IPOH 13 Nov. - Orang ramai diingatkan tidak mudah percaya dan sentiasa berhati-hati supaya tidak terperangkap dengan kegiatan pihak tertentu yang melakukan penipuan menggunakan nama Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir.
Zambry berkata, dalam melaksanakan rancangan mereka, pihak tersebut juga menggunakan pelbagai cara termasuk mendakwa mempunyai hubungan baik dengan beliau malah ada yang sanggup menggunakan gambar beliau dan mendakwa mereka adalah ahli keluarganya.
Kata beliau, mereka juga turut memalsukan tandatangannya dan kepala surat Pejabat Menteri Besar selain mengunakan nama pegawai kanan kerajaan serta Exco kerajaan negeri untuk memperdayakan orang ramai bagi mendapatkan keuntungan.
"Perkara ini telah berkali-kali saya sebutkan dan saya perlu terus mengulanginya supaya orang ramai berhati-hati dan beringat kerana sindiket ini sangat licik.
"Mereka ini pandai mewujudkan bukti seolah-olah diberikan amanat dan kepercayaan bagi pihak Menteri Besar, pegawai kanan kerajaan, Exco atau kerabat diraja dan kejadian paling terbaharu berlaku semalam.
"Dalam kejadian ini mereka bukan sahaja menggunakan kepala surat Pejabat Menteri Besar yang salah malahan meniru tandatangan saya berkaitan satu pelaburan di negeri ini," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan Exco di sini hari ini.
ARTIKEL PENUH
No comments:
Post a Comment