Tuesday, 30 April 2013

Fwwiitt!! Rumah Aweq Skandal Mr. Stopapender... Fuiyoooo.... Kayaaa.. Nyaaaaa...

Tahukah Anda......?: Fewwiitt!! Rumah Aweq Skandal Mr. Stopapender Dide...: BIODATA WANITA SIMPANAN MUSTAPHA ALI Nama Wanita Simpanan Mustapha Ali: Aishah Baby Binti Badar.... Alamat Kondo : BLOK D, TINGKAT 2, NOM...

Calon Pas Di Parlimen Parit Buntar

Biodata Dr. Mujahid bin Yusof

Ahli Parlimen Parit Buntar

Tarikh Lahir : 25 Oktober 1964
Tempat Lahir : George Town, Pulau Pinang

Jawatan Dalam Politik, Kerajaan & NGO
1) AJK PAS Pusat (2005 - Kini)
2) Pengerusi Perpaduan Nasional PAS Pusat
3) Timbalan Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang
4) YDP PAS Kawasan Bayan Baru
5) AJK Pemuda PAS Pusat (2001 - 2005)
6) Pengerusi Dialog Antara Agama Untuk Keamanan Asia Tenggara
7) Ahli Lembaga Pengarah Pusat Zakat Pulau Pinang

Keluarga
Isteri - Zuraida Binti Husin
Anak - 3 Orang


Antara ulasan-ulasan yang berkaitan dengan Dr Mujahid :

Rujuk disini


Saturday, 27 April 2013

Anwar Suruh Siapa Mati?



83 tahun ........ sudah mau mati ...... Kalau dah nak mati, mati sajalah !

83 tahun ya ....... hmmmmm ....

Nik Aziz umur berapa ya ? Jeng, jeng, jeeeeeeeeeng ...... 82 tahun. Tahun depan 83 !

Dan kalau lihat keadaan Nik Aziz sekarang yang sering sakit ..... malah baru ni terpaksa di dukung, bukan papah ok, tapi didukung balik ........ errrr........macam dah tak larat jer ....




83 tahun ........ sudah mau mati ...... Kalau dah nak mati, mati sajalah ! 
Hmmmmm ..... Anwar cakap secara umum atau ada dia sebut dengan nama siapa yang dia tujukan penghinaan itu ?

Kapal Sink Desak Anwar Nyatakan Pendirian Tentang Hudud




KUALA LUMPUR 26 April - DAP mendesak Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan pendiriannya secara tegas berhubung isu hukum hudud dan konsep negara Islam PAS yang tetap diumumkan secara terbuka baru-baru ini.
Pengerusi DAP, Karpal Singh berkata, hasrat pemimpin PAS untuk melaksanakan hudud dan konsep negara Islam menjejaskan persefahaman antara parti dalam pakatan pembangkang malah mengakui dua isu itu akan memberi kelebihan kepada Barisan Nasional (BN).
"Beliau (Anwar) perlu nyatakan pendiriannya. Saya fikir rakyat mahu mendengarnya. (Penasihat DAP) Lim Kit Siang dan (Setiausaha Agung DAP) (Lim) Guan Eng sudah menyatakan pendirian parti, mereka tidak sokong hudud, mereka tidak sokong negara Islam," katanya pada sidang media di Georgetown, Pulau Pinang hari ini.

Karpal menegaskan, pendirian DAP berhubung isu itu bukan saja sebagai pendirian peribadinya tetapi juga bagi pihak parti.

Baru-baru ini, Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din berkata, parti itu tetap akan melaksanakan hukum hudud jika pakatan pembangkang diberi mandat memerintah negara kelak.

Bagaimanapun, kenyataan itu disanggah oleh Karpal yang berkata, DAP tetap menentang pembentukan negara Islam yang mengamalkan undang-undang hudud.


Friday, 26 April 2013

Panas!!Tabiat seks punca saya tinggalkan Anwar - Dr. Chandra

Sumber

Bekas Pengasas Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dr. Chandra Muzaffar mendedahkan salah satu sebab utama beliau meninggalkan Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 2001 adalah kerana kecewa dengan tabiat seks Ketua Pembangkang itu. KLIK SINI

Dedahnya, walaupun pernah bangkit mempertahankan Anwar atas dakwaan liwat kali pertama pada 1997 tetapi, kepercayaan beliau lebur selepas dua pegawai kanan diplomatik mendedahkan bahawa pihak Singapura sudah lama menyimpan bukti aktiviti homoseksual Anwar.


"Bekas Perdana Menteri Singapura, Lee Kuan Yew dalam satu mesyuarat dengan pegawai kanan diplomatik Malaysia pada 1993 memberitahu beliau pelik kenapa Tun Dr. Mahathir Mohamed tidak memecat Anwar kerana pihak perisikan Singapura mempunyai bukti Anwar seorang homoseksual," katanya.

Wardina Marah Edar Cerita Lucah Tapi Berzina Takper....



Wardina bikin panas lagi beb.. Kalau dulu dia sibuk berceramah dengan puak-puak PKR diatas pentas yang sama.., sekarang ni dia sibuk pulak komen pasal penyebaran video lucah mengenai pemimpin Pas di ruang siber..

Yang bestnya.., Wardina tak pulak suruh rakyat tolak si pelaku dalam video aksi terlampau tu tapi dia sibuk marah pasal penyebaran video berkenaan.. KLIK SINI

Gua pun tak tahu apa nak jadi pada minah perasan alim sorang nih.. Memang gila glamer sungguh laa.. 

Korang tengok sendirilah video dia kat bawah ni.. Gua pun naik geli tengok dia bercakap pasal soal moral padahal dia sendiri sokong individu yang memang terbukti langsung tak ada moral.. Macam gampang kann...


PERJUANGAN PAS SUDAH JAUH TERSASAR !!!



Perjuangan PAS yang dulu dipimpin golongan ulama, kini sudah berubah dengan keputusan penting dan dasar parti kini dipengaruhi pimpinan bukan ulama.

Bekas Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Hasan Ali, mengakui parti itu tersasar, sekali gus mengecewakannya yang menyertai PAS dulu kerana mahu berjuang menegakkan negara Islam bersama ulama.

“Saya suka kepemimpinan ulama kerana saya bukan ulama. Saya mahu dipandu, dinasihat, ditunjuk jalan oleh ulama. Dulu ulama membentuk kira-kira 80 peratus kepemimpinan PAS dan 20 peratus golongan profesional seperti saya. Kini sudah terbalik, pemimpin bukan ulama 80 peratus. 

Gugur negara Islam 

“Mereka (bukan ulama) yang mempengaruhi Hadi (Presiden PAS, Datuk Seri Hadi Awang) dan Nik Aziz (Mursyidul Am, Datuk Nik Aziz Nik Mat). Akhirnya gugurlah negara Islam, gugurlah kepemimpinan ulama, tunduklah kepada Anwar Ibrahim, Karpal Singh, Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng,” katanya. 

Berucap pada majlis ceramah perdana isu semasa di Kampung Kubang, beliau yang juga Presiden Jalur Tiga (JATI), berkata berdasarkan pengalamannya sebagai pemimpin kanan PAS, beliau tidak yakin parti itu mampu mengotakan janji menegakkan agenda Islam. 

“Ketika saya jadi EXCO Selangor, saya mahu laksanakan peruntukan agama, antaranya mengurangkan arak di Shah Alam yang 80 peratus penduduknya Melayu Islam, nak kurangkan rumah urut, pusat judi, dangdut, kafe siber dan hotel bajet. Saya ditentang habis-habisan oleh DAP, PKR, malah pemimpin PAS sendiri.

“Bayangkan, orang PAS tidak setuju saya banteras judi dan arak. Mereka kata jangan buat lagi, tunggu sampai dapat tawan Putrajaya. Kalau di peringkat negeri pun tak dapat buat, macam mana nak buat di peringkat Pusat (Putrajaya) kerana bantahannya pasti lebih besar,” katanya. 

Mahu rakyat tolak PAS 

Katanya, beliau berasa tertipu dengan PAS dan mahu masyarakat menolak parti itu kerana bekerjasama dengan DAP dan PKR yang tidak menjamin masa depan Melayu, Islam dan institusi Raja di negara ini.

Minum Santai Dan Gerak Gempor Parlimen Tambun Berjaya





Barisan Nasional Tambun melalui Pergerakan Pemuda yang diketuai oleh Ketua Pemudanya Saudara Mazlan Abd Rahman telah mula bergerak di setiap pelusok kawasan didalam Parlimen Tambun untuk mempromosi calon calon Adun Manjoi serta Ahli Parlimen Datuk Husni Hanadzlah.

Tidak dapat dinafikan pergerakan pemuda menjadi nadi kepada gerakan menguatkan Barisan Nasional di Parlimen Tambun. Dengan kerjasama pemuda pemuda cawangan beberapa kawasan kampong dijadikan sebagai port untuk minum santai petang. 

Beberapa cenderahati berupa sticker dan gelang tangan di edarkan sebagai kenangan kepada beberapa pelanggan pelanggan yang terdapat di gerai gerai disekitar  Kampong Manjoi.

Saudara Mazlan berkata aktiviti seperti ini mampu mendekatkan Barisan Nasional di hati pengundi dimana setelah beberapa hari mereka mengadakan program sebegini memang nampak impak yang besar dimana layan mesra dari pelanggan dan tuan punya gerai gerai.

Ada kejadian dimana pelanggan gerai ada yang meminta tshirt barisan nasional untuk diberi kepada anak anak mereka yang berada dirumah.

Saudara Mazlan amat optimis penerimaan pengundi di kawasan Manjoi untuk terus menyokong Barisan Nasional pada Pru kali ini.

Pengurus Bank DAP Anak Haram Digantung Kerja

Daeng Selili Politik Perak: Kuasa Media Baru Pengurus Bank DAP Digantung Kerja...: Hong Leong Bank Berhad (HLBB) menggantung kerja seorang pengurus bank yang didakwa mengugut kakitangannya supaya mengundi sebuah parti pemb...

Hubungan Seks Vivian Dan Nurul Izah?

Tahukah Anda......?: Hubungan Seks Vivian Dan Nurul Izah?: Nurul Izzah dengan pelakon seks Vivian Nurul Izzah ada hubungan Vivian, pelajar yang belajar di salah sebuah universiti di Singapu...

Thursday, 25 April 2013

Video Mari Mengundi Pilihanraya Yang Pertama

Daeng Selili Politik Perak: Video Mari Mengundi Pilihanraya Yang Pertama [Vide...: Aku tengok tv tadi kuar video ini: UNDILAH TUAN DAN PUAN DUA PULUH TUJUH HARIBULAN Tak lama lagi kita pasti akan mengu...

SITANGGANG AHLI UMNO YANG BERTANDING ATAS TIKET PAS

SEKUPANGDUA: SITANGGANG AHLI UMNO YANG BERTANDING ATAS TIKET PA...: Rohawati Calon PAS Dia ahli UMNO dan laki dia pensyarah Kanan di UiTM, bukan setakat tu dia jgak yang mewah kerana Syarikatnya Yang sup...

Gambar Terkini!!! Terdapat Unsur Khianat

Tahukah Anda......?: Gambar Terkini!!! Terdapat Unsur Khianat: Penggempur Mutiara: Gambar Terkini!!! Terdapat Unsur Khianat Pada Kema... : Awal pagi tadi admin dikejutkan dengan berita kemalangan ngeri m...

Wednesday, 24 April 2013

Juanda Mufti Perlis Akui Umno Konsisten Perjuangkan Islam

Tahukah Anda......?: Juanda Mufti Perlis Akui Umno Konsisten Perjuang I...: Mufti Perlis, Dr. Juanda Jaya yang sebelum ini dikaitkan dengan PKR malam tadi secara terbuka mengaku telah mengundi Barisan Nasi...

TINDAKAN KAMILIA ADALAH RAHMAT - DS DR. ZAMBRY

Tahukah Anda......?: TINDAKAN KAMILIA ADALAH RAHMAT - DS DR. ZAMBRY: Sumber Pengerusi Barisan Nasional Perak Datuk Zambry Abd Kadir berkata, bekas Naib Ketua Umno Datuk Kamilia Ibrahim tidak harus meni...

Mat Taib Mahu Cuci Dosanya Dengan Tiket Pas

Mat Taib yakin pada pada parti pas mampu mengislamkan anak anaknya. Tapi lupa bahawa pemimpin pas juga terlibat dengan skandal seks terutama seks dengan isteri orang.

PKR TIPU PKR bahagian 1

ANGKATAN PEMIKIR: PKR TIPU PKR bahagian 1: "Tipah tertipu..tertipu teTipah...Tipah tertipu lagi".Sayup pemati lagu Tipah tertipu itu meninggalkan AP,corong radio kecil dikau...

FITNAH MUSTAFA ALI TEMPAH MAUT SENDIRI !!!

Budak Sri Kinta: FITNAH MUSTAFA ALI TEMPAH MAUT SENDIRI !!!: UMNO telah memfailkan saman terhadap Datuk Mustafa Ali, berhubung dakwaan yang mengaitkan pertubuhan itu dengan penyebaran video lucah d...

PANAS!!!PEMBANGKANG KUALA KANGSAR GUNAKAN MASJID

Anak Jati Malaya: PANAS!!!PEMBANGKANG KUALA KANGSAR GUNAKAN MASJID U...: Aq panas betul beb tadi..Time maghrib tadi gua sempat le singgah ke masjid Di Pekan Kuala Kangsar. Dalam keadaan sedang meronda disekita...

Gempar!!! Surat yang ditujukan kepada calon Lenggong...

PARANG PEDANG: Surat yang ditujukan kepada calon Lenggong ... Haj...: Aku ada terima satu surat yang ditujukan khas kepada Haji Razman Zakaria iaitu calon pembangkang Lenggong. Tapi aku tak keluarkan serentak.....

Tuesday, 23 April 2013

Babi Anak Haram Memang Suka Gelar Orang Haram Jadah

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir menyifatkan tindakan Timbalan Pesuruhjaya PAS negeri, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin menggelarnya "haram jadah" sebagai tidak bermaruah sebagai seorang Islam.

Beliau berkata perkataan kotor seperti itu hanya akan keluar daripada seseorang yang berhati kotor.

"Saya tak sanggup (keluarkan perkataan kotor sebegitu) untuk anak-anak saya dengar. Inikah wajah ahli politik yang kononnya memperjuangkan rakyat atas nama agama.






Sumber

TIADA HUDUD DALAM MANIFESTO PR




Sehingga ke hari ini, memang agak sukar untuk kita menemui mana-mana penyokong PAS yang dengan bangganya bercerita panjang mengenai Manifesto PR sekali pun sudah hampir sebulan Manifesto Pakatan Harapan Rakyat itu diperkenalkan kepada umum.

Sebaliknya menjadi satu perkara biasa apabila kita melihat ada ahli dan penyokong PAS yang hanya membaca isi kandungan Manifesto PR sekadar seimbas lalu, malah tidak pelik bila ramai pula yang hanya melihat kulit depan tanpa teruja untuk melihat isi dalamnya.

Manifesto PR yang dilancarkan pada 25 Februari lepas itu benar-benar mengakibatkan penyokong PAS mengalami kejatuhan moral dan semangat masing-masing gara-gara isu perlaksanaan hudud tidak mendapat tempat dalam manifesto tersebut.

Mereka terkedu, sedih dan segala macam perasaan berkecamuk dalam diri masing-masing, mungkin kerana itulah dalam kebanyakan aktiviti ceramah dan kempen politik PR termasuk PAS semakin suram dan hambar sejak akhir-akhir ini.

Selama ini dalam tempoh lebih dua dekad lalu para pemimpin dan penyokong PAS gah mengusung isu hudud sehingga tergamak memandang rendah keIslaman orang UMNO, akhirnya kini mereka terkebil-kebil tak keruan ibarat tertelan kahak sendiri lagaknya. 

Hingga saat ini para pemimpin PAS terpaksa mendiamkan diri dan membisu dari menjawab persoalan kenapa isu hudud di tolak oleh PR, tersilap memberi jawapan bimbang diterjah gertakan si abang besar DAP, tersasul memberi alasan risau hubungan PAS dengan PKR semakin renggang.

Jika dijawab secara retorik sambil menjual temberang, mereka takut menyebabkan ahli dan penyokong PAS tiba-tiba naik berang kerana diberi pengharapan dan janji bulan bintang yang tak kesampaian.

Alih-alih ramai pemimpin PAS berpendapat lebih baik diam menjadi si bisu sekalipun tindakan tersebut sebenarnya tambah memburukkan keadaan dan menimbulkan lebih banyak keraguan berputik dalam hati orang bawahan.

Akhirnya dalam keadaan ini, DAP dan PKR yang terus tersenyum sinis kerana berjaya membuktikan kepada pengikut masing-masing bahawa hala tuju PR ditentukan oleh mereka dan pemimpin PAS pula akan kekal sebagai balaci yang setia menurut perintah.

Mungkin dalam hari-hari terakhir menjelang PRU 13 akan ada segelintir pemimpin PAS yang masih cuba menjadi penjual ubat di jalanan sesekali mencanangkan semula isu perlaksanaan hukum hudud untuk menarik semula perhatian penyokong bawahan, tapi apa lagi gunanya?

Hakikat kebenarannya PAS telah gagal mempengaruhi PR untuk menerima hudud sebagai dasar bersama PR dan selagi itu ketetapan rasmi PR maka selama itulah hudud yang di canang oleh PAS akan kekal sebagai angan-angan dan umpan politik kepartian sahaja.

Apa Kata Sekupangdua?


HEHE... AJM MANGSA PERTAMA HACK OLEH HINGUSAN PAS? Itu jer yg bolehbuat?



Biasak ler, dah memang jenis dayus dan tak bertelor mrncuba HACK salah seorang dari bloggers PCT Atau Perak Cyber Troopers yang dikenali sebagai AJM @ Anak Jati Malaya, nampaknya disebabkan dendam kesumat bila melihat AJM semakin disenangi oleh pembaca maka bermula busuknya hati seseorang nie yang masih hingusan dan diberi peluang dalam Parti Ajaran Sesat kini merasakan macam dia ler paling hebat dalam akhbar penyiaran


Akibat melihat AJM yang mula dikenali ramai macam-macam cara dia buat, bukan setakat menghina sebalinya menggugut mahu membawanya ketengah, yang paling kelakor samdol nie pulak belagak macam pandai, cerita pasal pengundi hantu ler... Mengutuk najib dengan pentadbirannya ler, membuat fitnah sesuka hati bapaknya ikut sedap mulut dia nak cakap, sembang macam dia hebat benor dan banyak lagi hasil didikan akhbar fitnah nombor satu di malaya Harukah... 

Memang pecah perut bila tau dia pun tak boleh mengundi lagi, hahaha ingatkan dah baligh mengundi kehainya kena tunggu 5 tahun lagi rupanya, sembang macam ler dah pernah pangkah kekeke... Kesian

Bagaimana pun Hack on cover page ni sebrnarnya hanya lah cuma mahu menakutkan pembaca dari singgah ke laman blog yang telah di inaya, bermakna kalau kita menggunakan browser yang sama maka pastinya amaran seperti begini akan keluar (diatas) ia juga bertempoh untuk kembali normal semula, bagaimana pun dengan menggunakan browser lain ataupun I Pad yang terjamin oleh perisian Epal blog boleh diziarahi seperti biasa... Keekekekkee... Itu jer ke yang puak pakatan rogol mampu buat? Kesian...hehehe nampaknya AJM nak popular ler tu....

Kesilapan SPR Telah Membuatkan BN Perak Kalah Pada 2008


Keputusan piliharaya 2008 telah menyaksikan dua negeri ini jatuh ke tangan pembangkang. Sekiranya diperhatikan dari carta diatas kemenangan sebenarnya memihak kepada BARISAN NASIONAL.


sumber dari laman spr.gov

BARISAN NASIONAL TELAH MEMENANGI 28 KERUSI DI PERAK
DAN 20 KERUSI DI SELANGOR.

Jumlah kerusi yang dimenangi lebih besar dari parti pembangkang yang bertanding pada tahun itu.

Kesilapan pegawai SPR yang dipertanggungjawabkan mengendalikan proses pengiraan undi telah mengisytiharkan PAS, DAP, PKR sebagai satu PAKATAN yang sah dan telah mengesahkan keputusan tersebut. Kemenangan ini membolehkan mereka menubuhkan kerajaan yang baru.

Umum mengetahui PAKATAN RAKYAT bukan satu pertubuhan yang sah dan tidak berdaftar dengan ROS. Mereka bertanding atas kapisiti parti masing masing dan membuat satu persefahaman untuk menentang BARISAN NASIONAL.

Pada PILIHANRAYA UMUM 2013 ini mereka masih membentuk satu persefahaman untuk bertanding menentang BARISAN NASIONAL dengan menggunakan simbol parti masing masing.

Wartawan RTM mati dipercayai diserang penyokong Pas



Wartawan sambilan RTM, Mohamed Yacob, 61, meninggal dunia dipercayai selepas diserang penyokong sebuah parti politik di hadapan rumahnya di Bandar Lama Gua Musang dekat sini kira-kira pukul 1.15 pagi ini.

Kejadian tersebut dipercayai berlaku selepas Allahyarham membunyikan hon kereta kerana tidak berpuas hati laluan masuk ke rumahnya dihalang oleh seorang penyokong parti berkenaan.

Menurut sumber, seorang lelaki yang berada di pejabat parti Gua Musang itu telah datang ke arah mangsa dan berlaku pertengkaran sebelum beliau ditumbuk.

"Isteri mangsa yang berada di rumah terkejut dengan kejadian itu dan terus menjerit meminta pertolongan, tiga lelaki yang berada di pejabat parti telah datang dan menyuraikan keadaan.

"Mangsa yang lebam di muka kemudiannya di bawa masuk ke rumah dan mangsa kemudiannya meminta ubat daripada isterinya sambil mengadu sakit dada, beliau kemudian di bawa ke Hospital Gua Musang dan disahkan meninggal dunia dalam perjalanan," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Nuar Dah Berangan Jadi PM.... Puuuiiihhhhh.....

Anwar berlakon jadi PM di Lambor Kiri


PARIT 22 April - Walaupun belum ada kesepakatan dalam pakatan pembangkang mengenai siapa akan menjadi Perdana Menteri jika mereka menang pilihan raya umum kali ini, Datuk Seri Anwar Ibrahim sudah mula menguar-uarkan dirinya bakal mengangkat sumpah memegang jawatan tersebut.

Ketika kempen Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) baru sahaja masuk hari pertama, Ketua Pembangkang itu mula berangan-angan, malah sudah mencipta skrip yang kononnya akan diucapkan sebaik dirinya sah bergelar Perdana Menteri.

"Mereka umum (kemenangan) lewat 2 pagi, jadi tidak boleh angkat sumpah sebab Yang di-Pertuan Agong sudah tidur, kena buat esoknya.

"Lepas (angkat sumpah) itu, TV3 dan RTM datang beratur nak temuramah. Saya kata pi belakang dulu, kasi pengajaran sikit," katanya dalam ceramah yang dihadiri kira-kira 1,500 penyokong pembangkang di Kampung Teluk Sena, Lambor Kiri di sini malam tadi. - UTUSAN ONLINE

Pesuruhjaya Pas Perak: Ustaz Bergaya Ulamak

Abu Bakar bin Haji Hussian atau dikenali sebagai Ustaz Abu Bakar oleh penyokong PAS. Beliau didalam parti PAS memegang jawatan sebagai Pesuruhjaya PAS negeri. Dalam pilihanraya yang ke 13 akan datang beliau dilihat akan bertanding di DUN Titi Serong (N.08). DUN Titi Serong sekarang disandang oleh calon dari PAS juga iaitu Khalil Idham Lim Abdullah.

Penglibatan Abu Bakar dalam polemik politik banyak menampakkan sifat diktatornya yang mana membuat keputusan tanpa mempedulikan parti sekutunya. Ini berikutan dari laporan yang mengatakan, KLIK SINI

"Pesuruhjaya Pas negeri, Abu Bakar Hussian dalam ceramah di Air Kuning, di sini malam tadi mengumumkan Mohammad Nizar akan bertanding di Changkat Jering, sekali gus mengesahkan spekulasi pemimpin tersebut tidak akan mempertahankan kerusi DUN Pasir Panjang.

Walau bagaimanapun, ceramah itu tidak dihadiri mana-mana pemimpin PKR."

Beliau membuat keputusan tanpa endorsemen dari parti sekutu PKR dan DAP. Walaupun perkara ini mendapat tentangan selepas Pengerusi PKR Perak, Dr Muhamad Nur Manuty, baru-baru ini turut menolak keputusan PAS bertanding di DUN Changkat Jering dalam Parlimen Bukit Gantang. Mungkin sebab dia dari profession perguruan pesara guru besar SMK Raja Chulan, Ipoh terbawa-bawa karektor pengetua tu dalam mengendalikan urusan parti.

Selepas mengumumkan mahu mengambil kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Changkat Jering daripada PKR, PAS Perak berusaha pula mendapatkan DUN Alor Pongsu yang sebelum ini turut ditandingi sekutunya itu.

Pesuruhjaya PAS Perak, Abu Bakar Hussain memberi alasan, permintaan ahli parti akar umbi di Parlimen Bagan Serai, mendorong parti itu mendapatkan DUN Alor Pongsu, tambahan pula kerusi Parlimen berkenaan memang milik PAS yang bagaimanapun bersetuju mengekalkan status-quo untuk Bagan Serai ditandingi PKR seperti Pilihan Raya Umum (PRU) 2008.

Pas Perak dilihat semakin bongkak dan sombong. Pas Perak juga semakin pening dan berserabut. Ini amat jelas dalam tindakan Pas sewaktu pengumuman meletakkan Dato Seri Nizar Jamaluddin sebagai calon Adun di Changkat Jering Perak.


Sungguhpun karektornya kepimpinannya mungkin nampak ada wibawa dan bersih tetapi kelemahan beliau nampak apabila beliau silap kerana memilih orang bawahnya (Timbalan Pensuruhjaya Perak) Nizar Jamaluddin dari kalangan individu yang banyak masalah serta punyai rekod tidak cantik. Di dalam parti PAS sendiri ramai yang tidak menyukai sifat Nizar yang dahulunya pernah jadi Menteri Besar "boneka' kepada DAP ditambah lagi kelakunya yang macam pelawak sarkas sahaja.



Dalam hal isu fatwa suatu ketika dahulu Abu Bakar pernah mengiyakan pendirian orthodoknya ke arah ke"parti"annya tanpa peduli kerasionalannya walaupun ianya adalah badan yang diiktiraf di peringkat nasional. Ini sedikit  sebanyak menampakkan keburukannya dalam menyatakan pendirian secara profesional.
Berikut dibawah adalah sedutan dari artikel tersebut ;

“Majlis Fatwa Kebangsaan perlu bertaqwa kepada Allah sebelum mengeluarkan sebarang hukum kerana mereka akan dihadapkan di hadapan Allah yang berkuasa menentukan hukum haram atau halal,” kata Pesuruhjaya PAS Perak, Abu Bakar Hussian.


“Saya sebagai Pesuruhjaya PAS Perak ingin menjelaskan bahawa menyertai Bersih 3.0 tidak haram kerana ia bertujuan baik iaitu mencari keadilan dan demokrasi yang telus, tidak melanggar undang-undang kerana peserta tidak memasuki kawasan larangan berhimpun. 


“Peserta juga tidak mencetuskan huru hara, sebaliknya yang mencetuskan huru hara tersebut adalah pihak polis yang menyerang, menangkap dan memukul peserta Bersih 3.0 tanpa sebarang sebab. Maka, berdasarkan keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan sepatutnya Perhimpunan Bersih 3.0 tidak sepatutnya dianggap sebagai haram,” dakwanya melalui satu kenyataan media hari ini,. 

Abu Bakar seterusnya mendakwa, Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia perlu memahami perkara tertentu terlebih dahulu supaya tidak mengeluarkan fatwa membuta tuli tanpa memahami realiti sebenar.


Soalnya sekarang bolehkah sifat pemimpin begini kita angkat sebagai wakil kepada rakyat di Dun Titi Serong untuk pilihanraya umum yang akan muncul tidak lama lagi? Bolehkah dia mendengar dan mengambil tentang tahu hal kebajikan rakyat sedangkan diketahui beliau jenis yang "bossman". Ketelusan dalam organisasi dipertikai kerana sifat kroninya apabila masih menyokong dan membela Nizar Jamaludin walaupun diketahui Niza ini meroyan dan banyak bermasalah.

Akhir sekali dia ni makan duit pencen bekas guru dari kerajaan tiap-tiap bulan tetapi kemudian menentang dan memburukkan kembali kerajaan yang pernah berjasa memberinya pekerjaan kepadanya dulu dan sekarang.


Pengedar pil kuda dan calon tangkap muat


Video Panas...Pengedar pil kuda dan calon tangkap muat.


Itu antara punca PAS bertindak meletakkan calonnya menentang rakan sendiri dalam Pakatan.
Malah lebih menjengkelkan Presiden PAS, Datuk Seri Hadi Awang ada ahli parti sekutu yang mengagung-agungkan tokoh komunis.

Monday, 22 April 2013

Mereka Ganas : Chegu Bard

Tahukah Anda......?: Mereka Ganas : Chegu Bard: Sumber Cerita-cerita mengenai keganasan unit amal dan pemuda Pas sebenarnya bukan perkara baru. Selama ini kita sering mendengar da...

61 Dipecat Dari UMNO

KUALA LUMPUR, 22 April – Jawatankuasa Khas Lembaga Disiplin (LD) UMNO memecat seramai 61 orang ahli UMNO yang telah bertanding sebagai calon bebas di kawasan pilihan raya Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) berkuatkuasa serta merta. Pengerusinya, Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddeen berkata tindakan ini dibuat selaras dengan fasal 20.10... 

Berita penuh klik sini

CheguBard Bergaduh Dengan Yusni Mat Piah Di Facebook........



Calon PAS dan PKR bergaduh di FaceBook. Apa nak jadi depa dua ekoq nie sampai buka pekung sesama sendiri. 

Penyokong PKR Menyamar Polis Akhirnya di Tahan Polis






Seorang penyokong Lee Boon Chye telah menyamar sebagai polis 'special branch' dengan menahan dan memukul beberapa penduduk tempatan kerana menghalangnya untuk membuat bilik gerakan. 

Bukan itu sahaja pemuda ini yang juga penyokong kuat Lee Boon Chye telah memaki hamun penduduk tempatan dengan perkataan yang kesat.

Menurut pemuda tersebut dia sebenarnya telah diupah oleh Lee Boon Chye untuk menakut-nakutkan penduduk supaya bilik gerakan dapat dibuka berhampiran dengan Bilik Gerakan Utama BN N43 Dun Sungai Rapat.

Semalam berlaku pergaduhan antara penyokong Barisan Nasional dan penyokong Lee Boon Chye apabila Lee Boon Chye dengan beberapa penyokongnya telah bertindak agresif untuk membuka bilik gerakan PKR berdekatan dengan bilik gerakan utama BN N43 Dun Sungai Rapat.

Ekoran itu lebih 20 orang polis dari Batu Gajah cuba meleraikannya namun kedegilan pihak Lee Boon Chye membuat pergaduhan terus berlaku.

Polis akhirnya menahan pemuda ini untuk disoalsiasat. Namun penyokong BN yang telah ditahan oleh polis SB PALSU ini juga telah membuat laporan polis supaya pihak polis dapat menyiasat dengan terperinci terhadap polis Palsu tersebut.

Sehubungan dengan itu penyokong BN juga telah membuat laporan polis terhadap Lee Boon Chye diatas provokasi yang dibuat olehnya dengan berniat jahat untuk melaga-lagakan sesama Melayu.

PRU13 Panas!! Calon BN Sungai Rapat Hampir Ditumbuk

TOKGURU86: PRU13 Panas!! Calon BN Sungai Rapat Hampir Ditumbu...: Kalau dah samseng, samseng juga kan? Panas beb PRU13 kali ini. Sikap samseng puak pembangkang semakin menjadi-jadi. Kita pun tahu, pemb...

Sunday, 21 April 2013

Hebat Sangat Ke Najib Ni? Tengok Apa Yang Dia Dah Buat...

Tahukah Anda......?: Hebat Sangat Ke Najib Ni? Tengok Apa Yang Dia Dah ...: Tahukah Anda......?: Rekod Perkhidmatan Cemerlang Najib Sebagai Perdana... : 1. KESEJAHTERAAN RAKYAT/ PRODUK 1MALAYSIA * 5 April 2009 - M...

Pas Adalah Petanda Kiamat Semakin Hampir


Pesanan Habib Umar berkenaan melantik penyanyi sebagai pemimpin


Habib Umar memberi peringatan mengenai gejala akhir zaman di mana orang mengangkat si jahil di kalangan mereka sebagai pemimpin dan melupakan Allah



Pada minit 0.36 ke atas:

" Alangkah celakanya mereka yang lebih memuliakan artis dan pemain bola sepak dari memuliakan Allah."


'Permohonan  kita pada malam ini ialah untuk menarek hati hati orang yang memuliakan makhluk selain dari Allah  supaya berhenti memuliakan makhluk ...dan hendaklah memuliakan Allah dari  segala galanya"
Penyanyi Aishah dalam satu cover albumnya 
Penyanyi Aishah semasa dengan The Fan Club

Penyanyi Aishah dicalonkan untuk jadi wakil  rakyat di Jempol Negeri Sembilan.

PKR Zalim... Ahli Dikongkong....Ahli Mahu Bebas.... Kahkahkah...

Ismail (tengah) bersama orang kuat bilik gerakan PKR Perak pada sidang media, semalam.

IPOH – Dua ahli PKR yang bertanding sebagai calon Bebas, iaitu Ketua Cabang PKR Tapah, Ridzuan Bani dan Ketua Cabang Tanjung Malim, Mejar (B) Kamal Badri Tak M Zainudin akan dipecat dari keahlian PKR Perak.


Ridzuan akan bertanding sebagai calon Bebas bagi kerusi Parlimen Tapah, manakala Kamal Badri akan bertanding di kerusi Dun Behrang.



Pengarah Pilihan Raya PKR Perak, Ismail Yusop berkata, siasatan terperinci sedang dijalankan termasuk melakukan tindakan sama kepada penyokong dan pencadang kedua-dua individu berkenaan.



"Kepimpinan parti anggap tindakan dua ahli itu tidak mengejutkan, namun sangsi dengan niat sebenar mereka bertanding sebagai calon Bebas.



"Kita akan sarankan kepada pimpinan pusat untuk memecat mereka dari parti. Mereka mungkin berbuat demikian kerana tidak disenaraikan sebagai calon," katanya pada sidang media di Pejabat PKR Negeri Perak, semalam.



Tambahnya, perkara itu membuktikan pilihan pucuk pimpinan PKR adalah tepat kerana calon dilantik mewakili parti mesti taat setia kepada parti serta perjuangan, tidak kira dicalonkan atau tidak.

PKR Berlumut Di Perak.... Kahkahkah.....



M.P. Shamugum (kanan) menurunkan papan tanda perasmian di pejabat PKR Lumut selepas mengisytiharkan membubarkan PKR Cabang Lumut di Sitiawan, Perak malam ini.


 Tidak sampai 24 jam selepas proses penamaan calon yang menyaksikan pertembungan sesama sendiri calon mereka, krisis dalaman pembangkang terus meruncing apabila satu persatu pemimpin, ahli dan penyokong mereka bertindak meninggalkan parti.

Berita penuh klik sini

Manifesto Barisan Nasional (BN) PRU13 TERBAIKKKK.....

Manifesto bertajuk ‘Menepati Janji Membawa Harapan’ itu, mengandungi janji BN untuk membawa negara ke peringkat lebih tinggi sekiranya diberikan mandat baharu dalam pilihan raya umum ke-13 nanti:

1. Menangani Kos Sara Hidup:

* Menambah BR1M sehingga RM1,200 untuk isi rumah dan RM600 untuk bujang dengan bantuan secara tahunan dikekalkan.

* Mempertingkatkan Baucar Buku 1Malaysia kepada RM300 dan Bantuan Persekolahan kepada RM150.

* Menyemak semula Dasar Automotif Nasional bagi mengurangkan harga kereta secara berperingkat antara 20 hingga 30 peratus serta meningkatkan daya saing kereta nasional.

* Menambah bilangan Kedai Rakyat 1Malaysia.

* Memperkenalkan produk 1Malaysia di stesen minyak dan pasar raya besar.

* Membuka Klinik 1Malaysia di dalam kawasan komuniti padat penduduk.

* Menyediakan lebih banyak Pusat Jagaan Harian 1Malaysia untuk ibubapa bekerja.

* Menurunkan yuran jalur lebar sekurang-kurangnya 20 peratus dengan jaminan bandwidth internet.

* Melaksanakan dasar 1Negara 1Harga bagi barangan keperluan asas.

* Memperkenalkan lebih banyak produk 1Malaysia yang digerakkan oleh GLC dan sektor swasta.

2. Meningkatkan Kehidupan Warga Bandar:

* Menstruktur semula kerajaan termasuk mewujudkan kementerian baharu seiring dengan anjakan corak demografi bandar di negara ini dan menangani cabaran sosial dan ekonomi bandar.

* Menambah perwakilan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan masyarakat awam dalam kerajaan tempatan.

* Memulihkan semula rumah kos rendah dan flat di bandar-bandar.

* Mengambil alih penyelenggaraan prasarana perumahan awam.

* Menyediakan perumahan awam berkualiti khusus untuk generasi muda yang mencari kerja.

* Membina kemudahan dan kawasan rekreasi bagi meningkatkan kualiti hidup di bandar.

* Memastikan kemudahan pendidikan, latihan dan perkhidmatan kesihatan.

* Menambah baik rangkaian pengangkutan antara bandar dan penempatan.

* Membuka lebih banyak Anjung Singgah (pusat perlindungan sementara untuk golongan gelandangan) di kawasan yang diperlukan.

3. Menyediakan Rumah Mampu Milik:

* Membina 1,000,000 buah rumah mampu milik – digerakkan oleh sektor awam dan swasta – termasuk 500,000 buah rumah PR1MA.

* Memastikan harga rumah PR1MA sekurang-kurangnya 20 peratus di bawah harga pasaran.

* Memperkenalkan skim sewa dan milik untuk projek perumahan kerajaan.

* Memulihkan semula projek perumahan terbengkalai untuk melindungi pembeli rumah.

* Mengambil alih penyelenggaraan semua Projek Perumahan Awam.

* Membantu pemilik rumah berpendapatan rendah dan miskin untuk memperbaiki rumah mereka.

* Menggantikan kawasan setinggan dengan kawasan perumahan tetap yang selesa.

* Memperbaiki perumahan estet dan menyediakan rumah untuk bekas pekerja estet melalui perkongsian kerajaan-estet.

* Memansuhkan yuran setem untuk pembelian rumah pertama berharga di bawah RM400,000.

4. Peluang Mendapat Perkhidmatan Kesihatan Berkualiti:

* Membangunkan sistem nasional yang akan menyediakan akses penjagaan kesihatan yang berkualiti kepada semua rakyat.

* Menubuhkan Pusat Kanser dan Pusat Jantung di hospital-hospital utama di setiap zon – Utara, Selatan, Timur di Semenanjung, Sabah dan Sarawak.

* Mewujudkan kemudahan awam untuk rawatan dialisis buah pinggang di setiap kawasan penduduk berkepadatan tinggi.

* Melaksanakan sistem kad prihatin kepada rakyat Malaysia yang memerlukan bagi membolehkan mereka mendapat diskaun harga untuk ubat-ubatan tertentu.

* Memperkenalkan sistem sokongan kepada rumah penjagaan untuk golongan warga tua dan mereka yang menghidap sakit kronik.

5. Ke Arah Kecekapan Terhebat Pengangkutan Awam:

* Mengembangkan perkhidmatan sistem bas Rapid ke setiap ibu negeri yang lengkap dengan kemudahan untuk golongan berumur dan kurang upaya.

* Terus memperluaskan sistem rel, MRT, LRT dan komuter.

* Membina terminal bas, rel, dan teksi bersepadu di semua pekan dan bandar.

* Menyusun semula laluan bas untuk memastikan perkhidmatan yang lebih cekap dan memudahkan rakyat.

* Meningkatkan jumlah permit teksi individu.

* Melaksanakan rangkaian rel berkelajuan tinggi dan memperluaskan sistem landasan kereta api berkembar.

6. Pembangunan Infrastruktur Bertaraf Dunia dan Transformasi Luar Bandar:

* Memperbanyakkan lorong dan susur keluar Lebuh Raya Utara-Selatan.

* Membina 2,300km Lebuh Raya Pan Borneo bermula dari Semantan di Sarawak hingga ke Serudong di Sabah.

* Menyambung Lebuh Raya Pantai Timur dari Kuala Krai-Kota Bharu dan Gambang-Segamat.

* Membina Lebuh Raya Pantai Barat baharu dari Banting-Taiping.

* Mengurangkan bayaran tol antara bandar secara berperingkat.

* Melaksanakan konsep Kampung Abad ke-21 bagi melonjak transformasi luar bandar dan membawa komuniti berkenaan ke dalam pembangunan arus perdana.

* Membina 6,300km lagi jalan raya berturap di Semenanjung Malaysia, 2,500km di Sabah dan 2,800km di Sarawak yang memberi faedah kepada kira-kira 3.3 juta penduduk.

* Menyelesaikan masalah bekalan air terawat di Selangor, Wilayah Persekutuan dan Kelantan.

* Memperluaskan bekalan air bersih untuk 320,000 rumah lagi di seluruh negara.

* Mempertingkatkan bekalan tenaga elektrik kepada 6,000 rumah lagi di Semenanjung, 60,000 rumah di Sabah dan 80,000 rumah di Sarawak.

* Menggalakkan pembekal perkhidmatan telekomunikasi untuk memastikan kualiti perkhidmatan telefon bergerak dan liputan memuaskan di seluruh negara.

7. Membina Ekonomi Mapan, Dinamik dan Inovatif:

* Menarik pelaburan bernilai RM1.3 trilion dan mencipta 3.3 juta peluang kerja baharu dengan 2 juta daripadanya dalam sektor berpendapatan tinggi.

* Mencapai pendapatan per kapita AS$15,000 (RM45,000) menjelang 2020.

* Menyediakan insentif khas untuk perniagaan inovatif dan kreatif bagi menjana lebih banyak pekerjaan dan kejayaan.

* Melaksanakan dasar yang adil dan saksama kepada semua kaum di Malaysia termasuk dasar menyokong pertumbuhan, penglibatan besar-besaran sektor swasta dan pembangunan pasaran modal.

* Mempertingkatkan agenda Bumiputera termasuk Bumiputera di Sabah dan Sarawak menerusi penyediaan peluang-peluang perniagaan, ekosistem yang kukuh (misalnya kemudahan pinjaman dan latihan) dan sokongan institusi.

* Bekerjasama dengan kerajaan-kerajaan negeri bagi menyediakan lebih banyak tanah dan meningkatkan produktiviti tanah sedia ada untuk meningkatkan pengeluaran makanan dan ternakan.

* Membuat pembaharuan dalam struktur cukai sedia ada ke arah sistem percukaian yang lebih terbuka serta mengurangkan cukai individu dan korporat secara berperingkat.

* Meneruskan bayaran tunai khas dan pemberian dana untuk perbelanjaan operasi dan pembangunan sehingga melebihi 20 peratus daripada perolehan minyak dan gas kepada Sabah, Sarawak, Terengganu, Kelantan dan Pahang.

* Melaksanakan pelan transformasi SME dan melahirkan Syarikat Dagangan Negara untuk meneroka pasaran antarabangsa bagi produk SME.

* Melahirkan lebih banyak juara di peringkat serantau dan global dalam kalangan masyarakat Malaysia.

* Memastikan GLC terus membantu pembangunan usahawan melalui pemindahan pegangan bukan strategik GLC dan memperhebatkan program penyumberan luar kepada syarikat Bumiputera.

* Menyediakan dana saham amanah RM500 juta untuk meningkatkan pegangan ekuiti komuniti India kepada sekurang-kurangnya 3 peratus.

* Menubuhkan sebuah Unit Khas bagi memastikan kejayaan pelaksanaan dasar untuk mempertingkatkan kehidupan masyarakat India.

* Meningkatkan akses kredit mikro untuk semua rakyat Malaysia, termasuk RM100 juta diperuntukkan kepada penjaja dan peniaga kecil.

8. Membina Kecemerlangan Pendidikan Negara:

* Membawa Malaysia ke tahap ‘kategori tiga teratas’ dalam sistem pendidikan terbaik dunia dengan memperbaiki kualiti sekolah kebangsaan.

* Memperbaiki penguasaan Bahasa Malaysia dan Inggeris dalam kalangan pelajar dari tahap prasekolah, dan menjadikan bahasa Inggeris sebagai mata pelajaran wajib lulus di peringkat SPM di semua sekolah.

* Memperbaiki akses untuk pendidikan berkualiti bagi komuniti kecil dan kawasan luar bandar terutama Sabah dan Sarawak.

* Menyediakan lebih banyak biasiswa berdasarkan merit dengan peruntukan khas kepada komuniti yang kurang bernasib baik.

* Meneruskan peruntukan khas kepada semua jenis sekolah termasuk Sekolah Kebangsaan, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina, Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil, Sekolah Agama Bantuan Kerajaan, Maktab Rendah Sains MARA, Sekolah Berasrama Penuh dan sekolah mubaligh.

* Mengembangkan persekolahan satu sesi.

* Merombak institut-institut perguruan dan menaikkan syarat pengambilan guru pelatih.

* Memperkenalkan sistem pembelajaran dan pengajaran yang mudah bagi Bahasa Malaysia di sekolah Cina dan Tamil.

* Membina lebih banyak sekolah, meliputi semua jenis sekolah, di kawasan yang mempunyai permintaan tinggi.

* Mempertingkatkan prestasi mata pelajaran Matematik dan Sains, dan membentuk kemahiran berfikir yang tinggi dalam kalangan pelajar.

* Menyediakan insentif kewangan sebanyak RM100,000 setahun kepada sekolah yang menawarkan kelas pendidikan khas.

* Menukar status Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil kepada sekolah bantuan penuh kerajaan jika sekolah berkenaan ingin berbuat demikian.

* Berikirar menyediakan makmal ICT di sekolah-sekolah yang memerlukannya.

* Mentransformasikan sekolah vokasional menjadi kolej dan menambah kemasukan pelajar sebanyak 20 peratus.

* Memperluaskan pendidikan prasekolah meliputi semua jenis sekolah.

* Menyediakan laluan kerjaya baru bagi membolehkan 420,000 guru dinaikkan pangkat segera berdasarkan prestasi.

* Menyediakan jalur lebar WiFi secara percuma dan terjamin di semua kampus institusi pengajian tinggi awam.

* Memperkenalkan skim pemilikan komputer riba di sekolah-sekolah bersama dengan kemudahan Internet.

9. Meningkatkan Keselamatan Dan Ketenteraman Awam:

* Meningkatkan jumlah tenaga kerja PDRM, dengan tambahan 4,000 anggota polis pada setiap tahun.

* Memasang lampu di jalan-jalan, lorong-lorong dan laluan bagi mengurangkan lagi jenayah jalanan.

* Mengukuhkan Unit Rondaan Bermotosikal PDRM dengan menambah 5,000 buah kenderaan tambahan.

* Menambah baik kebajikan, profesionalisme dan keupayaan Polis, Angkatan Tentera Malaysia dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia.

* Meningkatkan keupayaan keseluruhan Angkatan Tentera Malaysia untuk menangani apa jua bentuk pencerobohan dan ancaman luar.

* Mempertahankan dan memperkuatkan Suruhanjaya Polis.

* Menggunakan sistem 6P untuk mengekang pendatang asing tanpa izin.

* Mewujudkan Program SafeCam untuk menghubungkan sistem CCTV swasta dengan awam.

* Mengembangkan secara meluas penggunaan CCTV untuk memantau kawasan-kawasan laluan awam yang sibuk seperti kawasan letak kereta, kawasan riadah, pasar malam dan sekolah.

* Memperkenalkan inisiatif keselamatan di kawasan skim perumahan awam.

* Pengambilan tambahan 50,000 anggota Pasukan Sukarelawan Simpanan Polis untuk membantu PDRM membuat rondaan dan menjadikan kawasan persekitaran lebih selamat.

10. Memperkasa Penyertaan Wanita

* Menambah jumlah wanita yang terlibat dalam proses membuat keputusan nasional.

* Menggalakkan kesamaan gender untuk memaksimumkan potensi rakyat Malaysia dalam semua bidang, tanpa mengira jantina.

* Menyediakan lebih banyak peluang bisnes dan ruang bagi menambah pendapatan untuk wanita supaya mereka lebih berkeupayaan untuk berdikari.

* Mewujudkan lebih banyak insentif untuk inisiatif bekerja dari rumah, dengan penekanan yang lebih besar kepada golongan ibu tunggal.

* Membuka pusat-pusat Asuhan 1Malaysia di semua pejabat Kerajaan dan Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) serta menggalakkan sektor swasta untuk melakukan perkara yang sama.

* Mengetatkan undang-undang untuk mencegah kejadian penderaan dan gangguan seksual di rumah dan di tempat kerja.

11. Memenuhi Aspirasi Belia:

* Memperuntukkan tabung latihan dan insentif kepada belia yang mahu melakukan usaha niaga komersial.

* Menyediakan ruang komersial di dalam pusat membeli belah selama sehari pada setiap bulan untuk golongan belia mempamerkan dan memasarkan produk kreatif dan perkhidmatan mereka.

* Mewujudkan inkubator bagi memupuk kualiti kepimpinan dan kreativiti.

* Melahirkan belia yang lebih berdaya tahan menerusi aktiviti kesukarelawan dalam 1M4U.

* Mewujudkan lebih banyak lokasi WIFI percuma dengan penekanan kepada kawasan luar bandar dan separa bandar.

* Melahirkan lebih ramai atlet berprestasi tinggi di peringkat serantau dan antarabangsa serta mempromosikan gaya hidup yang lebih sihat.

* Mengkaji semula undang-undang berkaitan hiburan untuk promosi seni persembahan dan kebudayaan.

12. Merancang Jaringan Keselamatan Sosial:

* Memperhalusi dan menambah baik jaringan bantuan keselamatan menerusi sistem pangkalan data yang bersepadu.

* Menyediakan bantuan kewangan dan peluang pendidikan untuk golongan berpendapatan rendah tanpa mengira kaum.

* Mengubah Brickfields di Kuala Lumpur menjadi zon mesra golongan orang buta supaya kawasan itu menjadi zon contoh yang bakal mendorong lebih banyak tempat seumpama itu disediakan bagi memenuhi keperluan golongan kurang upaya di tempat-tempat lain.

* Mewujudkan mahkamah khas yang mempunyai status yang sama dengan Mahkamah Tinggi di bawah sistem kehakiman sedia ada, yang mana hakim-hakim akan dibantu oleh penasihat-penasihat yang dipilih dalam kalangan ketua komuniti untuk menyelesaikan isu-isu tanah pribumi.

* Mewartakan semua tanah adat menerusi perundingan bersama kerajaan-kerajaan negeri.

* Menyediakan lebih banyak peluang untuk menjana pendapatan dalam kalangan komuniti pribumi dan meningkatkan bilangan pengambilan pribumi ke dalam pendidikan vokasional, kolej dan universiti.

* Menyediakan tabung untuk pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan berdaftar dan gerakan masyarakat sivil.

13. Mempromosikan Agama Islam, Kebebasan dan Keharmonian Agama:

* Mendukung Islam sebagai agama Persekutuan serta mempromosikan syiar dan syariat Islam mengikut prinisp Maqasid Syariah.

* Memastikan agama-agama lain diamalkan dalam suasana aman dan harmoni.

* Isu-isu berkaitan dengan golongan bukan Islam diletakkan di bawah bidang kuasa seorang Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

* Mempromosikan prinsip kesederhanaan (wasatiyyah) dalam semua pendekatan.

* Meningkatkan inisiatif dalam menyatukan ummah.

* Menjana pendapatan daripada pembangunan tanah wakaf dengan kerjasama Pihak Berkuasa Agama Negeri-negeri.

* Menaikkan pengecualian cukai untuk sumbangan ke atas pembinaan, membesarkan dan memulihara rumah-rumah ibadat.

* Meneruskan peruntukan tanah untuk pembinaan rumah ibadat.

* Menyediakan lebih banyak bantuan kewangan kepada institusi-institusi agama berdaftar dan rumah-rumah ibadat.

* Mempromosikan kebajikan imam, pegawai masjid dan guru Kafa dengan menyediakan gaji berasakaan perkhidmatan dan kenaikan gaji.

* Meningkatkan kualiti Sekolah Agama Rakyat dan membenarkan para pelajarnya mendapat akses kepada pendidikan berkualiti dan infrastruktur pendidikan kerajaan.

* Menyediakan bantuan kewangan kepada Sekolah Agama Rakyat dan Sekolah Pondok.

14. Memerangi Gejala Rasuah:

* Meningkatkan ketelusan dalam prosedur perolehan kerajaan dengan mendedahkan kontrak kepada awam.

* Memberi kuasa kepada SPRM menerusi penubuhan Suruhanjaya Perkhidmatan SPRM yang akan bertanggungjawab terhadap perkhidmatan dan pengambilan kakitangan.

* Menaik taraf kedudukan Ketua Pesuruhjaya dan pegawai kanan SPRM ke satu peringkat yang lebih tinggi.

* Memberikan penekanan yang sama rata terhadap siasatan dan tindakan yang dilakukan ke atas pemberi dan penerima rasuah.

* Akses yang cepat kepada Laporan Audit Prestasi Ketua Audit Negara untuk tindakan segera.

* Menubuhkan Mahkamah Sesyen Khas Rasuah dan Mahkamah Tinggi tambahan untuk kes-kes rasuah.

* Melaksanakan akujanji integriti untuk ahli-ahli Parlimen dan ahli-ahli Dewan Undangan Negeri .

15. Memperkukuhkan Perkhidmatan Awam, Menambah Baik Tadbir Urus:

* Memperkenalkan Skim Gaji Transformatif untuk penjawat awam, termasuk menyemak semula elaun dan menyediakan pergerakan gaji khas sebanyak tiga peratus kepada mereka yang mencapai gaji maksimum jika pada waktu tiada semakan gaji dilakukan.

* Penambahbaikan skim perkhidmatan awam dengan menyediakan lebih banyak peluang kenalkan pangkat dan pembangunan bakat serta memastikan kualiti kehidupan penjawat awam terpelihara.

* Melanjutkan tempoh kontrak para pegawai dan menyerap kakitangan yang cekap ke dalam perkhidmatan tetap.

* Memperluaskan Pusat Transformasi Bandar ke semua bandar dan pekan utama.

* ‘Merakyatkan Perkhidmatan Awam’ bagi memastikan penyampaian perkhidmatan awam yang cemerlang.

* Menggerakkan dan memperkasa perkhidmatan awam, termasuk Pejabat-pejabat Daerah dan Kerajaan Tempatan, bagi memenuhi permintaan dan keprihatinan rakyat.

* Menambah baik kaunter perkhidmatan menerusi pelantikan anggota-anggota barisan depan daripada pelbagai kaum dan memperluaskan perkhidmatan online untuk urusan pembayaran dan permohonan.

* Memperkenalkan program-program pengambilan pekerja untuk memastikan keseimbangan antara kaum dalam perkhidmatan awam dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

* Meningkatkan potensi, kemampuan dan kapasiti semua penjawat awam tanpa mengira kaum dan jantina.

* Memberikan perhatian yang istimewa kepada orang kurang upaya untuk memanfaatkan potensi dan kemampuan yang mereka miliki.

16. Gerakan Kesederhanaan Global:

* Berjuang untuk penubuhan sebuah negara Palestin.

* Menyokong usaha menjadikan Asean sebuah komuniti ekonomi menjelang tahun 2015.

* Berusaha memenangi Kerusi Tidak Tetap Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi memainkan peranan utama dalam keamanan serantau dan keselamatan antarabangsa melalui dasar kesederhanaan.

* Meningkatkan hubungan ekonomi dan kepentingan bilateral dengan negara rakan dagang utama dan ekonomi negara sedang membangun.

* Membentuk Dasar Luar yang menyokong kepentingan-kepentingan strategik politik, ekonomi dan keselamatan kita.

* Mengetuai usaha menentang jenayah-jenayah rentas sempadan seperti penyeludupan manusia dan dadah.

* Memperbanyakkan program ‘outreach’ kemanusiaan di wilayah-wilayah konflik seperti Gaza, Tebing Barat, selatan Thailand, Mindanao dan di mana sahaja.

17. Memulihara Sumber Semula Jadi:

* Menawarkan insentif kewangan kepada premis komersial dan persendirian yang melabur dalam sumber-sumber teknologi hijau yang boleh diperbaharui seperti tenaga suria dan biomas.

* Memperuntukkan lebih banyak ruang untuk kawasan hijau di bandar-bandar utama.

* Memulihara sungai dan anak sungai menerusi pertambahan peruntukan kewangan dan undang-undang yang lebih ketat, selain memperhebatkan usaha itu melalui program khas UNDP dan Sungai Nadi Kehidupan.

* Menambah program pendidikan untuk menyemai sikap mencintai alam sekitar.

* Memulihara hutan dan melaksanakan program penanaman semula hutan.

* Menguatkuasa undang-undang yang ketat dan dikemas kini untuk mencegah kegiatan penerokaan secara haram di kawasan-kawasan strategik dan utama.

* Menggunakan teknologi hijau dan terbaharu dalam pengurusan sistem pepejal.