Digital clock

Wednesday, 10 April 2013

Azizan Hina Masyarakat India Bagi Cek Tendang


1 Malaysia sudah tahu, sokongan masyarakat terhadap kerajaan kini semakin meningkat kesan daripada beberapa pelaksanaan program transformasi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Hasil transformasi yang merangkumi semua aspek ini telah berjaya membela nasib masyarakat India dengan banyak peluang telah disediakan dalam bidang perniagaan dan pendidikan.

Senario ini pastinya telah memberi ancaman kepada pembangkang kerana golongan ini pada tahun 2008 dikatakan menyokong mereka sehingga berjaya merampas lima negeri.

Untuk mengekalkan sokongan masyarakat India terhadap pembangkang, pelbagai usaha telah dijalankan dengan memfitnah kerajaan telah menindas mereka selama ini.

Antara propaganda yang dimainkan adalah, isu ketiadaan kad pengenalan membabitkan 300 ribu kaum India di negara ini yang dikatakan dosan terbesar kerajaan Umno.

Macam biasa, pembangkang akan mengeluarkan angka yang gempak-gempak di setiap gerakan, himpunan atau ceramah mereka. Puluh ribu dan ratusan ribu adalah jumlah yang paling mereka suka tapi hakikatnya, bila mereka turun berdemo dulu, yang datang hanya 2orang jer. Bila nak daftar, sekali orang indon diorang bawak sekali.

Nampok benor menipunya.

Dalam mereka cuba menfitnah kerajaan, mereka juga cuba menarik perhatian kaum India dengan menunjukkan apa yang mereka mampu berikan kepada kaum India.

Di Kedah, kerajaan Pas pimpinan Azizan cuba membantu sekolah-sekolah tamil dengan memberi bantuan sebanyak RM2000 SAHAJA. Bukan jumlah yang besar tapi cukuplah untuk membantu sekolah selain daripada menarik undi memandangkan pilihan raya dah dekat.

Akibat niat pembangkang dari awal sudah tidak baik, kebaikan yang cuba ditonjolkan hasil daripada penipuan kantoi. Bukan sahaja kantoi tapi secara tidak langsung telah menaikkan kemarahan kaum India di Kedah.

Pada 2 April lalu, Azizan dan exconya, Manikumar telah mengadakan satu majlis penyerahan cek kepada sekolah-sekolah aliran Tamil di mana setiap sekolah akan mendapat peruntukan berdasarkan kategori yang telah ditetapkan.

Tapi parti Islam Pas yang terkenal dengan pelbagai penipuan kantoi apabila cek yang diberikan kepada sekolah-sekolah telah tamat tempoh.

Pengerusi PIBG SRJK (T) Ladang Harvard gagal menunaikan cek berkenaan apabila pihak bank Islam memaklumkan cek yang bertarikh 12 Disember itu tidak sah kerana sudah melebihi 3 bulan.

Punyalah kelam-kabut nak mendapat sokongan kaum India sehingga tarikh cek yang dah luput pun mereka tidak sedar. Macam manalah agaknya kalau mereka memerintah Putrajaya nanti. Haru biru jadinya.

Tindakan MB Kedah Ustaz Azizan memberikan cek tamat tempoh kepada sekolah-sekolah Tamil seluruh Kedah dilihat sebagai satu usaha menghina kaum India di negeri itu.

Apa malang nasib rakyat kedah dapat MB nyanyuk, tak tahu nak tadbir dan kuat menipu. Eloklah rakyat dalam pilihan raya akan datang ni hangpa semua humban ja ustaz kaki kelentong ni.

Hangpa dapat cek tendang, hangpa tendang je lah Pakatan keluaq dari Kedah la pulak.

No comments:

Post a Comment