Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir menyifatkan tindakan Timbalan Pesuruhjaya PAS negeri, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin menggelarnya "haram jadah" sebagai tidak bermaruah sebagai seorang Islam.
Beliau berkata perkataan kotor seperti itu hanya akan keluar daripada seseorang yang berhati kotor.
"Saya tak sanggup (keluarkan perkataan kotor sebegitu) untuk anak-anak saya dengar. Inikah wajah ahli politik yang kononnya memperjuangkan rakyat atas nama agama.
Sumber
Tuesday, 23 April 2013
TIADA HUDUD DALAM MANIFESTO PR
Sehingga ke hari ini, memang agak sukar untuk kita menemui mana-mana penyokong PAS yang dengan bangganya bercerita panjang mengenai Manifesto PR sekali pun sudah hampir sebulan Manifesto Pakatan Harapan Rakyat itu diperkenalkan kepada umum.
Sebaliknya menjadi satu perkara biasa apabila kita melihat ada ahli dan penyokong PAS yang hanya membaca isi kandungan Manifesto PR sekadar seimbas lalu, malah tidak pelik bila ramai pula yang hanya melihat kulit depan tanpa teruja untuk melihat isi dalamnya.
Manifesto PR yang dilancarkan pada 25 Februari lepas itu benar-benar mengakibatkan penyokong PAS mengalami kejatuhan moral dan semangat masing-masing gara-gara isu perlaksanaan hudud tidak mendapat tempat dalam manifesto tersebut.
Mereka terkedu, sedih dan segala macam perasaan berkecamuk dalam diri masing-masing, mungkin kerana itulah dalam kebanyakan aktiviti ceramah dan kempen politik PR termasuk PAS semakin suram dan hambar sejak akhir-akhir ini.
Selama ini dalam tempoh lebih dua dekad lalu para pemimpin dan penyokong PAS gah mengusung isu hudud sehingga tergamak memandang rendah keIslaman orang UMNO, akhirnya kini mereka terkebil-kebil tak keruan ibarat tertelan kahak sendiri lagaknya.
Hingga saat ini para pemimpin PAS terpaksa mendiamkan diri dan membisu dari menjawab persoalan kenapa isu hudud di tolak oleh PR, tersilap memberi jawapan bimbang diterjah gertakan si abang besar DAP, tersasul memberi alasan risau hubungan PAS dengan PKR semakin renggang.
Jika dijawab secara retorik sambil menjual temberang, mereka takut menyebabkan ahli dan penyokong PAS tiba-tiba naik berang kerana diberi pengharapan dan janji bulan bintang yang tak kesampaian.
Alih-alih ramai pemimpin PAS berpendapat lebih baik diam menjadi si bisu sekalipun tindakan tersebut sebenarnya tambah memburukkan keadaan dan menimbulkan lebih banyak keraguan berputik dalam hati orang bawahan.
Akhirnya dalam keadaan ini, DAP dan PKR yang terus tersenyum sinis kerana berjaya membuktikan kepada pengikut masing-masing bahawa hala tuju PR ditentukan oleh mereka dan pemimpin PAS pula akan kekal sebagai balaci yang setia menurut perintah.
Mungkin dalam hari-hari terakhir menjelang PRU 13 akan ada segelintir pemimpin PAS yang masih cuba menjadi penjual ubat di jalanan sesekali mencanangkan semula isu perlaksanaan hukum hudud untuk menarik semula perhatian penyokong bawahan, tapi apa lagi gunanya?
Hakikat kebenarannya PAS telah gagal mempengaruhi PR untuk menerima hudud sebagai dasar bersama PR dan selagi itu ketetapan rasmi PR maka selama itulah hudud yang di canang oleh PAS akan kekal sebagai angan-angan dan umpan politik kepartian sahaja.
Apa Kata Sekupangdua?
HEHE... AJM MANGSA PERTAMA HACK OLEH HINGUSAN PAS? Itu jer yg bolehbuat?
Biasak ler, dah memang jenis dayus dan tak bertelor mrncuba HACK salah seorang dari bloggers PCT Atau Perak Cyber Troopers yang dikenali sebagai AJM @ Anak Jati Malaya, nampaknya disebabkan dendam kesumat bila melihat AJM semakin disenangi oleh pembaca maka bermula busuknya hati seseorang nie yang masih hingusan dan diberi peluang dalam Parti Ajaran Sesat kini merasakan macam dia ler paling hebat dalam akhbar penyiaran
Akibat melihat AJM yang mula dikenali ramai macam-macam cara dia buat, bukan setakat menghina sebalinya menggugut mahu membawanya ketengah, yang paling kelakor samdol nie pulak belagak macam pandai, cerita pasal pengundi hantu ler... Mengutuk najib dengan pentadbirannya ler, membuat fitnah sesuka hati bapaknya ikut sedap mulut dia nak cakap, sembang macam dia hebat benor dan banyak lagi hasil didikan akhbar fitnah nombor satu di malaya Harukah...
Memang pecah perut bila tau dia pun tak boleh mengundi lagi, hahaha ingatkan dah baligh mengundi kehainya kena tunggu 5 tahun lagi rupanya, sembang macam ler dah pernah pangkah kekeke... Kesian
Bagaimana pun Hack on cover page ni sebrnarnya hanya lah cuma mahu menakutkan pembaca dari singgah ke laman blog yang telah di inaya, bermakna kalau kita menggunakan browser yang sama maka pastinya amaran seperti begini akan keluar (diatas) ia juga bertempoh untuk kembali normal semula, bagaimana pun dengan menggunakan browser lain ataupun I Pad yang terjamin oleh perisian Epal blog boleh diziarahi seperti biasa... Keekekekkee... Itu jer ke yang puak pakatan rogol mampu buat? Kesian...hehehe nampaknya AJM nak popular ler tu....
Kesilapan SPR Telah Membuatkan BN Perak Kalah Pada 2008
Keputusan piliharaya 2008 telah menyaksikan dua negeri ini jatuh ke tangan pembangkang. Sekiranya diperhatikan dari carta diatas kemenangan sebenarnya memihak kepada BARISAN NASIONAL.
sumber dari laman spr.gov
BARISAN NASIONAL TELAH MEMENANGI 28 KERUSI DI PERAK
DAN 20 KERUSI DI SELANGOR.
Jumlah kerusi yang dimenangi lebih besar dari parti pembangkang yang bertanding pada tahun itu.
Kesilapan pegawai SPR yang dipertanggungjawabkan mengendalikan proses pengiraan undi telah mengisytiharkan PAS, DAP, PKR sebagai satu PAKATAN yang sah dan telah mengesahkan keputusan tersebut. Kemenangan ini membolehkan mereka menubuhkan kerajaan yang baru.
Umum mengetahui PAKATAN RAKYAT bukan satu pertubuhan yang sah dan tidak berdaftar dengan ROS. Mereka bertanding atas kapisiti parti masing masing dan membuat satu persefahaman untuk menentang BARISAN NASIONAL.
Pada PILIHANRAYA UMUM 2013 ini mereka masih membentuk satu persefahaman untuk bertanding menentang BARISAN NASIONAL dengan menggunakan simbol parti masing masing.
Baca seterusnya di sini : http://mymedialab.blogspot.com/2013/04/kesilapan-spr-telah-mengakibatkan.html
Wartawan RTM mati dipercayai diserang penyokong Pas
Wartawan sambilan RTM, Mohamed Yacob, 61, meninggal dunia dipercayai selepas diserang penyokong sebuah parti politik di hadapan rumahnya di Bandar Lama Gua Musang dekat sini kira-kira pukul 1.15 pagi ini.
Kejadian tersebut dipercayai berlaku selepas Allahyarham membunyikan hon kereta kerana tidak berpuas hati laluan masuk ke rumahnya dihalang oleh seorang penyokong parti berkenaan.
Menurut sumber, seorang lelaki yang berada di pejabat parti Gua Musang itu telah datang ke arah mangsa dan berlaku pertengkaran sebelum beliau ditumbuk.
"Isteri mangsa yang berada di rumah terkejut dengan kejadian itu dan terus menjerit meminta pertolongan, tiga lelaki yang berada di pejabat parti telah datang dan menyuraikan keadaan.
"Mangsa yang lebam di muka kemudiannya di bawa masuk ke rumah dan mangsa kemudiannya meminta ubat daripada isterinya sambil mengadu sakit dada, beliau kemudian di bawa ke Hospital Gua Musang dan disahkan meninggal dunia dalam perjalanan," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Nuar Dah Berangan Jadi PM.... Puuuiiihhhhh.....
Anwar berlakon jadi PM di Lambor Kiri |
PARIT 22 April - Walaupun belum ada kesepakatan dalam pakatan pembangkang mengenai siapa akan menjadi Perdana Menteri jika mereka menang pilihan raya umum kali ini, Datuk Seri Anwar Ibrahim sudah mula menguar-uarkan dirinya bakal mengangkat sumpah memegang jawatan tersebut.
Ketika kempen Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) baru sahaja masuk hari pertama, Ketua Pembangkang itu mula berangan-angan, malah sudah mencipta skrip yang kononnya akan diucapkan sebaik dirinya sah bergelar Perdana Menteri.
"Mereka umum (kemenangan) lewat 2 pagi, jadi tidak boleh angkat sumpah sebab Yang di-Pertuan Agong sudah tidur, kena buat esoknya.
"Lepas (angkat sumpah) itu, TV3 dan RTM datang beratur nak temuramah. Saya kata pi belakang dulu, kasi pengajaran sikit," katanya dalam ceramah yang dihadiri kira-kira 1,500 penyokong pembangkang di Kampung Teluk Sena, Lambor Kiri di sini malam tadi. - UTUSAN ONLINE
Pesuruhjaya Pas Perak: Ustaz Bergaya Ulamak
Abu Bakar bin Haji Hussian atau dikenali sebagai Ustaz Abu Bakar oleh penyokong PAS. Beliau didalam parti PAS memegang jawatan sebagai Pesuruhjaya PAS negeri. Dalam pilihanraya yang ke 13 akan datang beliau dilihat akan bertanding di DUN Titi Serong (N.08). DUN Titi Serong sekarang disandang oleh calon dari PAS juga iaitu Khalil Idham Lim Abdullah.
Penglibatan Abu Bakar dalam polemik politik banyak menampakkan sifat diktatornya yang mana membuat keputusan tanpa mempedulikan parti sekutunya. Ini berikutan dari laporan yang mengatakan, KLIK SINI
Penglibatan Abu Bakar dalam polemik politik banyak menampakkan sifat diktatornya yang mana membuat keputusan tanpa mempedulikan parti sekutunya. Ini berikutan dari laporan yang mengatakan, KLIK SINI
"Pesuruhjaya Pas negeri, Abu Bakar Hussian dalam ceramah di Air Kuning, di sini malam tadi mengumumkan Mohammad Nizar akan bertanding di Changkat Jering, sekali gus mengesahkan spekulasi pemimpin tersebut tidak akan mempertahankan kerusi DUN Pasir Panjang.
Walau bagaimanapun, ceramah itu tidak dihadiri mana-mana pemimpin PKR."
Beliau membuat keputusan tanpa endorsemen dari parti sekutu PKR dan DAP. Walaupun perkara ini mendapat tentangan selepas Pengerusi PKR Perak, Dr Muhamad Nur Manuty, baru-baru ini turut menolak keputusan PAS bertanding di DUN Changkat Jering dalam Parlimen Bukit Gantang. Mungkin sebab dia dari profession perguruan pesara guru besar SMK Raja Chulan, Ipoh terbawa-bawa karektor pengetua tu dalam mengendalikan urusan parti.
Selepas mengumumkan mahu mengambil kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Changkat Jering daripada PKR, PAS Perak berusaha pula mendapatkan DUN Alor Pongsu yang sebelum ini turut ditandingi sekutunya itu.
Pesuruhjaya PAS Perak, Abu Bakar Hussain memberi alasan, permintaan ahli parti akar umbi di Parlimen Bagan Serai, mendorong parti itu mendapatkan DUN Alor Pongsu, tambahan pula kerusi Parlimen berkenaan memang milik PAS yang bagaimanapun bersetuju mengekalkan status-quo untuk Bagan Serai ditandingi PKR seperti Pilihan Raya Umum (PRU) 2008.
Pas Perak dilihat semakin bongkak dan sombong. Pas Perak juga semakin pening dan berserabut. Ini amat jelas dalam tindakan Pas sewaktu pengumuman meletakkan Dato Seri Nizar Jamaluddin sebagai calon Adun di Changkat Jering Perak.
Sungguhpun karektornya kepimpinannya mungkin nampak ada wibawa dan bersih tetapi kelemahan beliau nampak apabila beliau silap kerana memilih orang bawahnya (Timbalan Pensuruhjaya Perak) Nizar Jamaluddin dari kalangan individu yang banyak masalah serta punyai rekod tidak cantik. Di dalam parti PAS sendiri ramai yang tidak menyukai sifat Nizar yang dahulunya pernah jadi Menteri Besar "boneka' kepada DAP ditambah lagi kelakunya yang macam pelawak sarkas sahaja.
Dalam hal isu fatwa suatu ketika dahulu Abu Bakar pernah mengiyakan pendirian orthodoknya ke arah ke"parti"annya tanpa peduli kerasionalannya walaupun ianya adalah badan yang diiktiraf di peringkat nasional. Ini sedikit sebanyak menampakkan keburukannya dalam menyatakan pendirian secara profesional.
Berikut dibawah adalah sedutan dari artikel tersebut ;
“Majlis Fatwa Kebangsaan perlu bertaqwa kepada Allah sebelum mengeluarkan sebarang hukum kerana mereka akan dihadapkan di hadapan Allah yang berkuasa menentukan hukum haram atau halal,” kata Pesuruhjaya PAS Perak, Abu Bakar Hussian.
“Saya sebagai Pesuruhjaya PAS Perak ingin menjelaskan bahawa menyertai Bersih 3.0 tidak haram kerana ia bertujuan baik iaitu mencari keadilan dan demokrasi yang telus, tidak melanggar undang-undang kerana peserta tidak memasuki kawasan larangan berhimpun.
“Peserta juga tidak mencetuskan huru hara, sebaliknya yang mencetuskan huru hara tersebut adalah pihak polis yang menyerang, menangkap dan memukul peserta Bersih 3.0 tanpa sebarang sebab. Maka, berdasarkan keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan sepatutnya Perhimpunan Bersih 3.0 tidak sepatutnya dianggap sebagai haram,” dakwanya melalui satu kenyataan media hari ini,.
Abu Bakar seterusnya mendakwa, Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia perlu memahami perkara tertentu terlebih dahulu supaya tidak mengeluarkan fatwa membuta tuli tanpa memahami realiti sebenar.
Soalnya sekarang bolehkah sifat pemimpin begini kita angkat sebagai wakil kepada rakyat di Dun Titi Serong untuk pilihanraya umum yang akan muncul tidak lama lagi? Bolehkah dia mendengar dan mengambil tentang tahu hal kebajikan rakyat sedangkan diketahui beliau jenis yang "bossman". Ketelusan dalam organisasi dipertikai kerana sifat kroninya apabila masih menyokong dan membela Nizar Jamaludin walaupun diketahui Niza ini meroyan dan banyak bermasalah.
Akhir sekali dia ni makan duit pencen bekas guru dari kerajaan tiap-tiap bulan tetapi kemudian menentang dan memburukkan kembali kerajaan yang pernah berjasa memberinya pekerjaan kepadanya dulu dan sekarang.
Pengedar pil kuda dan calon tangkap muat
Video Panas...Pengedar pil kuda dan calon tangkap muat.
Itu antara punca PAS bertindak meletakkan calonnya menentang rakan sendiri dalam Pakatan.
Malah lebih menjengkelkan Presiden PAS, Datuk Seri Hadi Awang ada ahli parti sekutu yang mengagung-agungkan tokoh komunis.
Subscribe to:
Posts (Atom)