Digital clock

Wednesday, 10 April 2013

Dendam Dengan Kerajaan Pusat, UUM Mangsa Kerakusan Kerajaan Pas Kedah


Disebabkan tidak berpuas hati dengan kerajaan pusat yang kerana menutup punca hasil pendapatan mereka, kerajaan negeri Kedah membalas dengan menaikkan cukai tanah UUM dari RM150 ribu kepada RM1.5 juta setahun.

Kerajaan pusat melalui Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar sebelum ini telah mengarahkan semua aktiviti pembangunan dan pembalakan di Gunung Inas serta Pedu diberhentikan serta-merta.

Bukan untuk menutup pintu rezeki Pas, tapi tindakan tersebut demi mengawal alam sekitar kerana Kedah kini diancam bencana alam khususnya banjir lumpur ekoran kerakusan aktiviti pembalakan.

Kerajaan Kedah yang berbangga selama ini hasil balak sejak meningkat sejak Pas memerintah seharusnya merasa malu dan meminta maaf kepada rakyat kerana mereka gagal mencari sumber pendapatan lain selain daripada balak.

Tapi sebalik pula yang berlaku. Kerajaan Pas pimpinan Azizan itu tanpa rasa bersalah terus menjadikan UUM sebagai mangsa untuk mendapatkan hasil yang telah hilang disebabkan penutupan aktiviti pembalakan.

Isu cukai tanah Universiti Utara Malaysia yang timbul sekitar 2011 kini semakin memakan kerajaan negeri Kedah apabila universiti itu kini terpaksa membayar RM1.5 juta kepada Pejabat Tanah dan Galian Kedah.

Azizan dengan lantang berkata kerajaan Kedah hanya meminta bayaran seperti biasa kerana rebet cukai tanah UUM daripada tahun 2006 hingga 2008 sudah tamat. Seperti biasa, Umno dipersalahkan kerana menuduh kerajaan Kedah menaikkan cukai tanah 10kali ganda.

Ustaz Azizan membidas pengurusan UUM tidak bersemuka dengannya untuk mencapai kata sepakat, sebaliknya membuat kenyataan yang tidak tepat kepada media.

Wahai Ustaz Azizan, UUM telah menghantar rayuan permohonannya buat kali KEENAM pada 19 April 2011 setelah 5 rayuannya sebelum ini semuanya hang tolak, 2kali pada tahun 2009 dan 3kali pada tahun 2010. Ini hang kata tidak pernah bekerjasama? ENAM kali buat RAYUAN ustazz oiii.

Kenapalah peruntukan untuk pendidikan pun hang nak kebas. Tidak cukupkah balak yang hang ratah selama ni sampai peruntukan sebanyak RM300 juta setahun untuk warga UUM pun hang nak rempat.

Ini belum masuk bab nak beri pendidikan percuma. Baru bagi rebat sikit pun hang dah kata kerajaan negeri kerugian RM1.6 juta.

Sah pendidikan percuma yang dilaungkan pembangkang selama ini hanya gimik untuk menarik undi pilihan raya nanti. Pasti mereka akan mengatakan kerajaan Malaysia akan mengalami kerugian berbillion ringgit jika meneruskan janji pendidikan percuma.

Jelas Pas Kedah la ni terdesak wang hingga sanggup mengorbankan usaha membina modal insan dan membuktikan kewangan Kedah la ni sangat tenat.

No comments:

Post a Comment