Thursday 14 November 2013

HATI-HATI!!! BANYAK PENIPUAN MENGGUNAKAN NAMA MENTERI BESAR...

IPOH 13 Nov. - Orang ramai diingatkan tidak mudah percaya dan sentiasa berhati-hati supaya tidak terperangkap dengan kegiatan pihak tertentu yang melakukan penipuan menggunakan nama Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir.


Zambry berkata, dalam melaksanakan rancangan mereka, pihak tersebut juga menggunakan pelbagai cara termasuk mendakwa mempunyai hubungan baik dengan beliau malah ada yang sanggup menggunakan gambar beliau dan mendakwa mereka adalah ahli keluarganya.


Kata beliau, mereka juga turut memalsukan tandatangannya dan kepala surat Pejabat Menteri Besar selain mengunakan nama pegawai kanan kerajaan serta Exco kerajaan negeri untuk memperdayakan orang ramai bagi mendapatkan keuntungan.


"Perkara ini telah berkali-kali saya sebutkan dan saya perlu terus mengulanginya supaya orang ramai berhati-hati dan beringat kerana sindiket ini sangat licik.


"Mereka ini pandai mewujudkan bukti seolah-olah diberikan amanat dan kepercayaan bagi pihak Menteri Besar, pegawai kanan kerajaan, Exco atau kerabat diraja dan kejadian paling terbaharu berlaku semalam.


"Dalam kejadian ini mereka bukan sahaja menggunakan kepala surat Pejabat Menteri Besar yang salah malahan meniru tandatangan saya berkaitan satu pelaburan di negeri ini," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan Exco di sini hari ini.


ARTIKEL PENUH

AWEK JADI BAHAN IMAGINASI UNTUK LELAKI MIANG!!!

Semuanya kerana otak. Otak memproses imej seorang lelaki dan seorang wanita secara berbeza. Lelaki dilihatnya sebagai manusia keseluruhannya manakala wanita akan dilihatnya mengikut bahagian-bahagian tubuh.


LAGI GAMBAR DISINI




PARLIMEN JADI TEMPAT MAIN KAPAL TROBANG KERTAS....

KUALA LUMPUR - Sidang Dewan Rakyat hari ini kecoh ketika usul menggantung Ahli Parlimen Padang Serai, N Surendran dari PKR dibacakan.



Kecewa dengan usul yang dikemukakan, Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad turut melipat kertas usul dan dijadikan kapal terbang kertas.



Usul yang dibacakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Nancy Shukri turut mendapat sorakkan kuat dari ahli Parlimen pembangkang sambil "tarik balik" berulang kali.

Antara yang bangun membantah ialah Ahli Parlimen Gelang Patah, Lim Kit Siang; Ahli Parlimen Gombak, Mohamed Azmin Ali, dan Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo.

Azmin turut dilihat merenyukkan kertas usul berkenaan sambil menunjukkannya kepada Timbalan Speaker, Datuk Ronald Kiandee.

"Usul haram ... tarik balik!" jerit ahli Parlimen PR semasa usul berkenaan dibacakan, sambil menepuk meja..


.BACA LAGI