Thursday, 11 April 2013

PRU13: 4 Kawasan Panas Di Perak




Polis telah mengenal pasti beberapa kawasan di negeri ini yang dijangka panas semasa Pilihan Raya Umum ke-13 dan akan mengambil langkah tambahan untuk menanganinya.

Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, antara kawasan terbabit termasuklah Taiping, Sungai Siput, Ipoh Timur dan Batu Gajah.

Kata beliau, pihaknya juga mengenalpasti individu-individu yang berkemungkinan menimbulkan kekacauan dan kekecohan sepanjang proses pilihan raya berlangsung.

"Jangan sesekali cuba menggugat keamanan, timbulkan kekecohan sepanjang tempoh berkempen bermula penamaan calon sehingga hari pengundian pada 5 Mei (depan).

Antara terjadi kawasan panas apabila Pas terlalu terdesak sentiasa mengeluarkan kata-kata provokasi atau perbuatan yang boleh mendatangkan marah kepada parti BN

"Kerana kami akan bersedia, tindakan tegas termasuk menangkap mereka yang timbulkan kekecohan," katanya pada sidang akhbar di Ibupejabat Polis Kontinjen Perak di sini hari ini.

No comments:

Post a Comment