Sunday 17 November 2013

IPOH KAWASAN YANG DIDIAMI SATU BANGSA DARI DULU HINGGA KINI????







 Perbandaran Ipoh ini yang berkeluasannya 13,640.81 hektar terdapat beberapa kawasan Perkarapungan Baru. Jika disingkapkan kembali akan sejarah penubuhannya. Ianya adalah pada mulanya didiami oleh kaum Bumiputra.

   Selepas terjumpanya hasil galian yang mewah iaitu Bijih Timah di kawasan persekitarannya kawasan Lembah Kinta. Struktur penduduk ini telah bertukar di mana ianya menjadi kawasan yang majoritinya kaum bukan Bumiputra.


 Berdasarkan kepada sejarah perkembangan penduduk yang mana bermula pada tahun 1883 iaitu berjumlah 4000 orang penduduk sehingga ketahun 1980 di mana penduduk menjadi 344,627 orang, hanya 17 peratus sahaja terdiri daripada kaum Bumiputra.

   Kawasan Perkampungan Baru ini adalah salah satu daripada kawasan yang menyumbangkan sumber kependudukan di Perbandaran Ipoh. Salah satu daripada kawasan Perkampungan Baru ini yang diperkajikan ini adalah Kampung Baru Gunung Rapat.

   Kampung Baru Gunung Rapat ini jika dibandingkan dengan kawasan-kawasan yang selainnya di Perbandaran Ipoh yang mana ianya adalah kawasan berbilang kaum, ianya adalah berbedza sedikit
di mana daripada mula ditubuhkan sehinggalah masa kini, ianya masih lagi tetap sebagai kawasan majoriti satu bangsa sahaja dan menjadi kawasan kediaman bukan Bumiputra.



ini sebahagian thesis tentang BANDARAYA IPOH...












No comments:

Post a Comment