DAP Perak kini ketandusan isu sehingga mengaitkan perkara yang tidak masuk akal, semata-mata untuk meraih undi menjelang Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU-13).
Terbaru, mereka cuba mengaitkan Barisan Nasional terlibat dalam sindiket perjudian haram.
Setiausaha DAP Perak, Nga Kor Ming mendakwa kononnya sindiket perjudian haram itu menyebelahi parti tertentu dalam menghadapi PRU-13.
Walaupun tidak menamakan parti yang dimaksudkannya tetapi daripada kiasannya, beliau merujuk kepada BN.
Beliau meminta polis melakukan siasatan segera kerana kononnya kegiatan itu tidak memberi keadilan kepada calon-calon pembangkang.
"Saya telah menerima beberapa aduan mengenai sindiket perjudian ini baru-baru ini dan pihak polis menjalankan siasatan segera,’’ katanya pada sidang media di Ibu Pejabat DAP di Ipoh Raya hari ini.
Bekas Ahli Parlimen Taiping dan ADUN Sitiawan itu turut mendakwa terdapat pengundi hantu di beberapa kawasan DUN kerana kononnya ada yang telah berumur lebih 100 tahun.
Tidak cukup dengan itu, Nga juga mendakwa kononnya Manifesto BN telah menciplak dari manifesto pakatan pembangkang.