masuk ke Jepun.... Bior ade sinar Keislaman ckit kat sana..... Baru le deme dapat Penyuluh Kehidupan biia bersama Islam.....



Tuesday, 5 November 2013

SIAPA PUNYA KERJA!!! MASIH BERLELUASA BENDA NI!!!!

Ini lah sarang judi.... jgn terkejut kerana tempatnye menyerupai cyber cafe.... disinilah org2 melayu golongan sederhana dan miskin ingin jadi kaya kononnye.... kini tokei2 jackpot ni sedang memerhati kawasan felda pulak untuk membuka cawangan.... kerana mereka kata melayu felda kini banyak duit....

 HATI2... KEPADA POLIS2 n MAJLIS PERBANDARAN cepat HAPUSKAN tempat2 ni..... JANGAN NAK JADI PEMALAS!!!!!

DISINI LAH TEMPAT HABIS WANGNYE... PASTU SALAH KAN GOMEN... NAYER LA... BUKAN BELANJA RUMAH TAK CUKUP TP DAH HABIS KAT TEMPAT-TEMPAT MACAM NI.....

TOLONG LA PIHAK BERKUASA BUAT SESUATU!!!!