Thursday 11 April 2013

Dap Cantas Fong Ko Kuan... Padan Muka...


fong-poPenyandang kerusi Parlimen Batu Gajah, Fong Po Kuan daripada DAP tidak akan bertanding dalam pilihan raya umum atas sebab peribadi.
Fong dalam satu kenyataan hari ini berkata, beliau telah menulis surat dan memaklumkan kepada penasihat parti, Lim Kit Siang dan pengerusi, Karpal Singh mengenai keputusannya pada September tahun lepas. 
Fong menambah, beliau akan meneruskan sumbangan terhadap usaha Pakatan Rakyat untuk menawan Putrajaya dalam pilihan raya.
“Ia merupakan keputusan saya dan saya berterima kasih kepada pengundi, parti dan para penyokong kerana memberikan saya peluang untuk mewakili mereka dalam Parlimen,” katanya. 
Pada pilihan raya umum 2008, Fong mempertahankan kerusi Batu Gajah buat penggal ketiga dengan majoriti 24,627 undi.
Beliau memperoleh 39,922 undi ketika menentang Cheah Yoke Can dari BN-MCA yang memperoleh 15,295 undi.

No comments:

Post a Comment