Sunday 17 November 2013

Siapa Kuat Diantara Ulamak dan Erdogan..... DISINILAH KERETAKKAN BERMULA......



Calon untuk jawatan timbalan presiden PAS Datuk Nik Amar Nik Abdullah menegaskan keperluan PAS mengkaji kerjasamanya dengan DAP dan PKR setelah parti itu gagal mendapatkan sokongan majoriti pengundi Melayu pada Pilihanraya Umum ke-13 (PRU13).
“PAS ketinggalan dalam PRU yang lalu dalam jumlah kerusi yang dimenangi. Kita menang 21 kerusi parlimen berbanding 23 sebelum ini, sedangkan Umno menambah daripada 79 kepada 89. Kita tidak boleh mencapai matlamat untuk menggantikan Umno jika kita tidak mendapat sokongan majoriti pengundi melayu Islam.
“Kita bukan nak menarik diri daripada Pakatan Rakyat tetapi kita perlu mengkaji masalah dan kesilapan yang menyebabkan orang melayu menyokong Umno bukan PAS.
Sungguhpun saya satu-satunya calon ulama ‘untuk jawatan timbalan presiden’ saya berharap untuk mewakili semua pihak dalam PAS,” beliau dipetik berkata oleh The Star.
Nik Amar akan mencabar Mohamad Sabu dalam persaingan dua penjuru untuk jawatan timbalan presiden pada muktamar parti 22-24 November ini, saingan itu dilihat sebagai kemuncak pertandingan antara golongan erdogan ‘Mat Sabu’ dan ulama yang diwakili oleh Nik Amar.
Calon lain yang layak untuk bertanding jawatan itu seperti Husam Musa, Salahuddin Ayob, Tuan Ibrahim Tuan Man memilih untuk bertanding jawatan lain.
Sekiranya menang Nik Amar akan memastikan dua jawatan tertinggi dalam PAS diisi oleh golongan ulama ekoran desakan akar umbi yang mahu parti itu lebih lantang bersuara dalam isu-isu agama.
Datuk Seri Abdul Hadi awang menang bertanding jawatan presiden parti untuk penggal keenam berturut-turut.  >>sini










No comments:

Post a Comment