Saturday 18 May 2013

GEMPAR&BAHAYA!!!!! DAP SUDAH MULAI MEREKRUT TENTERA MULAI DI PENANG!!!!!!


Lim Guan Eng mengumumkan bahawa Bridged Wanita akan ditubuhkan ekoran “rekod kejayaan kerajaan negeri menubuhkan Pasukan Peronda Sukarela”, mengikut satu laporan Buletin Mutiara beberapa hari lepas pada 15 Mei 2013.
Walau bagaimanapun, dia tidak menjelaskan secara terperinci mengenai fokus utama pasukan baru itu ditubuhkan selain berkata bahawa bridged tersebut akan diletakkan secara khusus di bawah pejabat Ketua Menteri.
PasukanPerondaDAP
PG1 ialah plet nombor kereta rasmi Ketua Menteri Pulau Pinang
PG1 ialah plet nombor kereta rasmi Ketua Menteri Pulau Pinang
DapsterPaper

Merekrut Dapster streetfighter

Semenjak DAP menang besar dalam pilihanraya pada 5 Mei baru-baru ini, kain rentang iklan untuk merekrut ahli-ahli baru pasukan peronda juga telah dipasang di kawasan-kawasan Cina yang dimenangi parti tersebut.
Kumpulan berciri vigilante yang kian ramai keahliannya nampaknya diletakkan di bawah kawalan secara terus orang DAP.
Wartawan akhbar Cina Guang Mimh dibelasah samseng pasukan peronda
Wartawan akhbar Cina Guang Ming Daily dibelasah samseng pasukan peronda

Kurang ajar

Sila baca di blog bekas Menteri Penerangan Zainuddin Mydin tentang kelakuan samseng ‘Brownshirts’ Lim Guan Eng yang memukul jurugambar suratkhabar Cina.
Ciri-ciri Papa Dapster yang tertera dalam Word Cloud (gambarajah bawah) dikutip daripada ungkapan-ungkapan yang sendiri disebut Tunku Aziz Ibrahim dalamtemuramahnya sejurus selepas beliau meninggalkan DAP.
WordCloudDapster

Jerusubang

Politikus evangelista DAP 3.0 giat membina personality cult mengelilingi diri mereka dengan mengumpul pengikut-pengikut yang taksub.
Setahu saya, perbuatan “bless” ataupun memberi blessing biasanya akan dilakukan oleh paderi. Tetapi di sini, si Hannah Yeoh yang mahu “bless” orangramai.
Tweet oleh DAP Subang Jaya (screenshot bawah) mengatakan Hannah Yeoh akan melawat ke kawasan PJS 7 untuk “bless mothers” sempena Hari Ibu.
Di Pulau Pinang Guan Eng dipuja macam Tokong. Di Subang Jaya Hannah Yeoh memperagakan dirinya ibarat wali Kristian.
Para politikus yang suka mengkaldaikan agama adalah yang paling licik sekali memainkan sentimen khalayak umum dalam suasana ketegangan sosial kita hari ini.
priest bless
Hannah Yeoh (hannahyeoh) on Twitter 2013-05-18 15-41-58

SENARAI AHLI MESYUARAT KERAJAAN NEGERI PERAK(TERKINI)


KUALA KANGSAR: Enam muka baru antara sembilan yang mengangkat sumpah jawatan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Perak di Istana iskandariah di sini, sebentar tadi.

Mereka mengangkat sumpah jawatan dan menyimpan rahsia di hadapan Pemangku Raja Perak, Raja Dr Nazrin Shah.
Enam muka baru ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Behrang, Datuk Rusnah Kassim; ADUN Ayer Kuning, Datuk Samsudin Abu Hassan; ADUN Rungkup, Datuk Shahrul Zaman Yahya; ADUN Belanja, Mohd Nizar Zakaria; ADUN Tualang sekah, Nolee Ashilin Mohammed Radzi; dan ADUN Batu Kurau, Dr Muhammad Amin Zakaria.

Tiga Exco yang diantik semula ialah ADUN Kota Tampan, Datuk Saarani Mohamad; ADUN Kamunting, Datuk Mohammad Zahir Abdul Khalid dan ADUN Sungai Manik, Datuk Zainol Fadzi Paharuddin. 



-
Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir
Menteri Besar
-
Datuk Rusnah Kassim
-
Datuk Samsudin Abu Hassan
-
Datuk Shahrul Zaman Yahya
-
Mohd Nizar Zakaria
-
Nolee Ashilin Mohammed Radzi
-
Dr Muhammad Amin Zakaria
-
Datuk Saarani Mohamad
-
Datuk Mohammad Zahir Abdul Khalid
-
Datuk Zainol Fadzi Paharuddin