Friday, 19 April 2013

Apa Pulak Meroyannya Makcik Ni

Sumber

Tu la... Dulu hang hina blogger... Skarang tuhan dah balas.....

Tindakan Barisan Nasional (BN) tidak meletakkan pemimpin tertinggi Wanita Umno dan BN sebagai calon dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) mengecewakan dan dianggap penghinaan kepada wanita, kata Naib Ketua Wanita Umno, Datuk Kamilia Ibrahim.



Menurutnya, ia menunjukkan BN tidak beri pengiktirafan sewajarnya kepada pemimpin wanita yang berada dalam hierarki tertinggi organisasi wanita untuk bersama-sama saf kepimpinan parti bertanding pada PRU13.



Beliau, yang juga Ketua Wanita Umno Bahagian Kuala Kangsar berkata, beliau sebagai orang nombor dua dalam Pergerakan Wanita Umno dan BN sepatutnya diberikan peluang bertanding di Parlimen supaya dapat terlibat sebagai pembuat dasar dan keputusan politik.



“Tindakan kepimpinan BN memeranjatkan saya dan wanita lain. Saya kecewa kerana tidak ada pengiktirafan sewajarnya diberi kepada pemimpin Wanita Umno dan BN yang mewakili seluruh wanita Umno dan BN,” katanya kepada Sinar Harian.
Selanjutnya di Medan Info Kita

Ashamsuri : Sebagai seorang peguam, Datuk Kamilia patut faham terma 'winnable candidate'. Di situ pun sudah jelas menunjukkan calon boleh menang. Dia bukan seorang calon boleh menang. Memang tidak dinafikan beliau popular dikalangan wanita UMNO, harus di ingat PRU menuntut landskap yang lebihbesar. Ia bukan sekadar mencakupi undi Wanita Wanita UMNO sahaja. Tidak dinafikan sumbangan wanita amat besar sebagai tulang belakang UMNO dan BN.

Beliau perlu realistik. Beliau menang Naib Ketua UMNO Pusat pun bukan melalui pertandingan undi. Menang kerana tiada pencabar. Mendesak DS Sharizat untuk bertempur dengan DS Rafidah dan beliau memperoleh ' red carpet' sebagai laluan di kerusi nombor dua parti. Kalau kira undi, belum tebntu Datuk. Dan beliau pun tak popular di kawasan sendir. Jarang turun padang. Orang pun tak kenal, kecuali orang UMNO la. Dari segi pengiktirafan, calon calon wanita ramai yang jadi calon, bukan semua ketua harus jadi calon. Chua Soi Lek pun tak jadi calon. Koh Tsu Koon pun sama, Wan Bro KP UMNO Perak pun tak tersenarai, malah ramai lagi lah. Ini kerana banyak penilaian dan saringan yang dilakukan. Muhasabah diri. Takkan kita nak ajar satu satu. Tanya diri sendiri, mampukah aku menang jika tersenarai sebagai calon. Jagoan tak semestinya di barisan hadapan Datuk. Jangan mudah dan cepat melatah.

Mungkin Datuk memikirkan boleh menag iaitu dengan MEMENANGKAN calon lawan la. 

No comments:

Post a Comment