Tuesday, 16 April 2013

Singapura Fullswing Bantu DAP






Senarai Syarikat DAP/PAP Yang Beri Cuti Kepada Kakitangan Malaysia Yang Nak Mengundi PR



Jangan perkecil bila orang bisnes di Singapura mula bertindak untuk membantu rakyat Malaysia balik mengundi. Anwar sangat gembira bila DAP menyerahkan senarai syarikat yang dikatakan akan membantu memberi cuti kepada kakitangan Malaysia. PKR HQ setakat ini merasakan apa yang dilakukan DAP ini sangat membantu untuk PRU13.Cuti 2 hari dan perkhidmatan bas disediakan demi untuk menjatuhkan sebuah kerajaan Islam.





AUTOMOBILE IMPORTER & EXPORTER ASSOCIATION (SINGAPORE)



988 INTERNET BROADCASTING PTE LTD AVOCENT ASIA PACIFIC PTE LTD



BIZ CONSULT BOLD ENTERPRISE PTE LTD



CG ALLIANCE DART HOLDINGS PTE LTD



EILUMINA RESOURCES PTE LTD



ENERCON SYSTEMS INTERNATIONAL, LLC HEATEC JIETONG PTE LTD



J. HANG INVESTMENT PTE LTD



KORDAMENTHA FORENSIC PTE LTD



MAZ ENERGY PTE LTD



MICROLOGIC SOLUTIONS LLP



PRICE CUT PTE LTD



S P SETIA INTERNATIONAL (S) PTE LTD



SOLAR SHIPPING SINGAPORE PTE LTD



TEIAN CONSULTING INTERNATIONAL PTE LTD



TMF SINGAPORE H PTE LTD



WARTSILA SINGAPORE PTE LTD YANMAR ASIA (SINGAPORE) CORPORATION PTE LTDSINGAPORE CANVAS, CHAIRS & TABLES HIRE SERVICE ASSOCIATION



BBQ BOX PTE LTDBONVO TRAVEL (SINGAPORE) PTE LTD C S PARTNERS PTE LTD CAPITAL GROWTH PTE LTD



CHUN CHENG FISHERY ENTERPRISE PTE LTD



DISENO ADVERTISING PTE LTD



DRILLING FLUIDS AUSTRALIA (SINGAPORE) PTE LTD



ENLIGHTEN FURNITURE DECORATION CO PTE LTD



FAR EAST GROUP LIMITED GIANA TRADE GOOGLE ASIA PACIFIC PTE LTD



HY BUILDING & MAINTENANCE SERVICES PTE LTD



JAY-TECH MARINE & PROJECTS PTE LTD



JONES LANG LASALLE RESIDENTIAL PTE LTD



KENG HUP HIN CO (PTE) LTD



KEYSER TECHNOLOGIES PTE LTD



KOONG YEE RENOVATION WORKS PTE LTD



LIFE IN SINGAPORE PTE LTD LIFESKILLS ENRICHMENT PTE LTD LTS ENGINEERING & MARINE SERVICES PTE LTD MEGAXPRESS INTERNATIONAL PTE LTD



MESO RESOURCES INTERNATIONAL PTE LTD



ONESTOP CREATIVE ASSOCIATE PTE LTD



SENBA FOODS (SINGAPORE) PTE LTD



SKYTIME HUPKEE FOODSTUFF PTE LTD



SOLIDHEAT INDUSTRIES PTE LTD



SQUIREGROUP PTE LTD



UNIQULUS FURNISHING DESIGN PTE LTD



YUDO WANCO PTE LTD


Ali Rustam Ke Parlimen... Satu Signal Buat Muhyidin



Johor, Datuk Abdul Ghani Othman dan Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam – adalah dua nama yang hampir pasti melepaskan kerusi DUN sekaligus menimbulkan teka teki siapa bakal menggantikan mereka menerajui kedua-dua negeri.



Turut jadi tumpuan dan tanda tanya siapa bakal dipilih Menteri Besar Kedah dan Menteri Besar Kelantan sekiranya BN berjaya menawan semula negeri itu daripada kerajaan PAS.



Agendadaily difahamkan  Abdul Ghani akan menggalas cabaran besar dengan bertanding kerusi Parlimen Gelang Patah untuk berdepan veteran DAP, Lim Kit Siang yang berpindah dari kerusi Parlimen Ipoh Timur.



Beliau yang sebelum ini mewakili DUN Serom dianggap calon paling layak dan mempunyai peluang cerah menamatkan ‘karier politik’ Penasihat DAP itu.



MCA sudahpun memberi laluan dan melepaskan kerusi berkenaan walaupun calon parti itu,  Tan Ah Eng menang dengan majoriti 8,851 undi menewaskan calon PKR Dr Zaleha Mustafa pada 2008.



Dengan perubahan itu, Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Khaled Nordin dikatakan akan bertanding kerusi DUN bagi membolehkan beliau dilantik Menteri Besar menggantikan Abdul Ghani.



Walaupun nama Ahli Parlimen Pasir Gudang itu sudah beberapa kali disebut-sebut bakal dilantik Menteri Besar termasuk pada PRU 12, tetapi pada kali ini, nampaknya ia akan menjadi.



 Ikut ceritanya Khaled akan bertanding kerusi DUN Permas Jaya juga dalam Parlimen Pasir Gudang yang sebelum  ini diwakili MIC melalui M.Munusamy yang menang PRU 2008 dengan majoriti 2,018 undi.



Munusamy mendapat 13,878  manakala calon PAS Syed Othman Syed Abdullah 11,860



 Di Melaka pula, Mohd Ali yang sebelum ini sudah menyatakan kesediannya bertanding kerusi Parlimen pada PRU 13 juga membuka jalan kepada pelantikan seorang Ketua Menteri baru.



 Setakat ini, nama yang paling hangat disebut-sebut ganti beliau adalah ahli Parlimen Tangga Batu, Datuk Idris Haron.



 Bekas timbalan menteri pengajian tinggi itu dijangka bertanding salah satu daripada empat kerusi DUN  dalam parlimennya.



 Ada juga sumber mengatakan Idris mungkin bertanding di DUN Duyong dalam parlimen Kota Melaka.



Ali pula dikatakan akan bertanding kerusi parlimen Bukit Katil dimana beliau akan berentap dengan Ketua AMK PKR Shamsul Iskandar Md Akin.



 Di Kedah pula, timbalan menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Muhkriz Mahathir dijangka bertanding kerusi DUN Ayer Hitam – sekaligus menjawab teka teki siapa bakal dilantik Menteri Besar jika Kedah ditawan kembali oleh BN.



 Menariknya, beliau tidak memilih kerusi Kota Siputeh yang dimenangi calon BN  Datuk Abu Hassan Sarif dengan majoriti 1,573 undi pada 2008.



Sebaliknya, Mukhriz sedia mengambil risiko bertanding di kerusi Ayer Hitam – kerusi yang BN kalah dengan perbezaaan majoriti 506 undi.



Pada PRU12 kerusi itun ditandingi oleh Othman Aziz,calon BN yang dapat 10,146 undi manakala calon PAS Abdul Ghani Ahmad yang menang dapat 10,652 undi.



Memandangkan sebelum ini Mukhriz menang di kerusi Parlimen Jerlun, peluangnya menawan kerusi Ayer Hitam yang juga dalam parlimen sama amat cerah.



Mukhriz menang kerusi Parlimen Jerlun setelah mendapat 19,424 undi.Calon PAS yang tewas Idria Ahmad dapat 17,219 undi yakni perbezaan majoriti 2,205 undi



Pada 2008, BN terlepas negeri Kedah apabila hanya memperolehi 14 kerusi DUN berbanding pembangkang yang memenangi 21 kerusi dan Bebas satu.



Di Kelantan pula, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed bukan sahaja akan mempertahankan kerusi Parlimen Jeli tetapi akan bertanding di DUN Air Lanas.



Ini dilihat sebagai persediaan untuk melantik Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan itu sebagai Menteri Besar jika BN berjaya merampaskan semula Kelantan yang sudah ditadbir kerajaan PAS lebih 22 tahun.



Pada 2008, kerusi DUN Air Lanas dimenangi calon PAS Abdullah Yaakub dengan menewaskan calon BN Dr Azmi Setapa dengan majoriti 795 undi.



Sementara itu, walaupun ada spekulasi Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob, Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hassan dan Menteri Besar Perak Datuk Seri Zambry Abdul Kadir dikatakan juga
 akan berpindah ke Pusat tetapi difahamkan mereka masih diberi kepercayaan menerajui negeri masing-masing.



Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad said juga dilaporkan kekal.

Karut, Saya Tak Mau Jadi PM...


Lebuh raya rakyat: Ku Li nasihat Kelantan bincang Pusat


Tengku Razaleigh Hamzah
GUA MUSANG - Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah menafikan cakap-cakap kononnya beliau ditawar jawatan perdana menteri jika pembangkang merampas Putrajaya pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).
Menyifatkan perkara itu sebagai karut, Tengku Razaleigh berkata ia sengaja ditimbulkan di saat menjelangnya pilihan raya umum.
"Karut saja, saya masih dalam Umno dan cerita itu timbul mungkin dari rakan dia oranglah tu," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Gelanggang Futsal Orang Asli di Lojing petang ini.
Beliau diminta mengulas khabar angin yang mendakwa pakatan pembangkang ada menawarkan beliau jawatan Perdana Menteri jika pembangkang memerintah negara.
Hadir sama pada program itu ialah Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, Anggota Dewan Undangan Negeri Galas Ab Aziz Yusof, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Kelantan Mat Sulji Zakaria, Timbalan Pengarah Jabatan Kemajuan Orang Asli Kelantan/Terengganu Abdul Razak Arshad serta Pengerusi Persatuan Orang Asli Kelantan Ilyas Anjang.
Terdahulu, dalam ucapan perasmiannya, Tengku Razaleigh berkata walaupun beliau pemimpin veteran Umno namun masih mendapat sokongan rakyat, khususnya masyarakat Orang Asli.
"Saya sejak dahulu lagi bekerja kuat untuk kemenangan Umno hingga kaum Orang Asli memberi sokongan sepanjang masa," katanya. - Bernama

Bicara Rakyat: Umno Perasuah Korap Tukor


Rasuah rasuah rasuah.... Korap korap korap.... Tukor kerajaan.... Tukor kerajaan.... Tukorrrrrrrrr..... Kerajaannnnnnnn.....

Tempik Joned macam orang gila sebaik sahaja kelibat Menteri Umno di kaca televisyen di saluran TV1 RTM. Terkejut beruk pelanggan pelanggan yang lain bila Joned bertempik di meja makannya tadi. Kawan Joned, Manap cuba menenangkan Joned.

"Sabor Joned... " pujuk pak manap. Ngaper kamu menter tak tentu pasal ni, kata manap lagi.

"Umno semua rasuah jerit joned lagi. Dari perdana menteri sampai ke ahli umno semuanya perasuah, makan rasuah. Rasuah tu macam babi tau tak? Makan rasuah tu macam makan babi jugak. Yang terlibat dengan orang umno semua macam makan babi jugak, "jerit joned melepaskan marahnya pada umno.

Terbaik Dari Budak Benteng: Aku Mesti Jumpa Leha Hari Ni Juga

Leman dapat tawaran kerja di Ipoh. Punya la Leman seronok, dah bertahun Leman menganggur. Maklum la di kampong tempat leman ni mana la ada pekerjaan yang memerlukan SPM. kerja kerja kampong seperti mengail, berkebun dan lain kerja kampong semuanya tak perlukan kelulusan seperti leman. Malah kilang getah di pinggir kampong tu pun tak perlu tahu membaca pun.

Huh... bisik hati leman apabila memandang budak budak kilang yang keluar dari kilang bila mereka lalu didepan warong pak akob tempat leman mengeteh. Kenapa la mereka kerja kilang bergaji murah ni? Takder masa depan... rungut leman lagi.

Aku mesti jumpa Leha hari ni jugak, kata leman pada dirinya sendiri. Leha ialah anak dara Pak Akob tokay warong tempat leman suka bergayut petang petang. Anak muda di kampong ni semuanya tergila gilakan leha. Warong Pak Akob ni penuhpun sebab mereka nak mengorat Leha. Leha seorang gadis yang cantik, malah yang paling cantik di Kampong Dusun. Kalau tengokkan muka Pak Akob memang takder siapa pun sangka yang Pak Akob ni ada anak perempuan secantik leha. Pak Akob kulitnya hitam legam dan bermuka bengis. Ramai yang kata kalau tengok muka pak Akob memang takder siapapun tergamak nak minum di warong tu.


Sambungan klik sini

Ayuh... Lupakan persengketaan, hulurkan salam kemaafan DAN RAPATKAN BARISAN.......


Pilihanraya semakin hampir. Hanya beberapa hari, minggu ataupun bulan sahaja lagi. Dato Sri presiden terus terusan menjelajah ke seluruh negara. Tidak ketinggalan juga Dato Sri Menteri Besar Perak yang tiada mengenal letih dan jemu, terus terusan mendekati rakyat. 

Barisan Blogger blogger upahan dan sukarelawan umno juga tidak ketinggalan menjalankan tanggungjawab menepis setiap tohmahan pembangkang. Tanggungjawab ini terbeban di bahu setiap warganegara yang mahukan keamanan dan pastinya pilihan mereka ialah Barisan Nasional. 

Barisan Nasional sudah lama memerintah. Setiap kelemahan sedikit demi sedikit di perbaiki di bawah pimpinan Dato Sri Najib. Dato Sri Najib telah melayan setiap permintaan rakyat. Dato Sri juga bersikap terbuka dan menganggap pembangkang juga adalah rakyat malaysia yang perlu di layan permintaan mereka. Sebagai pemimpin yang berjiwa besar beliau tidak mengamalkan sikap pilih kasih dalam melayani kerenah pembangkang yang pelbagai itu. 

TERKINI: #GE13 SENARAI NAMA CALON Parlimen Dan Dun...

Tahukah Anda......?: TERKINI: #GE13 SENARAI NAMA CALON Parlimen Dan Dun...: GERIK DATO' HASBULLAH OSMAN N.01 PENGKALAN HULU AZNIL IBRAHIM N.02 TEMENGGOR SALBIAH MOHAMED LENGGONG DATO' SHAMSUL ANUAR NASARAH N...

PKR Boleh Di Ibaratkan Sebagai Jin.. Apa Hukumnya Pas Kawin PKR?


Soalan: Ada seorang ditempat saya, disebut oleh orang kampung bahawa dia telah berkahwin dengan jin Islam, mempunyai anak dan hidup dalam keadaan rukun damai. Kebetulan saya pernah ke tempat orang ini, ke rumahnya. Saya dapati dia tinggal seorang diri, tetapi rumahnya bersih seolah-olahnya ada yang menguruskannya.
Persoalan besar saya bolehkah kita manusia, berkahwin dan beranak pinak dengan makhluk halus?

PRU 13 - NASHARUDIN MAT ISA BERTANDING ATAS TIKET BARISAN


Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan tidak menafikan pihaknya bakal meletakkan bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa mewakili parti itu pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

"Mungkin, saya tidak dapat nyatakan senarai itu (kerana esok akan diumumkan)," katanya dalam wawancara khas di pejabatnya di sini, semalam.

Nama Nasharudin ditanyakan terus kepada Ahmad memandangkan BN mengumumkan meletakkan 31 peratus calonnya kali ini dari kalangan profesional dan ulama.

Nasharudin atau lebih dikenali dengan panggilan Ustaz Nasha, yang dipecat dari Majlis Syura Pas - dilihat antara ikon yang cukup menyerlah dan "mesra" Barisan Nasional.

Pada tahun 2008 beliau bertanding di Bachok.

Gambar beliau bersama Pengerusi BN yang juga Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika lawatan ke luar negara mengundang kritikan keras pimpinan Pas.

Mengulas lanjut, Ahmad berkata, pihaknya menerima banyak nama calon yang layak, namun yang terpilih itu adalah yang terbaik daripada yang terbaik.

Menurut Ahmad, kepimpinan yang memutuskan senarai calon ini begitu teliti dalam membuat keputusan dan memandang berat semua aspek.

Malah ujarnya, tidak hairanlah untuk memutuskan calon ulama itu sendiri, beberapa siri pertemuan diadakan sebelum ini.

"Mereka juga sebahagian besar yang menghantar senarai calon itu, tiga empat kali berjumpa dengan presiden, timbalan presiden dan setiausaha agung.

"Kita ada juga kumpulan-kumpulan yang tertentu yang memberikan nama-nama yang berkaitan. Pada masa yang sama juga, mereka perlu dibersihkan daripada tapisan-tapisan SPRM, insolvensi dan sebagainya," jelas Ahmad.

Ditanya apakah mesej yang cuba disampaikan dengan mengetegahkan golongan ulama ini, Ahmad berkata, ia bukanlah perkara yang baru cuma dari segi jumlahnya, ia bertambah untuk kali ini.

"Kita ini sensitif kepada suasana semasa. Kalau kita perlu di kawasan-kawasan tertentu ini calon dari kumpulan tertentu, maka kita akan pilih dari kalangan itu.

"Walaupun dia bukan lulusan universiti, dia bukan tidak langsung mendapat peluang jika tidak ada diploma, kalau dia cukup popular kerana kerajinannya di satu-satu kawasan, pucuk pimpinan juga memutuskan orang itu layak," ujar beliau.
Sumber: Sinar Harian.
PRU 13 - NASHARUDIN MAT ISA BERTANDING ATAS TIKET BARISAN...

Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan tidak menafikan pihaknya bakal meletakkan bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa mewakili parti itu pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

"Mungkin, saya tidak dapat nyatakan senarai itu (kerana esok akan diumumkan)," katanya dalam wawancara khas di pejabatnya di sini, semalam.

Nama Nasharudin ditanyakan terus kepada  Ahmad memandangkan BN mengumumkan meletakkan 31 peratus calonnya kali ini dari kalangan profesional dan ulama.

Nasharudin atau lebih dikenali dengan panggilan Ustaz Nasha, yang dipecat dari Majlis Syura Pas - dilihat antara ikon yang cukup menyerlah dan "mesra" Barisan Nasional.

Pada tahun 2008 beliau bertanding di Bachok.

Gambar beliau bersama Pengerusi BN yang juga Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika lawatan ke luar negara mengundang kritikan keras pimpinan Pas.

Mengulas lanjut, Ahmad berkata, pihaknya menerima banyak nama calon yang layak, namun yang terpilih itu adalah yang terbaik daripada yang terbaik.

Menurut Ahmad, kepimpinan yang memutuskan senarai calon ini begitu teliti dalam membuat keputusan dan memandang berat semua aspek.

Malah ujarnya, tidak hairanlah untuk memutuskan calon ulama itu sendiri, beberapa siri pertemuan diadakan sebelum ini.

"Mereka juga sebahagian besar yang menghantar senarai calon itu, tiga empat kali berjumpa dengan presiden, timbalan presiden dan setiausaha agung.

"Kita ada juga kumpulan-kumpulan yang tertentu yang memberikan nama-nama yang berkaitan. Pada masa yang sama juga, mereka perlu dibersihkan daripada tapisan-tapisan SPRM, insolvensi dan sebagainya," jelas Ahmad.

Ditanya apakah mesej yang cuba disampaikan dengan mengetegahkan golongan ulama ini, Ahmad berkata, ia bukanlah perkara yang baru cuma dari segi jumlahnya, ia bertambah untuk kali ini.

"Kita ini sensitif kepada suasana semasa. Kalau kita perlu di kawasan-kawasan tertentu ini calon dari kumpulan tertentu, maka kita akan pilih dari kalangan itu.

"Walaupun dia  bukan lulusan universiti, dia bukan tidak langsung mendapat peluang jika tidak ada diploma, kalau dia cukup popular kerana kerajinannya di satu-satu kawasan, pucuk pimpinan juga memutuskan orang itu layak," ujar beliau.
Sumber: Sinar Harian.

Stopa Bakal Di Saman Kerana Mengaitkan UMNO Dengan Kegiatan Seksnya



Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali diberi tempoh 24 jam bermula hari ini untuk membuat permohonan maaf atas tuduhan mengaitkan UMNO dengan penyebaran video lucah yang didakwa menyerupai dirinya.

Menurut Penasihat Undang-undang UMNO, Datuk Hafarizam Harun, beliau telah diarahkan untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Mustafa yang telah mengaitkan nama UMNO terhadap penyebaran video lucah yang tersebar luas sejak 11 April lalu.

“Ini kerana segala tuduhan tersebut sama sekali tidak berasas dan amat serius dengan niat jahat untuk memburuk dan merosakkan reputasi dan imej UMNO terutamanya menjelang PIlihan Raya Umum (PRU) ke-13 pada 5 Mei akan datang.

“Tindakan undang-undang diambil melalui Hafarizam Wan & Aisha Mubarak terhadap Setiausaha Agung Pas berkaitan kenyataannya yang telah diterbitkan oleh hampir ke semua surat khabar utama di Malaysia selain di laman-laman sesawang termasuklah yang dilaporkan dan diterbitkan di portal Malaysiakini bertarikh 13 April yang bertajuk ‘Mustafa letak jawatan SUA Pas’.

“Di dalam artikel tersebut tertulis bahawa beliau mengeluarkan kenyataan berbunyi ‘Ini adalah kebiasaan UMNO, mereka sanggup guna taktik kotor dengan menyebarkan fitnah… saya adalah mangsa terbaru fitnah UMNO,” kata Hafarizam yang dilaporkan oleh UMNO Online.

Tidak cukup dengan itu, Mustafa turut membuat kenyataan umum semasa memberi ceramah di markas PAS Kampung Molek, Dungun, Terengganu dan ianya telah disiarkan oleh akhbar HarakahDaily di bm.harakahdaily.net di dalam Artikel bertajuk ‘Mustafa ceramah di Dungun, dakwa UMNO terdesak’ yang bertarikh 13 April 201.

Di dalam artikel terbut tertulis ‘beliau mendakwa UMNO sudah terdesak sehingga sanggup melemparkan pelbagai fitnah untuk menjatuhkan beliau dari arena politik tanah air’ dan ‘bagi Mustafa, UMNO bertanggungjawab terhadap fitnah yang dibuat ke atasnya melalui media itu'.

Oleh yang demikian, UMNO telah memberi tempoh 24 jam kepada Mustafa Ali untuk memohon maaf tidak bersyarat dalam bentuk bertulis dan penarikan balik penerbiatan kenyataan berunsuf fitnah tersebut atau kenyataan yang serupa dengannya.

Mustafa juga harus berhenti daripada memberi atau membenarkan apa-apa kenyataan lanjut berunsur fitnah berkenaan isu ini atau mengeluarkan sebarang kenyataan yang serupa dengannya serta menyediakan satu akujanji bertulis bahawa tidak akan menerbitkan dan membenarkan kenyataan berunsur fitnah terbut atau kenyataannya yang serupa dengannya dikeluarkan serta membayar gantirugi bagi kerosakan reputasi yang teruk dan gantirugi terhadap kos dan perbelanjaan yang ditanggung.

Sekiranya Mustafa gagal untuk berbuat demikian maka prosiding mahkamah akan diteruskan tanpa sebarang rujukan kepada beliau termasuk menfailkan injuksi bagi menghalang penerbitan lanjut berkaitan isu ini.

Kenyataan yang dikeluarkan oleh Mustafa berunsur fitnah yang telah membawa maksud :

(i) UMNO yang merancang insiden berkaitan dengan video lucah tersebut;

(ii) UMNO kononnya dengan sengaja mahu membuat video berkaitan dengan video lucah tersebut;

(iii) UMNO dengan sengaja kononnya mahu menyebarkan fitnah dengan menyebarkan video lucah tersebut;

(iv) UMNO kononnya memang bertanggungjawab membuat video lucah tersebut;

(v) UMNO merupakan dalang di sebalik pembikinan video lucah tersebut;

(vi) UMNO adalah dicurigai ketelusannya sehingga sanggup mengunakan taktik kotor untuk menjatuhkan mana-mana individu.- Agenda Daily

(Video) Nik Aziz Labelkan UMNO Sebagai Komunis Kerana Senaraikan Ulama Pada #PRU13 ?!!!

Gempar!!!!! Surat Puaka Buat Pemimpin Pas 4

Tahukah Anda......?: Gempar!!!!! Surat Puaka Buat Pemimpin Pas 4: Seperti biasa penulis ingin mengingatkan orang-orang Melayu kerana masa masih belum terlewat. Tahukah orang-orang Melayu? Semua akhbar-ak...

Lebih 30% Adalah Muka Baru Sebagai Calon

Sumber

Apa sekalipun yang akan disenaraikan kali ini, rakyat sebenarnya sedang menunggu calon pilihan yang disenangi oleh rakyat atau pun pengundi. Yang jelas pengundi tidak mahu membuat kesilapan seperti di PRU 12 yang lalu, serik dengan pelaku TUAN YB yang merka undi dan berharap kerajaan akan lebih telus dan bersih nampaknya lain jadi nya, malah lebih rakus dan haloba mengaut apa yg ada sehingga janji hanyalah retorik dan rakyat dilembukan pulak

Nampaknya kalau kita tengok calon kali nie sedikit sebanyak menyusahkan PR sebab terpaksa memberi laluan kepada pemimpin rosak dalam BN yang berhijrah kepada pakatan rakyat, kalau tidak disenaraikan maka mereka terpaksa menanggung soalan demi soalan wartawan tentang penghijrahan pemimpin Scrap yang sepatutnya sudah luput tarikh untuk digunakan

KUALA LUMPUR, 15 April – Barisan Nasional (BN) membariskan seramai 33 peratus calon baru untuk peringkat Parlimen dan 49 peratus untuk peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi berdepan Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13, kata Pengerusi BN, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.

Ujarnya, walaupun BN meletakkan calon-calon baru namun ia masih membariskan wakil-wakil rakyat yang sedia ada terdiri daripada mereka yang ada pengalaman berkhidmat sama ada sebagai wakil kerajaan atau wakil rakyat.

“Ini adalah kerana imbangan daripada pengalaman amat penting sebab kita bukan sahaja perlu menampilkan pembaharuan sebagai sebuah parti dengan mandat yang baru bagi menubuhkan kerajaan akan datang tetapi kita juga perlu mempunyai mereka yang mampu untuk mentadbir kerajaan dan berkhidmat kepada rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas menyerahkan watikah pelantikan calon PRU ke-13 kepada pengerusi kompenan parti dalam BN dan juga Pengerusi Badan Perhubungan BN peringkat negeri di Ibu Pejabat BN, hari ini.

“Senarai ini merupakan barisan calon-calon BN yang pada hemat saya adalah yang terbaik mampu disediakan selepas melalui satu proses yang panjang meliputi banyak perbincangan dengan komponen BN dan Pengerusi-pengerusi BN peringkat negeri.”

Jelasnya, keputusan dibuat dengan mengambil kira sentimen ataupun jangkaan daripada pengundi untuk melihat kepada perubahan dalam BN.

“Pada peringkat DUN hampir 50 peratus adalah muka baru yang dibuat untuk memenuhi kehendak dan jangkaan pengundi bahawa mereka ingin melihat BN dan UMNO yang sudah bersedia untuk melakukan perubahan dan pembaharuan.

“Kalau mereka yang menduduki kerajaan semuanya muka baru, tak ada pengalaman langsung maka ini akan membantutkan kerajaan BN untuk memenuhi harapan rakyat,” katanya.

Ujarnya yang juga Presiden UMNO, penilaian terhadap calon BN perlu dilihat dalam konteks secara menyeluruh.

“Maknanya bukan sahaja kepada mereka yang bertanding tetapi kemampuan barisan ini dalam konteks untuk menubuhkan kerajaan yang ampuh dan kerajaan yang kuat serta mampu untuk memenuhi kehendak dan jangkaan rakyat pada masa-masa yang akan datang.

“Kita perlu melihat bukan saja dalam konteks PRU ke-13 ini tetapi selepas pilihan raya, apa kesudahannya, ia mesti mempunyai barisan yang mampu melaksanakan segala-gala aku janji dalam menifesto BN.”

Bekaitan latar belakang calon, beliau menjelaskan bahawa BN cuba untuk memasukkan secara inklusif dengan penglibatan semua pihak.

“Dari segi penyertaannya terdiri dari pelbagai profesion, universiti, ada PTD, ada daripada badan-badan agensi kerajaan, ada juga profesional, doktor, peguam, ulama dikalangan kita dan sebagainya dan ada juga mereka yang popular di peringkat akar umbi.

“Ini kerana bukan semua wakil rakyat akan menjadi anggota kerajaan kerana sebahagiannya atau lebih ramai terpaksa berkhidmat kepada rakyat jadi penentuannya adalah kebolehan mereka untuk menjadi pemimpin di peringkat akar umbi.”

Sebelum itu beliau telah menyampaikan watikah kepada semua Presiden part-parti kompenan dengan Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Timbalan Presiden UMNO menerima watikah bagi pihak UMNO.

Turut dimaklumkan, pengumuman calon untuk setiap negeri akan berlangsung pada Selasa, dengan dilaksanakan oleh setiap Pengerusi Badan Perhubungan BN Negeri masing-masing. – MediaUMN