Monday 15 April 2013

Bukti Video Nik Ajiz Sesat




Dibawah adalah video yang mengumpulkan pelbagai fatwa2 SESAT oleh pemimpin2 Pas. Para bloggers boleh buat editing ikut point2 mana yang ingin dihuraikan dengan lebih lanjut. Atau sebar je secara keseluruhan ... tak sampai 10 minit pun.

Untuk rujukan saya catitkan minit2 ikut point -

Mula - Amanat Hadi



1.02 - Hadi menfatwakan mangsa2 Memali sebagai Syahid
2:52 - Visual Sembahyang 2 Imam
3:34 - Hadi menyalahtafsir ayat 251 alBaqarah bagi menghalalkan perkelahian sesama manusia
4:00 - Nizar menfatwakan sebagai Haram Syarie menyokong Umno
4:30 - Baiah Talak 3 Pas
5:00 - Nabi di Mat Kampungkan oleh Nik Aziz
6:00 - Nik Aziz menghalalkan Demonstrasi dan menyifatkan Solat sebagai Demo
6:32 - Perbandingan Ucapan Hadi antara tahun 2003 berkenaan Negara Islam dan Ucapan tahun 2011 mengenai Negara Berkebajikan
8:11 - Bantuan Syaitan Diterima Nik Aziz
8:30 - Ucapan Lim Guan Eng yang menyatakan Hudud oleh Pas perlu restu Dap


HANCURRRR... Pemimpin Boleh Berzina Selagi Ada Bulan

Jadi apa yg marah sgt kalau ada org dedahkan video salah laku ini? Bukan nak aib kan tapi nak bagitau rakyat hal atau perangai sebenar pemimpin yg sesetengah mereka agung agung kan itu. Nilailah sendiri video yg tersebar itu. Mungkin pelanduk dua serupa ... mungkin juga tidak. Ahhhh sendiri fikir lah. Perlukan Mustafa Ali bersumpah? Hahahahaha jangan harap lah! Tak berani nyer dia!


Gambar diatas cuma lakaran grafik satu imaginasi dari dua keping gambar yang berbeza.

Baik Datuk Mustapha Ali maupun Datuk Seri Haji Hadi Awang tidak perlukan merasa sensitif kalau ada orang yang melakar macam-macam sejak muncul isu video lelaki yang didakwa Setiausaha Agung PAS. Seterusnya klik sini

GEMPARRRR.... Sah Mat Taib Bersama Pas...

Tahukah Anda......?: GEMPARRRR.... Sah Mat Taib Bersama Pas...: Borang kemasukkan yang sudah diisi bekas Menteri Besar Selangor Tan Sri Muhammad Muhd Taib kini berada ditangan Timbalan Mursyidul Am PAS...

Isu Stopa: Pucuk Pimpinan Pas Diam



SHAH ALAM : Pucuk pimpinan PAS diselar kerana mengambil sikap pilih kasih dalam menangani kes edaran video lucah yang mirip kepada Setiausaha Agungnya Datuk Mustafa Ali.

Timbalan Presiden Pertubuhan Jalur Tiga (JATI) Datuk Aidit Ghazali berkata PAS perlu bersikap profesional dan adil dengan melakukan siasatan mengikut syariat Islam terhadap mereka yang terbabit dengan video berkenaan.

“Dari segi tuntutan Islam bagaimana Allah S.W.T. mengajar kita dalam surah Al-Hujurat, sekiranya kita dapat khabar ataupun berita dan walaupun khabar ini adalah daripada orang yang fasik, Allah tuntut atas kita untuk selidik,” katanya.

Menurutnya, pemimpin PAS tidak wajar menolak bulat-bulat tuduhan yang ditimbulkan tanpa menyelidikinya.

Aidit berkata walaupun ketulenan video itu masih belum dapat dibuktikan, PAS perlu mengambil tindakan pantas untuk membela ataupun mengadili ahlinya demi menjaga imej parti yang membawa nama Islam.

“Apa-apa khabar yang kalau sampai kepada kita, walaupun mungkin terkena pada batang hidung kita sendiri, walaupun terkena pada orang yang satu parti atau satu organisasi dengan kita sendiri, kita dituntut untuk selidik.

“Justeru apabila PAS bertindak secara emosional, bila PAS bertindak seolah-olah pilih kasih, bila PAS bertindak seolah-olah tidak mahu untuk tahu kebenaran, maka ini mencerminkan satu sifat PAS yang kelihatan semakin tidak matang, semakin bersifat taksub, semakin tidak tahu bagaimana hendak membuat pertimbangan,” katanya.

Aidit turut mempersoalkan tindakan pemimpin PAS yang seolah-olah ‘pilih kasih’ kerana umum maklum bahawa PAS adalah satu-satunya parti dalam barisan pembangkang yang lantang mendaulatkan undang-undang Islam.

Namun, kes video ini seolah-olah dipandang sepi oleh PAS dan mereka dilihat mengambil tindakan untuk mendiamkan diri dan mengelak bila diajukan soalan.

“Ramai dikalangan saya, kalangan agamawan, sarjana Islam, para ulama, mereka mengatakan kenapa PAS mengaku sebagai sebuah parti Islam, tetapi dalam bab ini (video seks) tak mahu pula ikut cara Islam. Seolah-olah memilih-milih, ini adalah satu perkara yang PAS kena jelas,” ujarnya.

Menurutnya, tindakan itu boleh menghakis imej PAS yang mendukung Islam kerana jelas pemimpin parti itu tidak bersikap telus dan adil, khususnya kepada masyarakat.

Pendedahan Siapa Samseng Pas....




Gambar hiasan


MACAI PAS ini merupakan seorang samseng PAS BANDAR TASIK IDAMAN, BATU GAJAH. Beliau  adalah seorang penjawat awam di  JKR yang juga merupakan ketua samseng PAS di sini… Kononnya….! diceritakan juga pada malam sebelum PM DATO’ SRI NAJIB TUN ABDUL RAZAK datang ke BATU GAJAH bagi MAJLIS PERASMIAN PECAH TANAH DI KTMB BATU GAJAH pada 9/04/2013, berlakunya beberapa tiang bendera PAS telah diturunkan atau dijatuhkan. Sebenarnya maklumat ini telah diketahui oleh PIHAK POLIS dan ianya telah pun di buat laporan sejam sebelum bendera itu dijatuhkan. Dari sumber maklumat yang boleh dipercayai mengatakan “PAS akan buat Provokasi PADA MALAM SEBELUM PM TURUN dengan mengantar orang PAS SENDIRI untuk menjatuhkan bendera PAS di kawasan tersebut, setelah itu menuduh orang BN di kawasan tersebut yang melakukannya”...

Seorang samseng PAS BANDAR TASIK IDAMAN telah naik angin gilernya lalu menuduh orang BN di kawasan setempat melakukan perkara tersebut. Ini salah satu taktik basi pembangkang untuk mencari peluang menyalahkan orang BN di kawasan tersebut..!!! Tanpa rasa segan dan silu dan bangganya dia  amaran!!.. tak pe kita nak tengok samseng dia tue sejauh mana… Almaklumlah, "Matiku Hidupku Adalah Untuk ke Syurga PAS. PANGKAH PAS PASTI MASUK SURGA….

Dengar ceritanya.., si mamat nie punyalah giler dan TAKSUB KEPADA PARTI PAS..! Tiap – tiap hari memakai baju PAS, tidur pun pakai baju PAS, bila pergi kebumian orang kematian pun pakai baju PAS.. Pendek kata baju PAS tue tak buka langsung.. tak lekang dari badan!! HEBAT!!  DENGAR CERITA JUGA RUMAH DIA PUN TERPACAK BENDERA DAP…  taksub… taksub…taksub…”
Ingatlah sikit awak tue bekerja KERAJAAN..!!!!!!!

Banyak lagi hendak dikatakan di sini, tapi bagi permulaan biarlah setakat ini saja…. Jika ia terus beperangai yang kurang ajar..’ NANTIKANLAH PENDEDAHAN YANG SETERUSNYA’ SIAP DENGAN GAMBAR LAGI KITA DEDAHKAN…!!!!!

Roti Tulur Wonekkkk.....




Teman tak tau ler...macam mana puak2 ni nak spin lagi...benda dah terang lagi bersuluh, cuma teman harap sape2 yang sebar VCD ni cepat2lah di kenal pasti..ape tidak nye dengor2 cerita satu lagi video nak keluar ni..cuma harapan teman, dalam PR kalau nak jatuhkan orang bukan begini caranya,lepas tu dok salahkan UMNO yang buat konspirasi..singkat betoi le pemikiran kau orang ni. Tapi teman tak heran pun pasainye....tengok le video kat bawah ni lepas tu nilai le sendiri betoi ke idak apa yang teman pikior dengan ape yang kome pikior...lihat kat bawah,tengok sampai abis...(tapi lepas ni confirm teman tak makan roti telor punyerrr..eeeiii geli.... Sumber

Begitu Rupanya Perasaan Cina dan India?

Sekolah berasrama penuh adalah idaman setiap anak anak maupun ibubapa. Bagi anak anak yang mendapat keputusan yang cemerlang didalam peperiksaan pastinya sekolah berasrama seperti MCKK,STAR dan MRSM menjadi pilihan. Bagi keputusan yang kurang memuaskan tapi masih dikategorikan sebagai berjaya akan memilih sekolah berasrama kelas kedua.

Rupa rupanya dalam memohon sekolah berasrama ini ada beberapa sentimen perlu digunakan. Antaranya ibu bapa pernah bersekolah di sekolah tersebut, ibu bapa ada pengaruh politik, ibu bapa kenal rapat dengan guru besar, PPD dan JPN.

Semua faktor itu memainkan peranan penting kerana rupa rupanya setiap haram jadah tu mempunyai kuota yang boleh digunakan untuk menyerapkan anak anak kroni dan saudara mara mereka kedalam sekolah tersebut. Niat baik kerajaan untuk membantu bumiputra miskin yang berjaya dalam pendidikan tidak tercapai

Bagi anak anak melayu yang gagal masuk ke sekolah berasrama disebabkan tidak mempunyai saluran kabel maka mereka akan merasa kecewa dan tiada bezanya nasib keadaan mereka dengan anak anak yang bukan bumiputra. Hak mereka hilang begitu sahaja hanya kerana sistem kroni....

Woi .... BABI LA LU ORANG....

Tahukah Anda......?: Woi .... BABI LA LU ORANG....: Menteri ada kuota.... Pengarah pendidikan ada kuota.... PPD pun ada kuota.... Guru Besar pun pakai kuota.... ANAK HARAM LA.... habis tu raky...

UMNO Buat Masjid Kerana Nak Bagi Kroni Yang Jadi Kontraktor


Nik Abdul Aziz Nik Mat dengan angkuh mempertahankan 'fatwa'nya sebelum ini bahawa solat orang UMNO tidak mendapat sebarang pahala, di Kompleks Perkhidmatan Veterinar, Kota Bharu, semalam.

Setelah menuduh solat orang UMNO tidak mendapat pahala, Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mendakwa, UMNO membuat masjid bukan kerana Islam sebaliknya mahu menjadi kontraktor.

Malah, Menteri Besar Kelantan itu berkata, program-program berkaitan Islam yang dilakukan UMNO juga tidak mendapat pahala kerana parti tersebut menolak Islam. "Di Kelantan ini banyak mana projek-projek Kerajaan Pusat buat, sepatah pun tidak memberitahu harga sebenar.

"Tentu ada benda yang tersembunyi, orang Melayu panggil 'sambil menyelam sambil minum air'. UMNO pula 'sambil menyelam sambil bekwoh (kenduri)'. Bukan setakat minum sahaja, makan besar," katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas melancarkan Projek Pawah Rusa di Kompleks Perkhidmatan Veterinar, di sini hari ini. 

Nik Abdul Aziz berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataannya dalam ceramah di Kampung Jambu dekat sini, 3 April lalu, yang mendakwa sembahyang orang UMNO tidak mendapat pahala kerana mendakwa parti itu menolak dasar Islam.

Mengenai dakwaannya itu, Nik Abdul Aziz dengan angkuh mempertahankannya dengan menegaskan, orang UMNO bermakna orang yang menolak Islam dan sembahyang mereka sememangnya tidak akan memperoleh sebarang ganjaran pahala. Dalam pada itu, Nik Abdul Aziz menyifatkan manifesto yang diumumkan Barisan Nasional (BN) demi kesejahteraan rakyat malam tadi sebagai mengarut. "Buatlah apa sahaja, asal tolak Islam semuanya mengarut," katanya.

Beliau berkata, orang Melayu sepatutnya menerima Islam dengan sepenuhnya dan menolak Islam bermakna mereka turut menolak Allah SWT. Dakwaan Nik Abdul Aziz itu dibidas banyak pihak terutama golongan ulama seperti Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria, Pengerusi Biro Agama Nadi Rakyat Malaysia, Rujhan Abd. Rahman dan Pengerusi Biro Bertindak Agama Minda Pondok, Mohd. Syamsul Mohd. Yusoff al-Hafiz.

Mustafa Ali Wajar Meletak Jawatan Demi Maruah Pas



KUALA LUMPUR 12 April - Apakah nasib Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali selepas ini berikutan tersebar video seks mirip beliau dalam internet?

Itulah persoalan yang bermain di fikiran banyak pihak berikutan tercetus desas-desus bahawa kepimpinan Pas mula menghadapi tekanan daripada peringkat akar umbi agar beliau meletakkan jawatan.

Difahamkan, walaupun enggan membuat sebarang ulasan berhubung penyebaran video itu, Mustafa sendiri dikatakan mungkin tidak mampu menghadapi tekanan agar beliau berundur bagi menjaga imej Pas.

Ini memandangkan di peringkat akar umbi, mereka mahu melihat kepimpinan Pas tegas dalam soal tersebut kerana menyentuh maruah dan kredibiliti parti itu.

''Berdasarkan maklumat yang kita peroleh, ahli-ahli Pas akar umbi sememangnya terkejut dengan pendedahan video berkenaan dan mereka mahu kepimpinan Pas memandang serius isu ini.

''Kita tidak kata individu berkenaan Mustafa tetapi ramai mengaitkan beliau,'' kata satu sumber itu ketika dihubungi di sini, hari ini.

Hari ini, ketika diminta mengulas video tersebut, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menganggap video seks itu tohmahan dan fitnah yang tidak akan menjejaskan kredibiliti Mustafa selaku pemimpin Pas.

Mustafa pula enggan mengulas dan menyerahkan perkara berkenaan kepada peguamnya.

Diminta mengulas lanjut situasi di dalam Pas berikutan penyebaran video itu, sumber tersebut berkata, apa yang ahli-ahli parti berkenaan mahu ialah agar Mustafa meletakkan jawatan.

''Saya percaya Mustafa juga memahami sentimen ini kerana Pas adalah parti yang jauh lebih bermaruah daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR),'' katanya.

Ditanya apakah maksud hujah tersebut, sumber itu berkata, sebagai sebuah parti yang memperjuangkan Islam, mana-mana pemimpin Pas tidak boleh dikaitkan dengan sebarang kontroversi apatah lagi melibatkan soal seks.

''Kalau PKR tidak apa kerana parti itu dilihat liberal, sebab itulah biar pun ada video atau gambar melibatkan pemimpin mereka, pemimpin berkenaan tidak meletakkan jawatan.

''Tetapi dalam Pas tidak boleh sebab ahli-ahli parti itu akan berasa tertekan apatah lagi dalam persiapan menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13,'' kata sumber itu lagi.

Apa Dah Jadi.... Nik Aziz Terkejut Sampai Pengsan Bila Tengok CadokStopa?


Gambar yang MyMassa dapat melalui e-mail sebentar tadi. Pengirimnya pula tidak memberi apa-apa maklumat.

Selepas diselidik, mungkin gambar ini berkaitan dengan berita di blog Bro Jinggo (http://brojinggo.blogspot.com/2013/04/pru13-nik-aziz-jatuh-sakit-pasal-video.html).

Hasrat penyokong Pas untuk mendengar 'kata-kata hikmat' bagi dijadikan semangat menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) daripada Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat terbantut apabila Mursyidul Am parti mereka hanya berucap tidak sampai 10 minit di dalam program yang diadakan di sebuah padang berhampiran Pejabat DAP Pulai di sini malam tadi.


Nik Aziz, 82, yang kerap berhadapan dengan masalah kesihatan juga terpaksa duduk untuk menyampaikan tazkirah ringkasnya.



Bagaimanapun, Menteri Besar Kelantan itu langsung tidak menyentuh tentang pendedahan rakaman video seks terbaharu melibatkan seorang individu yang didakwa mirip Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali.



Selang beberapa minit Nik Aziz menyampaikan ceramah, segelintir pengunjung yang terdiri daripada kaum Cina dilihat meninggalkan kawasan berkenaan.



Sepanjang berada di lokasi ceramah, Nik Aziz juga terpaksa dipapah oleh Unit Amal Pas sebaik tiba dan meninggalkan majlis kerana kepenatan, walaupun sebelum ini menegaskan yang beliau akan bertanding dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) dan seterusnya hatta terpaksa berkerusi roda sekali pun.


Baca seterusnya di sini :

http://brojinggo.blogspot.com/2013/04/pru13-nik-aziz-jatuh-sakit-pasal-video.html

http://mymassa.blogspot.com/2013/04/gambar-inna-lillahi-wa-inna-ilayhi.html