Digital clock

Tuesday, 16 April 2013

Terbaik Dari Budak Benteng: Aku Mesti Jumpa Leha Hari Ni Juga

Leman dapat tawaran kerja di Ipoh. Punya la Leman seronok, dah bertahun Leman menganggur. Maklum la di kampong tempat leman ni mana la ada pekerjaan yang memerlukan SPM. kerja kerja kampong seperti mengail, berkebun dan lain kerja kampong semuanya tak perlukan kelulusan seperti leman. Malah kilang getah di pinggir kampong tu pun tak perlu tahu membaca pun.

Huh... bisik hati leman apabila memandang budak budak kilang yang keluar dari kilang bila mereka lalu didepan warong pak akob tempat leman mengeteh. Kenapa la mereka kerja kilang bergaji murah ni? Takder masa depan... rungut leman lagi.

Aku mesti jumpa Leha hari ni jugak, kata leman pada dirinya sendiri. Leha ialah anak dara Pak Akob tokay warong tempat leman suka bergayut petang petang. Anak muda di kampong ni semuanya tergila gilakan leha. Warong Pak Akob ni penuhpun sebab mereka nak mengorat Leha. Leha seorang gadis yang cantik, malah yang paling cantik di Kampong Dusun. Kalau tengokkan muka Pak Akob memang takder siapa pun sangka yang Pak Akob ni ada anak perempuan secantik leha. Pak Akob kulitnya hitam legam dan bermuka bengis. Ramai yang kata kalau tengok muka pak Akob memang takder siapapun tergamak nak minum di warong tu.


Sambungan klik sini

No comments:

Post a Comment