Barisan Nasional Tambun melalui Pergerakan Pemuda yang diketuai oleh Ketua Pemudanya Saudara Mazlan Abd Rahman telah mula bergerak di setiap pelusok kawasan didalam Parlimen Tambun untuk mempromosi calon calon Adun Manjoi serta Ahli Parlimen Datuk Husni Hanadzlah.
Tidak dapat dinafikan pergerakan pemuda menjadi nadi kepada gerakan menguatkan Barisan Nasional di Parlimen Tambun. Dengan kerjasama pemuda pemuda cawangan beberapa kawasan kampong dijadikan sebagai port untuk minum santai petang.
Beberapa cenderahati berupa sticker dan gelang tangan di edarkan sebagai kenangan kepada beberapa pelanggan pelanggan yang terdapat di gerai gerai disekitar Kampong Manjoi.
Saudara Mazlan berkata aktiviti seperti ini mampu mendekatkan Barisan Nasional di hati pengundi dimana setelah beberapa hari mereka mengadakan program sebegini memang nampak impak yang besar dimana layan mesra dari pelanggan dan tuan punya gerai gerai.
Ada kejadian dimana pelanggan gerai ada yang meminta tshirt barisan nasional untuk diberi kepada anak anak mereka yang berada dirumah.
Saudara Mazlan amat optimis penerimaan pengundi di kawasan Manjoi untuk terus menyokong Barisan Nasional pada Pru kali ini.
No comments:
Post a Comment