Monday, 15 April 2013

Begitu Rupanya Perasaan Cina dan India?

Sekolah berasrama penuh adalah idaman setiap anak anak maupun ibubapa. Bagi anak anak yang mendapat keputusan yang cemerlang didalam peperiksaan pastinya sekolah berasrama seperti MCKK,STAR dan MRSM menjadi pilihan. Bagi keputusan yang kurang memuaskan tapi masih dikategorikan sebagai berjaya akan memilih sekolah berasrama kelas kedua.

Rupa rupanya dalam memohon sekolah berasrama ini ada beberapa sentimen perlu digunakan. Antaranya ibu bapa pernah bersekolah di sekolah tersebut, ibu bapa ada pengaruh politik, ibu bapa kenal rapat dengan guru besar, PPD dan JPN.

Semua faktor itu memainkan peranan penting kerana rupa rupanya setiap haram jadah tu mempunyai kuota yang boleh digunakan untuk menyerapkan anak anak kroni dan saudara mara mereka kedalam sekolah tersebut. Niat baik kerajaan untuk membantu bumiputra miskin yang berjaya dalam pendidikan tidak tercapai

Bagi anak anak melayu yang gagal masuk ke sekolah berasrama disebabkan tidak mempunyai saluran kabel maka mereka akan merasa kecewa dan tiada bezanya nasib keadaan mereka dengan anak anak yang bukan bumiputra. Hak mereka hilang begitu sahaja hanya kerana sistem kroni....

1 comment:

  1. Saya sokong pandangan saudara sebab ramai anak2 pegawai tinggi, guru, ahli politik dan orang kaya dapat masuk MRSM & SBP.Kata keutamaan utk anak-anak sekolah luar bandar dan keluarga miskin.Betul ramai juga anak-anak luar bandar dan miskin tapi ramai juga anak anak orang kaya. Bagaimana dengan nasib anak-anak cemerlang kami yang berpendapatan sederhana dan tinggal di pekan/ bandar kecil. Golongan ini selalu terabai..anak cemerlang tak kemana..ibubapa hanyalah pegawai rendah kerajaan, pekerja swasta dll yang hanya cukup makan..

    ReplyDelete