Sunday, 14 April 2013

Pas Negeri Sembilan Bergolak: AISHAH RAMPAS KERUSI CALON PARLIMEN JEMPOL

“Saya umpama bermimpi. Daripada seorang penyanyi, saya kini akan bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13). Namun itu semua kuasa Allah,” akui penyanyi Wan Aishah Wan Ismail yang mencatat sejarah sebagai penyanyi pertama di Malaysia bertanding pada PRU.

Aishah, 48, yang terkenal dengan lagu Janji Manismu akan bertanding mewakili PAS bagi kerusi Parlimen Jempol.

Beliau diperkenalkan secara rasmi sebagai calon kawasan berkenaan oleh Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu kepada lebih 1,000 penduduk yang juga peminat penyanyi tersebut.

Kesempatan yang ada digunakan oleh peminatnya untuk bertemu penyanyi itu secara lebih dekat.

Aishah yang pernah mendapat pendidikan di New Zealand dan bekas anggota kumpulan Fan Club itu dalam ucapannya, berikrar untuk menyuarakan permasalahan yang dialami oleh penduduk Jempol dan juga golongan artis.

“Saya ingin membantu penduduk di Jempol iaitu kampung kelahiran Allahyarham ibu saya.

“Walaupun saya menetap agak lama di luar negara, namun darah Negeri Sembilan tetap mengalir dalam badan saya,” katanya dalam loghat Negeri Sembilan.

Dalam pada itu, Mohamad Sabu memberitahu, pemilihan Aishah untuk mewakili PAS di Parlimen Jempol bukan disebabkan parti itu terdesak, sebaliknya Aishah sesuai dengan imej PAS dan mampu menggalas tanggungjawab yang diberikan.

Namun Mohamad Sabu mengakui pada mulanya PAS tidak pasti tempat manakah yang sesuai dengan Aishah namun selepas perbincangan diadakan barulah kata sepakat dicapai untuk meletakkan Aishah di Jempol.

“Jempol adalah kawasan yang terbaik untuk Aishah memandangkan keluarganya pun berasal dari situ,” katanya.

Sementara itu, Setiausaha Agung PAS pula, Datuk Mustafa Ali menyangkal dakwaan media massa sebelum ini bahawa pemilihan Aishah mendapat tentangan Majlis Syura.

No comments:

Post a Comment