Sunday, 14 April 2013

Najib Jangan Mudah Terpedaya Dengan Ugutan Kumpulan Belia Yang Mahu Menjadi Calon

Bukan mudah untuk melaksanakan tugas serta tanggungjawab sebagai seorang Khalifah, dalam tafsiran artikel ini, khususnya merujuk kepada kerja sebagai seorang Perdana Menteri, Pengerusi Barisan Nasional dan Presiden UMNO…

Iya, tumpuan mata kini hanya kepada YAB Datuk Sri Najib Tun Razak, ketua perang yang akan masuk medan pertempuran pesta demokrasi negarakita ini, menerusi Pilihanraya Umum ke 13 [PRU 13].

Sejak awal tahun 2012, iya sejak dari tahun lepas teka teki tarikh PRU 13 sudah menjadi topik panas, akhirnya terjawab sudah, tanggal 20 April 2013 ini merupakan Hari Penamaan Calon dan tanggal 5 Mei 2013 pula adalah Hari Pembuangan Undi.

CUMA tinggal satu sahaja lagi persoalan yang masih belum terjawab…. Dijangkakan malam ini segala-galanya akan terlerai. Iaitu persoalan siapakah dia calon calon yang akan membarisi Najib’s Dream Team..?

Calon calon yang seharusnya menepati ciri ciri Winnable Candidates, semenjak Najib menjadi Pengerusi BN, istilah Winnable Candidates dijadikan benchmark untuk beberapa Pilihanraya Kecil seperti di Hulu Selangor, Bagan Pinang, Galas, Tenang, Kerdau, Merlimau dan Pilihanraya Negeri Sarawak.

Sudah pasti untuk membarisi skuad Najib’s Dream Team, calon calon yang terpilih ‘wajib’ memiliki elemen Winnable Candidate. Namun begitu,ada dua jenis penyakit kronik yang masih menular dalam diri beberapa pimpinan UMNO dan BN.

Penyakit kronik yang utama adalah ‘perasan bagus’ terlalu ingin menjadi calon, meletakkan kepentingan peribadi mendahului kepentingan parti. Ini merupakan kes Wanna Be Candidate…

Penyakit kronik kedua adalah ‘semangat berkabilah’ yang tersangat kuat untuk membina kem peribadi sebagai persiapan untuk mendepani Pemilihan Agong parti sendiri….

Atas sebab kedua-dua penyakit tersebut, maka kelihatan aktiviti aktiviti lobi melobi untuk memastikan tembolok peribadi dipenuhi, disamping itu juga susun atur ‘cai’ kem sendiri terpilih.

Maka kita pun sudah disajikan dengan desas desus, soksek kisah tikam menikam…, senggol menyenggol…, bentes membentes berleluasa. Ini semua POYO bak kata artis Awie….

Jual nama, jual pangkat untuk meyakinkan sesetengah pihak agar diri sendiri duduk dalam senarai akhir calon calon BN juga berlaku… Hilang sudah pertimbangan, ketepikan semangat sayang parti kerana mahu memenuhi personal glory masing masing…!

Kesemua gejala tidak sihat ini sebenarnya akan tambah sakit kepala YAB Datuk Sri Najib… Padahal impian Najib mahukan the best dream team untuk menewaskan Bapa Peliwat Negara yang membawa pasukannya dibarisi Chauvanist dan Politikus yang sanggup menggadaikan agama islam…

Beban yang dipikul oleh YAB PM seharusnya dibantu dengan baik oleh pimpinan BN secara keseluruhan, muhasabah serta akur dengan kesilapan lampau khususnya ingatlah kembali apa yang berlaku pada PRU 12 tahun 2008…!

Hentikanlah segera mainan politik kotor, yang mengutamakan cita cita peribadi dan masih mahukan politik berkabilah…

Apakah penantian sekian lama, dimana sehingga DUN Negeri Sembilan terpaksa bubar dengan sendirinya kerana Najib tidak bubar Parlimen, malah pembubaran Dewan Rakyat juga dibuat pada penghujung waktu. Penantian yang tidak berbaloi langsung...!

Ini adalah kerana harapan rakyat, harapan jentera BN mahukan calon calon yang terbaik, sudah melepasi ujian kelayakan yang paling ketat memenuhi kategori Winnable Candidate.

TETAPI sejak semalam kita sudah mendapat khabar berita yang kurang enak…! Senarai calon calon yang bakal diumumkan bukanlah sehebat mana pun… Bukan semua yang terpilih benar benar menepati kategori Winnable Candidates tetapi lebih kepada Wanna Be Candidate.

Senarai yang akan membayangkan berlakunya pilihan atas asas ‘this is my team’ kerana dendam kesumat kerana tidak tersenarai pada PRU ke 12. Sayang seribu kali sayang sekiranya Najib ‘terpedaya’ dan tunduk kepada senarai sebegini rupa….

Jika ianya benar benar berlaku maka sia sialah penantian kita sehinnga lima tahun mengharapkan yang terbaik dari Najib…. Sepatutnya kita adakan PRU 13 lebih awal kalau senarai calon masih ditakuk yang lama cara pemlihannya…! Buang masa sahaja….

Kita memang mengharapkan kejutan, akan tetapi kejutan yang berbentuk sesuatu yang benar benar ada WOW factor yang boleh mendatangkan rasa gerun pihak Pembangkang. Bukannya kejutan yang akan mengundang protes dikalangan jentera jentera BN.

Rasa pelik juga menyaksikan gelagat serta kelakuan sesetengah individu yang tanpa segan silu menjual pangkat dan jawatan untuk mahu dirinya disenaraikan. Sanggup menggunakan ‘ugutan’ untuk penuhi cita cita peribadi..

Tergamak untuk menggunakan kaedah character assassination mempastikan calon yang berpotensi digugurkan. Malah dalam suatu kisah disalah sebuah tempat, sanggup mengheret kisah peribadi famili sebagai bahan untuk membentes calon yang layak….

Najib janganlah tersilap langkah. Ingatlah segala pahit getir kerja kuat yang telah dibuat untuk membina kekuatan diakar umbi oleh mana mana individu yang bertungkus lumus selama 5 tahun. Janganlah hancurkan harapan jentera sendiri semata mata ‘terpaksa’ payung terjun yang tidak layak…!

Mood rakyat secara keseluruhannya sudah memihak kepada BN…. Banyak isu isu panas tertumpu kepada salah laku kelakuan pihak Pembangkang. Masalah moral, gagal penuhi manifesto, percakaran sesama mereka membuatkan rakyat mual dan jelek dengan Pembangkang.

Namun begitu, sekiranya senarai calon calon Najib tidak memenuhi elemen Winnable Candidate, tidak mustahil akan berulang sekali lagi gelagat jentera BN membuat protes…

Maka harapan untuk mendapat majoriti 2/3 Parlimen, impian untuk merampas semula Selangor, Kedah, dan mempertahankan Perak mungkin menjadi angan angan Mat Jenin sahaja…

Kita mahukan BN menang besar…!

No comments:

Post a Comment