Friday 19 April 2013

Penzina Penzina Dalam Pas Tak Perlu Dihukum Hudud


Soal Jawab : Tuduhan Zina Mengikut Hukum Ta’zir




Salam…
Ustaz Love menerima pertanyaan daripada seseorang yg menamakan dirinya dengan shahmy.. rentetan daripada entry “Saksi Rakaman Video Kes Zina“..

ustaz, setahu saya didalam undang² islam tidak hanya terdiri daripada hudud semata²..dalam islam ada hudud/diyat/ta’zir betul tak?

apa pandangan ustaz tentang hukuman kesalahan mukazimah zina? eg: berkhalwat/cumbuan/berpelukan?

bukankah mereka boleh dikenakan hukuman ta’zir?

“Mengikut hukum ta’zir, rakaman video itu boleh menjadi bahan bukti terhadap tuduhan zina tanpa perlu empat saksi iaitu hanya berdasarkan qarinah (keterangan persekitaran) atau siasatan forensik.

“Sekiranya berlaku tuduhan zina, maka pelaku boleh didakwa di bawah Seksyen 23 (1) dan (2) Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah Persekutuan) 1997,”
Apa pandangan ustaz?

Dalam hukum jinayah (jenayah) Islam, ada hukum hudud, qisas dan ta’zir.. diyat adalah denda bagi menggantikan hukuman qisas.

Hukum ta’zir hanya boleh dikenakan terhadap pertuduhan yang lebih ringan daripada zina.. dan hukuman itu diputuskan oleh qadhi / hakim dan bukannya ditentukan oleh sang penuduh.
Sebagai contoh, jika seseorang itu merompak, tetapi kadar rompakannya sedikit tidak sampai menyebabkan beliau dikenakan hukuman had potong tangan, maka ketika ini hukum ta’zir boleh digunakan.

Ianya lebih kurang sama dengan hukuman sivil.. sbb ada hukuman penjara, buang daerah, sebat (yg tidak sampai ke tahap had sebatan hukum hudud, penyitaan harta) dsb.. Cuma bezanya ianya dibicarakan dalam mahkamah syariah yang tertakluk pada hukum dan undang2 syariah.
Beza dengan kes zina.. Jika diteliti, ianya berlaku dengan tuduhan awal.. maka itu, had qazaf (tuduhan) disediakan bagi sesiapa yg menuduh tanpa didatangkan 4 orang saksi di mahkamah.. tanpa pengakuan yg dituduh (penzina) atau penuduh mendatangkan 4 orang saksi, maka yang dituduh tak boleh dituduh dengan kesalahan berzina. Itu dah jelas dinyatakan dalam surah An-Nur ayat 4 :

Dan orang-orang yang melemparkan tuduhan (zina) kepada perempuan yang terpelihara kehormatannya, kemudian mereka tidak membawakan empat orang saksi, maka sebatlah mereka lapan puluh kali sebatan dan janganlah kamu menerima persaksian mereka itu selama-lamanya kerana mereka adalah orang-orang yang fasiq
Tetapi jika ketika melihat perbuatan zina itu, beliau cuma ada 2 orang saksi, maka dilaporkan kepada pihak pemerintah.. maka pemerintah akan menjalankan atas pertuduhan selain zina.. sama ada khalwat ke, melakukan perbuatan tak bermoral ke dsb.. tetapi bukanlah atas pertuduhan zina. Dan jika didapati bersalah, maka dijatuhkan hukuman ta’zir (yg lebih ringan berbanding hukum hudud)..Bila tiada tuduhan zina, maka tiadalah hukuman had qazaf..
Namun, Enakmen Jenayah Syariah di Malaysia tidak menggunakan hukuman hudud sebagai sumber hukuman jenayah.. cuma ada hukuman ta’zir.. oleh itu, kesalahan jenayah zina tidak mampu dibicarakan di Malaysia mengikut syariat Islam yg sebenar. Paling kuat pun, setakat mengenakan hukuman ta’zir (yg memberi maksud, sekalipun ada hukum sebatan, tapi tidaklah menyamai sebatan bagi hukum hudud)..

No comments:

Post a Comment