Thursday, 11 April 2013

Kah kah kah.... CheguBard Ditolak Sebelum Bertanding



Akhirnya telahan yang dilakukan admin berhubung krisis diantara PAS dan PKR berhubung pembahagian kerusi DUN N21 Sungai Acheh terbukti adalah benar. (KLIK SINI)

Berdasarkan maklumat dalaman PAS, pada majlis Pengumuman Calon PAS Parlimen dan DUN di Negeri Pulau Pinang sebentar tadi (10/04/2013) yang berlangsung di Markas PAS Pongsu Seribu, Kepala Batas, satu kejutan telah terjadi.

YB Salleh Man diberi mandat utk mengumumkan calon- calon seperti berikut;

1) P041 Kepala Batas - Ust Afnan Hamimi bin Dato Taib Azzamudin
2) P042 Tasek Gelugor - Dato Sri Rahman Maidin
3) N01 Penaga - Ust Roshidi Hussain
4) N04 Permatang Berangan - Tn Hj Arsyad bin Salleh
5) N05 Sungai Dua - Cikgu Zahadi Mohamad
6) N11 Permatang Pasir - Dato Hj Mohamad Salleh Man
7) N21 Sungai Acheh - Ust Yusni Mat Piah (Ketua Pemuda PAS Pulau Pinang)
8) N38 Bayan Lepas - Cikgu Asnah bin Hashim

Selepas harapan Chegu Bard untuk bertanding pada kerusi Parlimen Nibong Tebal dicantas Anwar Ibrahim apabila mengumumkan bahawa kerusi tersebut ditetapkan kepada Datuk Mansor Hj Othman, harapan untuk bertanding kerusi DUN juga kelihatan cuba dinafikan PAS.

Sekiranya benar mereka bersatu hati di atas nama Pakatan Rakyat, kenapa pula berlaku pertindihan pencalonan sebegini.


Lebih membimbangkan, kedua- dua calon yang dinamakan baik daripada PAS mahupun PKR adalah orang luar kawasan. Sekiranya mereka diberikan mandat untuk mewakili rakyat pada PRU13 nanti, mampukah mereka memberikan khidmat bakti sepenuhnya kepada rakyat seperti mana yang dilakukan Datuk Mahmud Bin Zakaria, penyandang dari BN sekarang?

Agaknya semua ini hanya sandiwara dan diakhirnya memerlukan campur tangan DAP untuk menyelesaikannya. Mungkinkah terjadi DAP adalah calon sebenar N21 Sungai Acheh memandangkan mereka adalah kuasa dominan dikalangan Pakatan Rakyat Pulau Pinang?

No comments:

Post a Comment