Tuesday 9 April 2013

Nizar Main Wang Untuk Dapat Undi?


IPOH, 7 April — Dengan memegang kepercayaan “jalan untuk ke hati adalah melalui perut”, bekas menteri besar Perak Datuk Seri Nizar Jamaluddin telah bekerja untuk memenangi hati pengundi Umno dengan membelanja mereka sarapan pagi di kedai kopi kegemaran mereka setiap pagi Jumaat.


Acara mingguan ini boleh meleret sehingga dua jam dan kebiasaannya diadakan di kawasan majoriti Melayu di kawasan Nizar - Dewan Undangan Negeri (DUN) Pasir Panjang di daerah Seri Menanti dan di kerusi parlimen Bukit Gantang.


Sasaran beliau adalah untuk memenangi undi Melayu Perak, yang dilihat oleh pemerhati paling sukar untuk dimenangi Pakatan Rakyat (PR) dalam Pilihan Raya 2013, akan tetapi Nizar mengatakan strategi sarapan paginya telah memberi keajaiban dengan penyokong setia Umno ini.


Dengan hanya mendapat 28 peratus sokongan Melayu pada Pilihan Raya 2008, Nizar mengatakan tinjauan dalaman dan luaran telah memberi indikasi gabungan DAP-PKR-PAS di bawah PR akan mendapatkan sekurang-kurangnya 32 peratus undi Melayu dalam pilihan raya akan datang. 


Beliau dengan yakin menjangkakan kemenangan 38 kerusi DUN bagi Pakatan Rakyat (PR), yang akan membenarkan gabungan itu menubuhkan kerajaan negeri dengan majoriti selesa 17 kerusi dalam 59 kerusi DUN keseluruhan.


“Mereka suka sarapan percuma … mereka boleh pesan apa saja mereka mahu,” kata Nizar kepada The Malaysian Insider dalam wawancara baru-baru ini. “Mereka melakukan penyalahgunaan dengan mengambil rokok juga … tetapi kita tidak keberatan untuk membayarnya.”


Sebagai balasan, Nizar menerangkan beliau diberi peluang untuk mendekati secara terus dengan pengundi ini dan menjawab segala kritikan terhadapnya sepanjang empat tahun lalu. Beliau berkata penyokong pro Barisan Nasional (PR) akhirnya berani mendekatinya dan bercakap dengannya, memberikan peluang kepadanya untuk menjelaskan pendirian PR dalam pelbagai isu kunci disamping mengingatkan mereka tentang rampasan kuasa 2009 yang menyaksikan kedudukan beliau sebagai menteri besar menjadi pendek.

Ceramah PR kebiasaannya tidak dihadiri oleh pengundi ini, terang Nizar, mengatakan pengundi Melayu dipendalaman Perak kebiasaannya tidak mahu melayan pemimpin PR.


“Mungkin otak mereka telah dicuci oleh media Umno. Anda benar mengatakan kami mempunyai banyak penentangan dari pengundi Melayu di kawasan pendalaman,” katanya. “Tetapi ini adalah benar setahun setengah dahulu, sekarang kami telah berjaya mengubah senario itu. “Contohnya, saya berjaya meyakinkan di kawasan saya, sekumpulan kontraktor Umno yang sebelum ini percaya saya adalah boneka DAP dan tidak mampu berdikari,” kata ahli politik berumur 56 tahun dan memakai cermin mata. “Tetapi apabila mereka menyoal saya dengan sendiri dan yakin jika ini adalah kesnya, maka apa yang mereka percaya sebelum ini hanya pembohongan.” 


Semasa perbualan dalam sarapan anjuran beliau, Nizar berkata, pasukannya juga mengedarkan CD, risalah dan pelbagai bahan maklumat apa yang pemimpin lantang itu terangkan sebagai “peluru perang” untuk menyerang musuh-musuh politik PR dalam BN. Paling hebat di kalangan ini adalah dua belah gambar bersaiz A4 berkilat, menunjukkan gambar muda, seakan “remaja seperti” Datin Seri Rosmah Mansor, isteri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, dan cin berlian bernilai RM24 juta yang beliau dituduh membelinya. 


Muka sebelah gambar menunjukkan Ketua Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dan lembunya, kata Nizar sambil tertawa merujuk kepada kes kontroversi bekas senator itu dalam skandal Pusat Fidlot Kebangsaan. Bahan-bahan ini juga diedarkan secara peribadi ke rumah mereka yang pekerja-pekerja pilihan raya parti kenalpasti sebagai penyokong kuat Umno dan BN, katanya. 


“Dan mereka (pengundi) juga meminta lagi,” kata Nizar ketawa, sambil menambah teknik kempen telah membantu kempen PR untuk membuktikan tuduhan berlebih-lebihan yang dikatakan pemimpin Umno. “Mereka mahu meletakkan gambar dalam bingkai kerana begitu indah ... berkilat dan berkilat,” katanya. Sentuhan peribadi untuk kempen PR, menurut Nizar, telah membantu meningkatkan sokongan orang Melayu, yang dilihat sebagai kunci kepada harapan untuk menawan semula negeri itu pada Pilihan Raya 2013. Beliau menambah ramalan menang 38 kerusi beliau ladalah “konservatif” sebagai mereka dalam kalangan Umno yakin bahawa BN hanya boleh menang di 24 daripada 59 kerusi negeri. Untuk membentuk sebuah kerajaan yang majoriti mudah, mana-mana pakatan perlu mendapatkan sekurang-kurangnya 30 daripada 59 kerusi.


Dalam Pilihan Raya 2008, parti pembangkang DAP, PAS dan PKR mencatatkan kemenangan kejutan apabila menang di 31 kerusi DUN, membenarkan ia untuk membentuk kerajaan negeri Perak dengan majoriti tiga kerusi kecil. Tetapi hampir setahun kemudian pada bulan Februari 2009, pemberontakan kuasa dicetuskan oleh pembelotan tiga Ahli Dewan Undangan Negeri menyaksikan kerajaan Nizar digulingkan daripada tampuk pentadbiran negeri. 


“Sekarang, anggaran kami adalah bahawa PR akan menang 38 kerusi ... 18 dari DAP, 10 daripada PAS dan 10 yang lain dari PKR,” kata Nizar, yang dikatakan mungkin menjadi calon Menteri Besar sekiranya PR memenangi pilihan raya akan datang. Nizar, seorang jurutera, tidak akan bertanding semula di kerusi parlimen Bukit Gantang pada pilihan raya umum 2013 dan mungkin berpindah dari kerusi DUN Pasir Panjang ke Changkat Jering.


Changkat Jering, kerusi negeri di kawasan Parlimen Bukit Gantang, kini dipegang oleh Kapten (B) Mohd Osman Mohd Jailu, yang merupakan salah satu daripada tiga ADUN PR yang membelot sehingga menyebabkan kejatuhan kerajaan PR Perak. Dalam Pilihan Raya 2008, Nizar menewaskan calon MIC Dr S Vasan bagi kerusi DUN Pasir Panjang dengan 4,474 undi, mendapat 11,994 undi berbanding calon BN yang mendapat 7,520 undi. Nizar bertanding dalam pilihan raya kecil Bukit Gantang pada April 2009 pada kemuncak krisis perlembagaan negeri yang menyebabkan kejatuhan kerajaan PR Perak dan mendapat majoriti 2,789 undi berbanding calon Umno Ismail Safian. 

No comments:

Post a Comment