Tuesday 19 November 2013

KEPUTUSAN MELAKSANAKAN HUDUD PERLU PINDAAN PERLEMBAGAAN??????

KUALA LUMPUR - Kerajaan perlu meminda Perlembagaan negara bagi melaksanakan hukum hudud, kata ahli Parlimen Gua Musang, Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah.


Bagaimanapun katanya, sebelum berlaku sebarang pindaan bagi melaksanakan hukum itu, ia turut memerlukan persetujuan daripada  semua pihak.



"Kalau Perlembagaan tidak dipinda, bagaimana untuk dilaksanakan di negeri-negeri yang tidak mempunyai kuasa bagi menyelaras perkara tersebut.


SIAPA TAKUT SIAPA???? PAS ATAU DAP?????






Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali hari ini mengelak mengulas mengenai pendirian rasmi mereka berhubung gesaan pembatalan parti politik berasaskan bangsa dan agama oleh pengerusi DAP Karpal Singh.

Walaupun didesak beberapa kali oleh wartawan sama ada pendirian parti Islam itu sejajar dengan pendirian Pemuda PAS yang mengkritik keras, Mustafa tetap tidak menjawab secara langsung. 

Beliau sebaliknya menjelaskan mahu melihat perkembangannya terlebih dahulu.

Wartawan: Pemuda PAS beri masa kepada Karpal lima hari, Muslimat pun tuntut beliau mohon maaf.

Mustafa: Tak apa, itu semua wakil PAS. Pemuda pun wakil PAS, Muslimat pun PAS, itu wakillah itu. Suaralah itu.

Wartawan: Adakah bermaksud sama dengan Pemuda PAS?


Mustafa: Itu punya hak masing-masing. Itu hak dewan, macam mana nak nyatakan. Kamu tanya Karpal, dia wakil DAP atau tidak? Boleh tanya macam itu. (ketawa). Jadi saya kata, dewan-dewan itu wakil yang sah, mewakili PAS. Dewan Muslimat, dewan yang sah mewakili PAS. Pemuda pun dewan sah mewakili PAS. Jadi, fahamlah itu.

Wartawan: Pandangan rasmi PAS pusat bagaimana?


sambungan soal jawab