Tuesday, 9 April 2013

Air Tangan Orang Yang Tidak Solat Lebih Hina Dari Khinzir?


Semua orang tahu bahawa kalau meninggalkan solat adalah dosa besar, malahan orang yang tidak solat lebih hina daripada khinzir. Betapa hinanya kita kalau meninggalkan solat seperti yang dikisahkan pada zaman Nabi Musa a.s.

Kisahnya, pada zaman Nabi Musa, ada seorang lelaki yang sudah berumahtangga, dia tiada zuriat, lalu terdetik dalam hati dia (nazar), "Kalau aku dapat anak, aku akan minum air kencing anjing hitam." Nak dijadikan cerita, Allah pun kurniakan isteri si lelaki tadi pun hamil dan melahirkan anak. Apabila dah dapat anak, lelaki ni pun runsinglah. Dia dah nazar nak kena minum air kencing anjing hitam.

Syariat pada zaman Nabi Musa berbeza dengan syariat yang turun untuk umat Nabi Muhammad. Kalau umat Nabi Muhammad, nazar benda yang haram, maka tak payah buat tapi kena denda (dam) atau sedekah. Tapi kalau zaman Nabi Musa, barang siapa bernazar, walaupun haram tetap kena laksanakan nazar tu. Lalu, si lelaki yang baru mendapat anak, dengan susah hatinya pergilah bertemu dengan Nabi Allah Musa dan menceritakan segala yang terjadi ke atas dirinya.

Lalu, Nabi Musa menjawab bahawa lelaki tu tak perlu minum air kencing anjing hitam tetapi akan minum air yang lebih hina dari air kencing anjing hitam. Nabi Musa perintahkan lelaki tersebut untuk pergi menadah air yang jatuh dari bumbung rumah orang yang meninggalkan solat dan minum air tu. Lelaki itu pun senang hati, menjalankan apa yang diperintahkan oleh Nabi Musa tadi.

Lihatlah, betapa hinanya orang yang meninggalkan solat, sampai dikatakan air yang jatuh dari bumbung rumahnya, lebih hina dari air kencing anjing hitam. Itu baru air bumbung rumah, belum air tangan lagi.

Menyentuh bab air tangan, selalu kita suka makan masakan ibu atau isteri kita. Jadi, kepada muslimat sekalian, peliharalah solat kerana kalau meninggalkan solat (kalau tak uzur), air tangan akan menitik ke dalam basuhan makanan; nasi, dan sebagainya. Anak-anak, suami pula yang akan makan makanan yang dimasak. Takkan nak biarkan suami dan anak-anak gelap hati minum air tangan orang tinggalkan solat. Tak tergamak kan?

Tapi lain pula halnya dengan kita hari ni. Pagi petang, mamak. Teh tarik satu, roti canai satu. Ada pulak segelintir tukang masak yang tak solat. Kita pun makan bekas air tangan dia. Gelaplah hati kita, sebab tu liat nak buat kerja-kerja yang baik. Hati- hati dengan apa yang kita makan. Betapa beratnya amalan solat ni hatta Allah syariatkan solat kepada Nabi Muhammad melalui Isra' Mikraj sedangkan kewajipan-kewajipan lain memadai diutus melalui Jibril a.s.

Ketika saat Rasulullah nazak, sempat baginda berpesan kepada Saidina Ali (dan untuk umat Islam), "As-solah as Solah wa amalakat aimanukum". Maksudnya, "Solat, solat jangan sekali kamu abaikan dan peliharalah orang-orang yang lemah di bawah tanggunganmu.."

p/s : Ambillah pengajaran dari kisah ini untuk ahli keluarga kita bersama.

Azmin Menabung Dari Kecil Untuk Membeli Ferrari




Kisah kekayaan Azmin Ali semasa menjadi pegawai khas Anwar Ibrahim sebagai TPM bukan lagi rahsia. Dan kekayaannya masih lagi tak habis walaupun dah bertahun meninggalkan jawatan tersebut.

Untuk makluman pembaca, bukan tidak pernah kes ini dalam siasatan Badan Pencegah Rasuah (BPR). Namun siasatan tersebut tidak sampai ke peringkat pendakwaan kerana halangan dari Anwar Ibrahim.


Siasatan kes ini bermula daripada satu maklumat (yang di tandakan sebagai Lampiran A).

Pemberi maklumat menyatakan dengan jelas pemilikan harta Azmin Ali yang ketika itu 1995 hanyalah Setiausaha Sulit (SUS) Anwar yang bergaji lebih kurang RM2400/=. Kalau sekarang beliau hanyalah gred 41 sahaja di dalam Perkhidmatan Awam.

Ekoran daripada itu, satu repot polis telah dibuat bagi membolehkan BPR menjalankan siasatan (lihat Salinan Repot yang ditandakan sebagai Lampiran B). Repot yang dibuat adalah bertarikh 24.5.1995.




Ekoran itu, satu minit ringkas dikemukakan oleh Allahyarham Basri bin Idris sepertimana Lapiran C berkembar. Ia menunjukkan pemilikan harta Azmin sejak 1991 – 1995, antara lain memiliki sebuah BMW 325i, Proton Wira 1.6 Xli, Proton Satria 1.6 Xli. Proton Perdana 2.0 SE, 1000 saha,m Hicom, sebuah rumah No. 23, Jalan 1/4D Bukit Mas, Taman Melawati seluas 8500 sqft. Hebatkan? BPR siasat ke?


Baca seterusnya di sini : http://theunspinners.blogspot.com/2013/04/kes-azmin-tak-boleh-didakwa-pasal-anwar.html

Kalau ada yang tak percaya Anwar memang salah guna kuasa, anda boleh tengok video pengakuan Tan Sri Musa Hassan bagaimana Anwar memilih beliau sebagai pegawai penyiasat kes liwat dan kemudiannya menyuruh adik Tan Sri yang juga orang kuat Anwar untuk memujuk beliau membersihkan nama Anwar.




*Anwar dan Azmin tak salah guna kuasa ? Lu pikir la sendiri bro!


Nik Abduh Pertahankan Nik Aziz Hina Nabi


Perkataan yang ditulis oleh anak Mursyidul Am PAS ini sangat batil ! Bagaimana tanpa merasa malu dan bersalah beliau telah menyamakan kepimpina Nabi yang maksum dengan ayah beliau yang tidak maksum sedikitpun ...

Maka jangan kerana mahu membela bapa atau ayah beliau mengaitkan kegagalan tersebut kepada kepimpinan Rasulullah saw.

Perbuatan ini sangat kurang ajar dan biadap, selepas kebiadapan ahli-ahli PAS di Mekah pakai baju dan kibar bendera BERSIH 3.0 Ambiga di masjid rumah Allah.

Jangan cari kebinasaan wahai Nik Abduh. Bertaubatlah selepas anda membaca kritikan dan teguran dari ana ini. Semoga Allah membuka pintu hati anda dari berlaku 'suu' adab ma'an Nabiy'

Baca bagimana adab dengan Nabi di sini 

Nik Abduh Hina Nabi Demi Bela Ayah Sendiri - Celaka Celaka Celaka !!! yg menyalak mcm anjing....!!!

Perkataan yang ditulis oleh anak Mursyidul Am PAS ini sangat batil ! Bagaimana tanpa merasa malu dan bersalah beliau telah menyamakan kepimpina Nabi yang maksum dengan ayah beliau yang tidak maksum sedikitpun ...

Maka jangan kerana mahu membela bapa atau ayah beliau mengaitkan kegagalan tersebut kepada kepimpinan Rasulullah saw.

Perbuatan ini sangat kurang ajar dan biadap, selepas kebiadapan ahli-ahli PAS di Mekah pakai baju dan kibar bendera BERSIH 3.0 Ambiga di masjid rumah Allah.

Jangan cari kebinasaan wahai Nik Abduh. Bertaubatlah selepas anda membaca kritikan dan teguran dari ana ini. Semoga Allah membuka pintu hati anda dari berlaku 'suu' adab ma'an Nabiy'

Baca bagimana adab dengan Nabi di sini 

http://diniahfalahiah.blogspot.com/2010/03/sempena-maulid-nabi-niingin-saya.html

Wan Azizah Tahu Tabiat Luar Biasa Anwar


azizah Dr. M akui simpan surat Azizah
Misteri sama ada benar atau tidak Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail pernah menulis surat setebal 18 muka surat kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang menceritakan tabiat sebenar suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim akhirnya terjawab.
Ini berikutan buat pertama kalinya selepas 15 tahun menyimpan rahsia, Dr. Mahathir dalam temu bual eksklusif bersama Utusan Malaysia akhirnya mengakui memang benar Wan Azizah menghantar surat tersebut semasa Anwar masih bergelar Timbalan Perdana Menteri.
Katanya, surat Wan Azizah itu terlalu peribadi dan beliau tidak berhasrat mendedahkan kandungannya kerana tidak mahu mengaibkan mana-mana pihak selain menyifatkannya tidak lagi penting kerana sudah terlalu banyak tabiat Anwar didedahkan pengamal media alternatif.
“Saya setakat boleh kata memang ada terima sahajalah. Surat yang diberi kepada saya secara sulit, jadi saya tidak boleh dedahkan kepada orang tetapi kita boleh lihat, tanpa surat itu pun bersih atau tidak bersih individu berkenaan. Jadi apa perlunya kita rujuk kepada surat yang sulit.
“Dia (Wan Azizah) memang cuba nak pertahankan (Anwar) juga. Isteri ada kesetiaan kepada suami. Hendak buruk-burukkan itu tidaklah tetapi kecewa itu adalah. Lebih utama apa yang kita lihat (sekarang) bukan soal apa yang Wan Azizah kata,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Dr. Mahathir berkata demikian ketika diminta mengesahkan sama ada benar atau tidak Wan Azizah pernah menyerahkan surat rahsia setebal 18 muka surat menceritakan mengenai kisah sebenar suaminya dengan harapan bekas Perdana Menteri itu boleh membantu.
Ditanya mengapa begitu lama menyimpan rahsia tersebut meskipun pelbagai tuduhan keji dilemparkan ekoran tindakannya memecat Anwar, Dr. Mahathir berkata, beliau bukan jenis manusia yang suka memburuk-burukkan pihak tertentu tanpa sebarang asas kukuh.
“Cuma dalam konteks ini, takut orang seperti itu berkuasa saya terpaksa dedahkan tetapi yang lain semua (kandungan surat) yang tidak memberi manfaat, tidak perlu saya dedahkan,” katanya.
Temu bual bersama Tun Dr. Mahathir boleh diikuti dalam Mingguan Malaysia esok.-utusan malaysia-

Manifesto BN Di Cerca Walaupun Untungkan Rakyat


najibrazak540px_14
Oleh Ab Jalil Backer


Tidak sampai 24 jam selepas dilancarkan Manifesto Barisan Nasional telah mendapat reaksi yang begitu besar sekali. Mungkin inilah kali pertama sejak beberapa dekad lalu, satu manifesto pilihan raya umum di negara ini menjadi topik perbualan utama rakyat Malaysia.
Seperti yang dijangka oleh mykmu.net sebelum ini, Barisan Nasional telah memperkenal 17  perkara yang merangkumi keseluruhan aspek kehidupan rakyat. Paling utama, manifesto kali ini memberi perincian terhadap apa yang akan BN akan lakukan dalam masa lima tahun akan datang.  Membawa tema “Menepati Janji, Membawa Harapan” memfokuskan kepada 17 perkara berikut:

1. Menangani Kos Sara Hidup
2. Meningkatkan Kehidupan Warga Bandar
3. Menyediakan Rumah Mampu Milik
4. Peluang Mendapat Perkhidmatan Kesihatan Berkualiti
5. Ke Arah Kecekapan Terhebat Pengangkutan Awam
6. Pembangunan Infrastruktur Bertaraf Dunia dan Transformasi Luar Bandar
7. Membina Ekonomi Mapan, Dinamik dan Inovatif
8. Membina Kecemerlangan Pendidikan Negara
9. Meningkatkan Keselamatan Dan Ketenteraman Awam
10. Memperkasa Penyertaan Wanita
11. Memenuhi Aspirasi Belia
12. Merancang Jaringan Keselamatan Sosial
13. Mempromosikan Agama Islam, Kebebasan dan Keharmonian Agama:
14. Memerangi Gejala Rasuah
15. Memperkukuhkan Perkhidmatan Awam, Menambah Baik Tadbir Urus
16. Gerakan Kesederhanaan Global
17. Memulihara Sumber Semula Jadi
Pemerincian janji-janji yang dibuat oleh Barisan Nasional (lihatwww.manifestopru13.com) telah menyebabkan Pakatan Rakyat (Pakatan) hilang arah dan mula menuduh BN meniru manifesto mereka.  Memang terdapat topik-topik yang diutarakan oleh Manifesto Pakatan turut disebut dalam Manifesto BN. Namun idea-idea yang sama seperti harga kereta, pemberian bantuan kepada orang miskin, sistem pendidikan, kos sara hidup adalah isu universal yang diperkatakan oleh orang ramai.
Antara tuduhan mengatakan Manifesto BN meniru Manifesto Pakatan dibuat oleh pemimpin Pas dalamharakahdaily:
Dakwaan 1
Harga kereta

Manifesto Rakyat
Cukai eksais kereta akan diturunkan secara berperingkat dengan tujuan menghapuskannya dalam tempoh 5 tahun agar harga kereta lebih berdaya saing.

Mewujudkan industri automotif negara yang benar-benar berdayasaing dan boleh mengeluarkan kereta pada harga serendah RM25,000 sebuah.

Manifesto BN
Menyemak semula Dasar Automotif Nasional bagi mengurangkan harga kereta secara berperingkat-peringkat antara 20 hingga 30 peratus serta meningkatkan daya saing kereta nasional


 Fakta: 
Kerajaan telah mengumumkan Dasar Automatif Negara yang dikaji semula pada 2009 yang antara lain menyatakan “Adalah menjadi keutamaan kepada MITI dalam mempromosikan perdagangan antarabangsa yang bebas dan menguntungkan negara. Di bawah Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA), Malaysia komited untuk mengurang atau menghapuskan duti import semasa secara berperingkat.” (Pautan: Kajian Semula Dasar Automotif Nasional)
Ini bermakna kerajaan sejak 2009 telah merancang  pengurangan harga kereta secara berperingkat. Jika pengenalan Dasar Automatif Nasional 2006 dan 2009 yang diperkenal kerajaan diambil kira, maka jelas peniru sebenar ialah Pakatan Rakyat.

Dakwaan 2
 Dasar Perumahan
Manifesto Rakyat

150,000 rumah mampu milik dalam kategori kos rendah (bawah RM75,000) dan kategori kos sederhana (antara RM150,000 hingga RM250,000) akan dibina dalam tempoh penggal pertama pentadbiran Pakatan Rakyat.

Manifesto BN

Membina 1,000,000 rumah mampu milik – digerakkan oleh sector awam dan swasta – termasuk 500,000 buah rumah PR1MA
FAKTA:
Kerajaan telah mempunyai Dasar Perumahan Negara mampu milik sejak tahun 2000 lagi melalui penubuhan Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB). Malahan pada 2008, Tahun 2008, SPNB telah berjaya melancarkan 24 buah projek perumahan di seluruh negara dengan menawarkan sebanyak 21,891 unit rumah pelbagai jenis di bawah program Rumah Mampu Milik.
Malahan Dato’ Sri Mohd Najib Razak telah melancarkan Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) Berhad telah ditubuhkan selaras dengan Akta PR1MA 2012. PR1MA bertanggungjawab untuk merancang, membangun, membina dan menyenggara perumahan gaya hidup berpatutan untuk rakyat berpendapatan sederhana di kawasan bandar-bandar utama. Pendapatan sederhana didefinisikan sebagai pendapatan bulanan isi rumah (suami dan isteri) antara RM2,500 hingga RM7,500.00.
Apa yang terdapat dalam Manifesto BN sebenarnya merupakan kesinambungan program kerajaan sedia ada. Yang meniru sebenarnya siapa?
Jadi siapa tiru siapa sebenarnya? Tidak malukah Pakatan mahu mendakwa idea mereka?
 Dakwaan 3
Keretapi laju

Manifesto Rakyat
Memulakan langkah kearah membina sistem keretapi laju antara bandar yang pertama di rantau Asia Tenggara.


Manifesto BN
Melaksanakan rangkaian rel berkelajuan tinggi dan memperluaskan system landasan keretapi berkembar
Pada 1995, Perdana Menteri Malaysia, Dr Mahathir Mohamad dalam Sidang Kemuncak ASEAN Ke-5 telah mencadangkan pembinaan sebuah landasan kereta api yang bermula dari Singapura dan melintasi Malaysia, Thailand, Vietnam, Myanmar, Kemboja hingga ke Kunming, ibu kota provinsi Yunnan China. Pemimpin pelbagai negara ASEAN dan China telah menyatakan persetujuan terhadap cadangan tersebut.
Cadangan rel keretapi laju telah diumumkan sejak beberapa tahun lalu. Jadi idea siapa ini? Idea BN atau Pakatan? Buatlah kajian sedikit, jangan main hentam keromo sahaja.

Dakwaan 4

Lebuhraya Sabah dan Sarawak
Manifesto Rakyat
Memulakan pembinaan lebuh raya merentasi Sabah dan Sarawak yang menghubungkan Kuching ke Kota Kinabalu dan Kudat


Manifesto BN

Membina 2,300km Lebuh Raya Pan Borneo bermula dari Sematan di Sarawak hingga ke Serudung di Sabah
FAKTA:
Lebuh Raya Pan Borneo telah dirancang sejak 1970-an dan sebahagiannya telah disiapkan. Akibat kemelesetan ekonomi Kerajaan menangguhkan sebahagianny. Pada Februari 2012, Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Shaziman Mansor memaklumkan Kerajaan Persekutuan akan mengaktifkan semula kerja menaik taraf Lebuhraya Pan Borneo yang menelan belanja RM423 juta yang diluluskan di bawah Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK-10). (Lihat pautan: Kerja naik taraf Lebuhraya Pan Borneo diaktif semula)

Dakwaan 5
Royalti Petroleum
 Manifesto rakyat

Menaikkan royalty kepada negeri-negeri pengeluar minyak dan gas dari 5% ke 20%.

Manifesto BN

Meneruskan bayaran tunai khas dan pemberian dana untuk perbelanjaan operasi dan pembangunan sehingga melebihi 20% daripada perolehan minyakdan gas kepada Sabah, Sarawak, Terengganu, Kelantan dan Pahang
Fakta
Tidak ada janji Pakatan untuk menaikkan royalti minyak dalam Manifesto Pakatan Rakyat.  (Lihat berita harakahdaily:

Namun jika Pakatan membawa masuk pun dalam Manifesto mereka yang telah diubah, ia tidak menjejaskan apa-apa kerana BN sejak dahulu telah menegaskan bahawa sungguhpun  bayaran royalti hanya 5% kepada negeri pengeluar minyak dan gas namun peruntukan yang mereka terima setiap tahun kadang-kadang boleh mencecah sehingga 20% daripada hasil keuntungan minyak negeri tersebut.
Ini bermakna apa yang dijanji oleh BN dalam manifesto hanyalah memperkukuhkan apa yang dibuat sebelum ini secara aku janji.

Dakwaan 6
Permit Teksi
Manifesto Rakyat

Permit teksi akan diberikan terus kepada pemandu teksi dengan tujuan melahirkan lebih ramai usahawan teksi.
Manifesto BN

Meningkatkan jumlah permit teksi individu
Tiada sebarang peniruan dalam dakwaan ini kerana Manifesto BN  hanya menjanjikan untuk meningkatkan jumlah permit teksi individu bukannya menghapuskan permit teksi syarikat.
Malahan dalam sidang Dewan Rakyat Oktober 2012, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan telah menyatakan bahawa kerajaan bercadang untuk memberi sejumlah permit teksi kepada individu yang layak dalam usaha membaiki sistem penyewaan teksi.
Hasilnya pada Mac 2013 yang lalu kerajaan telah meluluskan 1,000 permit teksi individu. Malahan mereka ini telah diberi geran RM5,000 bagi pembelian Proton Exora. Bagaimana sesuatu yang telah kerajaan janjikan sejak tahun lalu dan dilaksanakan tahun ini dianggap meniru manifesto Pakatan yang baru dilancarkan tahun ini?
Sekarang siapa tiru siapa?
Dakwaan 7

“Pengkalan” data
Manifesto rakyat

Mewujudkan sistem pengkalan data nasional bersepadu mengenai maklumat sosio ekonomi rakyat dengan menggabungkan semua maklumat sedia ada yang kini diuruskan secara berasingan oleh pelbagai agensi dan badan.
Manifesto BN
Memperhalusi dan menambahbaik jaringan bantuan keselamatan menerusi sistem pangkalan data yang bersepadu
Pertamanya, manifesto BN bercakap soal manambaihbaik sistem yang sedia ada, sebaliknya Pakatan bercakap soal mewujudkan sistem pangkalan (bukan pengkalan lah beb) data nasional bersepadu mengenai sosio ekonomi rakyat.
Sebenarnya apa yang dicadangkan oleh Pakatan telah wujud melalui pangkalan data E-Kasih, dan juga Jabatan Statistik (lihat: www.statistics.gov.my/portal/index.php).
Jadi siapa tiru siapa lagi?
Dakwaan 8

Tanah wakaf
Manifesto rakyat
Menambah nilai tanah-tanah wakaf demi menjana kebajikan ekonomi untuk rakyat

Manifesto BN
Menjana pendapatan daripada pembangunan tanah wakaf dengan kerjasama Pihak Berkuasa Agama Negeri-Negeri
Kerajaan telah memperkatakan pembangunan tanah wakaf dalam bajet 2013 lagi pada Oktober tahun lalu. Malahan perbincangan pembangunan tanah wakaf telah dibuat oleh agensi kerajaan sejak tahun 2011 lagi. Jadi BN sekadar mengukuhkan lagi pelan yang dirancang dengan aku janji manifesto.
Bukankah ini bermakna Manifesto Pakatan sebenarnya yang menciplak dan meniru idea BN dan melancarakan lebih awal?
Dakwaan 9
Pakej penggajian baru
Manifesto rakyat
Pakej penggajian baru yang menggabungkan prinsip-prinsip dayakerja cemerlang, tempoh perkhidmatan dan potensi kepimpinan demi menjamin keadilan sementara mencungkil bakat kepimpinan

Manifesto BN
Memperkenalkan Skim Gaji Transformatif untuk penjawat awam, termasuk menyemak semula elaun dan menyediakan pergerakan gaji khas sebanyak 3 peratus kepada mereka yang mencapai gaji maksimum jika pada waktu itu tiada semakan gaji
Fakta
Barisan Nasional telah memperkenalkan skim gaji baru sejak beberapa tahun lalu. Perubahan skim perkhidmatan gaji kerajaan sentiasa berubah dari semasa ke semasa di bawah Barisan Nasional.
Kesimpulan

Hanya kerana Pakatan melancarkan manifestonya lebih awal apakah bermakna BN tidak boleh menimbulkan isu yang sama dalam manifestonya? Sebenarnya, Manifesto Pakatan lebih indah dari Manifesto BN. Pakatan tidak perlu risau jika ada sebahagian idea dalam Manifesto Pakatan turut diambil kira oleh BN.


Namun yang perlu Pakatan risaukan ialah majoriti rakyat tidak percaya Manifesto mereka yang “menjanjikan bulan dan bintang” tersebut boleh dilaksanakan. Ramai orang tidak percaya Pakatan akan melaksanakan janji-janji mereka tersebut kerana banyak janji-janji dalam manifesto mereka dalam pilihan raya yang lalu tidak ditunaikan.

Terkini !!! Ura-ura mengatakan Bloggers Sekupang dua bersetuju Bertanding Di PRU 13 ???

Artikel asal dari blog ini klik sini
Gila Gempar wey. Dengar cerita ,yang terbaru ,ura-ura mengatakan yang Bloggers Sekupang Dua berkenan untuk bertanding di PRU 13 bagi menentang Nga Kor Ming setelah beliau melahirkan rasa ingin bertandingnya didalam perbualan di telefon sebentar tadi.

Keputusan ini dibuat dikhabarkan , Blogger Sekupang Dua berada dalam keadaan tekanan untuk bertanding atas desakkkan pelbagai pihak.

Katanya dalam telefon sebentar tadi " Saya merasakan mungkin dalam beberapa hari lagi saya akan berjumpa dengan peguam saya untuk meminta nasihat untuk bertanding di PRU 13 ini,Insyallah jika diberi peluang saya akan menentang beliau didalam PRU." katanya Lagi .

KANTOI !!! PR GUNA KHIDMAT FIRMA PERHUBUNGAN AWAM PRO-ISRAEL !!!

Dari blog ini

Media sebelum ini mendedahkan firma lobi Amerika Syarikat (AS),Orion Strategies telah mengatur perjumpaan wakil Suaram (Suara Rakyat Malaysia) dengan Ahli Kongres AS bagi mendapatkan kepakaran untuk menghadapi Pilihan raya Umum ke-13 (PRu-13).Untuk melaksanakan misi ‘perwakilan Malaysia’ itu,Mike Mitchell bagi pihak Orion Strategies dilaporkan telah menghubungi Hana Atuatasi,kakitangan Kongres untuk mengatur perjumpaan tersebut.Mitchell juga turut menamakan dua delegasi Malaysia iaitu Pengarah Suaram Cynthia Gabriel dan Pengarah Merdeka Centre,Ibrahim Suffian,dua NGO yang mendapat tajaan yayasan AS,National Endowment for Democracy (NED) dan Open Society Institute (OSI) yang mana organisasi diketahui menyokong penuh Ketua Pembangkang,Anwar Ibrahim.Orion Strategies menurut sourcewatch.org adalah badan pelobi milik kumpulan neo-konservatif atau lebih dikenali sebagai Yahudi yang mencipta ‘Project for the New American Century‘ (PNAC).Salah satu pelanggan Orion Strategies adalah Open Society Policy Center (OSPC),badan yang ditaja penyangak mata wang Yahudi,George Soros.

Mesyuarat antara wakil Malaysia dengan Kongres sepatutnya diadakan pada 14 dan 15 Mac,namun kandungan e-mel tidak menyatakan sama ada mesyuarat itu berlaku atau sebaliknya.Malah,semakan media juga mendapati Strategi Orion diketuai oleh Randy Scheunemann,bekas penasihat kepada bekas Setiausaha Pertahanan Donald Rumsfeld,dari parti Republikan AS. Scheunemann digambarkan sebagai neo-konservatif, yang juga pernah berkhidmat untuk calon presiden Republikan,John McCain sebagai penasihat semasa pilihanraya Presiden AS 2008.Anwar juga sekitar tahun 2006 hingga 2007 pernah berkhidmat kepada Jabatan Negara AS,di bawah naungan Paul Wolfowitz,juga dari parti Republikan.Walau bagaimana pun,Pengarah Strategik PKR,Rafizi Ramli menafikan perkara itu dan menganggap sebagai gimik pilihanraya.Rafizi juga menganggap parti pembangkang itu mempunyai tokoh yang berkaliber dan tidak memerlukan bantuan luar.Siapa ??? Rafizi ??? Malah turut difahamkan,Orion juga akan membawa pengarah Suaram itu ke Washington.Apabila PR menggunakan khidmat Yahudi ini,sudah pasti kaedah dan cara politik mereka serta pentadbiran mereka umpama kumpulan neo-konservatif.

Nizar Main Wang Untuk Dapat Undi?


IPOH, 7 April — Dengan memegang kepercayaan “jalan untuk ke hati adalah melalui perut”, bekas menteri besar Perak Datuk Seri Nizar Jamaluddin telah bekerja untuk memenangi hati pengundi Umno dengan membelanja mereka sarapan pagi di kedai kopi kegemaran mereka setiap pagi Jumaat.


Acara mingguan ini boleh meleret sehingga dua jam dan kebiasaannya diadakan di kawasan majoriti Melayu di kawasan Nizar - Dewan Undangan Negeri (DUN) Pasir Panjang di daerah Seri Menanti dan di kerusi parlimen Bukit Gantang.


Sasaran beliau adalah untuk memenangi undi Melayu Perak, yang dilihat oleh pemerhati paling sukar untuk dimenangi Pakatan Rakyat (PR) dalam Pilihan Raya 2013, akan tetapi Nizar mengatakan strategi sarapan paginya telah memberi keajaiban dengan penyokong setia Umno ini.


Dengan hanya mendapat 28 peratus sokongan Melayu pada Pilihan Raya 2008, Nizar mengatakan tinjauan dalaman dan luaran telah memberi indikasi gabungan DAP-PKR-PAS di bawah PR akan mendapatkan sekurang-kurangnya 32 peratus undi Melayu dalam pilihan raya akan datang. 


Beliau dengan yakin menjangkakan kemenangan 38 kerusi DUN bagi Pakatan Rakyat (PR), yang akan membenarkan gabungan itu menubuhkan kerajaan negeri dengan majoriti selesa 17 kerusi dalam 59 kerusi DUN keseluruhan.


“Mereka suka sarapan percuma … mereka boleh pesan apa saja mereka mahu,” kata Nizar kepada The Malaysian Insider dalam wawancara baru-baru ini. “Mereka melakukan penyalahgunaan dengan mengambil rokok juga … tetapi kita tidak keberatan untuk membayarnya.”


Sebagai balasan, Nizar menerangkan beliau diberi peluang untuk mendekati secara terus dengan pengundi ini dan menjawab segala kritikan terhadapnya sepanjang empat tahun lalu. Beliau berkata penyokong pro Barisan Nasional (PR) akhirnya berani mendekatinya dan bercakap dengannya, memberikan peluang kepadanya untuk menjelaskan pendirian PR dalam pelbagai isu kunci disamping mengingatkan mereka tentang rampasan kuasa 2009 yang menyaksikan kedudukan beliau sebagai menteri besar menjadi pendek.

Ceramah PR kebiasaannya tidak dihadiri oleh pengundi ini, terang Nizar, mengatakan pengundi Melayu dipendalaman Perak kebiasaannya tidak mahu melayan pemimpin PR.


“Mungkin otak mereka telah dicuci oleh media Umno. Anda benar mengatakan kami mempunyai banyak penentangan dari pengundi Melayu di kawasan pendalaman,” katanya. “Tetapi ini adalah benar setahun setengah dahulu, sekarang kami telah berjaya mengubah senario itu. “Contohnya, saya berjaya meyakinkan di kawasan saya, sekumpulan kontraktor Umno yang sebelum ini percaya saya adalah boneka DAP dan tidak mampu berdikari,” kata ahli politik berumur 56 tahun dan memakai cermin mata. “Tetapi apabila mereka menyoal saya dengan sendiri dan yakin jika ini adalah kesnya, maka apa yang mereka percaya sebelum ini hanya pembohongan.” 


Semasa perbualan dalam sarapan anjuran beliau, Nizar berkata, pasukannya juga mengedarkan CD, risalah dan pelbagai bahan maklumat apa yang pemimpin lantang itu terangkan sebagai “peluru perang” untuk menyerang musuh-musuh politik PR dalam BN. Paling hebat di kalangan ini adalah dua belah gambar bersaiz A4 berkilat, menunjukkan gambar muda, seakan “remaja seperti” Datin Seri Rosmah Mansor, isteri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, dan cin berlian bernilai RM24 juta yang beliau dituduh membelinya. 


Muka sebelah gambar menunjukkan Ketua Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dan lembunya, kata Nizar sambil tertawa merujuk kepada kes kontroversi bekas senator itu dalam skandal Pusat Fidlot Kebangsaan. Bahan-bahan ini juga diedarkan secara peribadi ke rumah mereka yang pekerja-pekerja pilihan raya parti kenalpasti sebagai penyokong kuat Umno dan BN, katanya. 


“Dan mereka (pengundi) juga meminta lagi,” kata Nizar ketawa, sambil menambah teknik kempen telah membantu kempen PR untuk membuktikan tuduhan berlebih-lebihan yang dikatakan pemimpin Umno. “Mereka mahu meletakkan gambar dalam bingkai kerana begitu indah ... berkilat dan berkilat,” katanya. Sentuhan peribadi untuk kempen PR, menurut Nizar, telah membantu meningkatkan sokongan orang Melayu, yang dilihat sebagai kunci kepada harapan untuk menawan semula negeri itu pada Pilihan Raya 2013. Beliau menambah ramalan menang 38 kerusi beliau ladalah “konservatif” sebagai mereka dalam kalangan Umno yakin bahawa BN hanya boleh menang di 24 daripada 59 kerusi negeri. Untuk membentuk sebuah kerajaan yang majoriti mudah, mana-mana pakatan perlu mendapatkan sekurang-kurangnya 30 daripada 59 kerusi.


Dalam Pilihan Raya 2008, parti pembangkang DAP, PAS dan PKR mencatatkan kemenangan kejutan apabila menang di 31 kerusi DUN, membenarkan ia untuk membentuk kerajaan negeri Perak dengan majoriti tiga kerusi kecil. Tetapi hampir setahun kemudian pada bulan Februari 2009, pemberontakan kuasa dicetuskan oleh pembelotan tiga Ahli Dewan Undangan Negeri menyaksikan kerajaan Nizar digulingkan daripada tampuk pentadbiran negeri. 


“Sekarang, anggaran kami adalah bahawa PR akan menang 38 kerusi ... 18 dari DAP, 10 daripada PAS dan 10 yang lain dari PKR,” kata Nizar, yang dikatakan mungkin menjadi calon Menteri Besar sekiranya PR memenangi pilihan raya akan datang. Nizar, seorang jurutera, tidak akan bertanding semula di kerusi parlimen Bukit Gantang pada pilihan raya umum 2013 dan mungkin berpindah dari kerusi DUN Pasir Panjang ke Changkat Jering.


Changkat Jering, kerusi negeri di kawasan Parlimen Bukit Gantang, kini dipegang oleh Kapten (B) Mohd Osman Mohd Jailu, yang merupakan salah satu daripada tiga ADUN PR yang membelot sehingga menyebabkan kejatuhan kerajaan PR Perak. Dalam Pilihan Raya 2008, Nizar menewaskan calon MIC Dr S Vasan bagi kerusi DUN Pasir Panjang dengan 4,474 undi, mendapat 11,994 undi berbanding calon BN yang mendapat 7,520 undi. Nizar bertanding dalam pilihan raya kecil Bukit Gantang pada April 2009 pada kemuncak krisis perlembagaan negeri yang menyebabkan kejatuhan kerajaan PR Perak dan mendapat majoriti 2,789 undi berbanding calon Umno Ismail Safian. 

Nik Aziz Jangan Takbur Dan Taksub


Abdullah Saamah
GURUN 8 April - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat disifatkan sebagai seorang yang takbur dan taksub dengan fahaman parti sendiri sehingga sanggup mengeluarkan pelbagai fatwa yang jelas menyimpang jauh daripada ajaran Islam sebenar.
Penasihat Minda Pondok, Abdullah Saamah berkata, sesiapa sahaja yang taksub dengan fahaman parti sendiri, tidak akan diakui sebagai umat Nabi Muhammad SAW.
"Nik Abdul Aziz ini takbur dan taksub kepada pemikiran dan fahaman parti dia, orang taksub ini Nabi Muhammad tak mengaku umat.
"Orang macam ini bukan umat Nabi Muhammad, ini umat syaitan, tulis perkataan saya kata ini sebab Nik Abdul Aziz setuju dengan pluralisme agama, setuju kalimah Allah untuk disyirikkan, dia yang bukan Islam," katanya kepada pemberita selepas Persidangan Ulama Pondok, Sekolah Agama Rakyat dan Tahfiz di Hotel Harvard di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas fatwa-fatwa Nik Abdul Aziz antaranya solat orang UMNO tidak mendapat pahala, undi UMNO tidak masuk syurga serta yang terbaru menuduh UMNO membuat masjid bukan kerana Islam sebaliknya mahu menjadi kontraktor.
Menurut Abdullah Saamah, fatwa-fatwa Nik Abdul Aziz itu seratus peratus menyimpang daripada ajaran al-Quran dan sunah serta wajib untuk semua umat Islam menolak fatwa Menteri Besar Kelantan itu.
Katanya, semua fatwa itu juga akan membawa mudarat bagi umat Islam jika diikuti dan Pas boleh diibaratkan sebagai sebuah parti yang sesat lagi menyesatkan.
"Apa yang saya nampak sekarang ialah Nik Abdul Aziz keluarkan fatwa-fatwa tersebut untuk menyekat orang Islam daripada mendekati UMNO, ini sasaran Nik Aziz sekarang," jelasnya.
Dalam pada itu, Ketua Penerangan Minda Pondok, Harun Yahya berkata, pihaknya bukan mahu menyerang peribadi Nik Aziz atau pemimpin Pas lain namun mereka mahu menyangkal ideologi sesat yang dibawa oleh parti itu.
"Kalau mengikut nas-nas yang saya jumpa di dalam kitab Imam Al-Ghazali, Nabi Muhammad ada menyebut bahawa kalau ulama ini jahat, dia lebih jahat dari dajal, orang macam ini memang susah nak dibetulkan sebab dia rasa dirinya orang yang baik.
"Memang sukar kita nak betulkan mereka, marilah kita sama berdoa agar mereka sedar penyelewengan yang mereka telah lakukan selama ini," ujarnya.
Tambahnya, selama 50 tahun umat Islam di negara ini tertipu dengan Pas yang kononnya mahu memperjuangkan agama Islam.
''Penyelewengan Pas ini bukan hanya sekarang tetapi sudah lama Pas mempropaganda dia parti Islam, kalau orang tak ikut Pas, tak Islam.
''Habis itu sebelum tubuh Pas semua kafirlah kalau ikut dia punya fatwa," katanya.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130409/dn_05/Mursyidul-Am-Pas-dinasihatkan-jangan-takbur-taksub#.UWNRpBHisB0.facebook#ixzz2PuxPZyE4
© Utusan Melayu (M) Bhd 

IDR Tekad Majukan Perak


Institut Darul Ridzuan (IDR) memperkenalkan 10 idea baru yang membabitkan dasar, polisi dan strategi untuk membantu kerajaan Perak mencapai status negeri maju menjelang 2020.

Ketua Pegawai Eksekutif IDR, Datuk Seri Datuk Dr Abdul Rahman Hashim, berkata pihaknya bertanggungjawab merangka dan menyediakan dasar, polisi dan strategi untuk membawa Perak mencapai sasaran itu.
“IDR memperkenalkan 10 idea baru untuk membawa Perak mencapai sasaran negeri maju menjelang 2020 dan salah satunya ialah dengan memperkenalkan dasar membangunkan modal insan.
“Penganjuran wacana intelek ini contohnya adalah salah satu pelengkap kepada bidang keberhasilan utama (NKRA) negeri Perak dalam usaha melahirkan modal insan yang berilmu.
“Ia juga selaras usaha kita untuk memajukan pencapaian akademik di Perak yang suatu masa dahulu cukup hebat,” katanya berucap pada program Wacana Intelek ‘ Menjelang PRU-13: Demokrasi, Kepimpinan Dan Keamanan’ anjuran IDR di Dewan Bankuet, SUK di Ipoh, sebentar tadi.
Hadir sama, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Ahmad Puhat Mat Nayan.
Mengulas program itu, Abdul Rahman berkata, wacana intelek anjuran IDR itu memberi peluang kepada ahli panel jemputan  mengupas sesuatu isu secara intelektual untuk mencambah minda pendengar.
Katanya, melalui wacana itu juga, rakyat dapat memahami secara jelas mengenai pentingnya sistem demokrasi, kepimpinan berkualiti dan keamanan yang perlu dipelihara dan diteruskan.
Ia sebagai satu lambang kedaulatan dan semua pihak katanya, perlu memainkan peranan untuk menjayakannya dan pada masa sama tidak dimomokkan.
Tiga ahli panel dijemput untuk membincangkan isu berkenaan iaitu  mantan Naib Canselor Universiti Utara Malaysia (UUM), Tan Sri Datuk Dr Nordin Kardi; pensyarah Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan, Universiti Sains Malaysia (USM); Prof Madya Dr P Sivamugam serta penyunting dan penyelenggara buku terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP); Goh Hin San.

Terkini!! Poster Calon BEBAS Parlimen Permatang Pauh @PapaGomo Mula Dicetak? #TolakPR

Sumber asal
Poster PapaGomo?

Individu sebenar pengendali kepada blog papagomo.com masih menjadi tanda tanya. Ada pihak berkata nama sebenar beliau adalah Wan Azri, namun aku tidak pasti kesahihanya.





Siapa pun beliau, yang jelas ia menjadi satu ancaman besar kepada Anwar Ibrahim. PRU13 orang kata adalah PRU yang getir buat BN, namun bila adanya papagomo, PRU13 juga turut menjadi getir buat Anwar Ibrahim.


Apakah benar pengendali blog papagomo.com ini nekad untuk menentang Anwar PRU13? Jika benar, sudah pasti ianya satu pertandingan yang sangat unik. Blogger VS Banduan.

Terdapat pihak cuba menafikan kelayakkan blogger papagomo untuk menjadi calon PRU13 kononya beliau pernah dipenjarakan, tapi kita jangan lupa Anwar juga bekas banduan yang pernah masuk penjara.

Beerti di Permatang Pauh nanti rakyat terpaksa memilih banduan mana yang terbaik untuk menjadi wakil rakyat.

Jika diperlukan, kecil tapak tangan nyiru aku tadahkan buat papagomo. Aku sanggup berkampung di Permatang Pauh untuk bantu papagomo samada gantung banner mahupun edar flyers.

Aku bukan nak puji gomo lebih-lebih, tapi paling tidak beliau berani kerana benar. Ada ker blogger pembangkang yang suka tabur fitnah ke atas Najib Razak sanggup jadi calon PRU13 di Pekan?

Mana milosuam? Mana pergi amenoworl? mana pergi anaksungaiderhaka? Kenapa korang tak lawan Najib di Pekan? Jangan asyik sebar fitnah kemudian menyorok jer.

Lawan Tetap Lawan papagomo. Do or Die? Kita lawan Anwar bukan sebab nama dia Anwar, tapi kita lawan Anwar sebab dia syaitan bertopengkan manusia. 7000 orang ahli Nadi Rakyat bersedia jadi jentera untuk gomo.