Thursday, 18 April 2013

Mimpi Ngeri Pas Kelantan


PRU-13 kali ini ternyata BN Kelantan begitu serius untuk merealisasikan hasrat menawan kembali negeri ini apabila menampilkan barisan calon paling mantap dan terbaik bagi merebut 14 kerusi Parlimen dan 45 kerusi DUN.
Daripada 59 orang calon itu, 26 daripadanya adalah muka baru termasuk tiga untuk merebut kerusi Parlimen dan 23 orang lagi pemimpin pelapis ini akan berentap di kerusi DUN.
Ia menggabungkan muka baru dan pemimpin berpengalaman, terdiri daripada golongan professional, ulama dan pemimpin veteran yang rata-ratanya memiliki pengaruh tersendiri di kalangan masyarakat.
Gabungan ideal yang wujud atas kesedaran untuk satu proses hijrah ini menepati inspirasi rakyat Kelantan yang semakin hari telah membulatkan tekad untuk beralih arah sebagai hukuman lantaran kegagalan PAS mengurus tadbir negeri ini semenjak 23 tahun lalu.
Paling penting gandingan mantap melibatkan para pengalima UMNO seperti Datuk Seri Mustapa Mohamed, Datuk Awang Adek Husin, Tengku Razaleigh Hamzah dan Tan Sri Annuar Musa pastinya akan memberi nilai tambah dalam mencorakkan sokongan untuk BN kelak.
Kesediaan mereka berganding bahu pastinya mengingatkan rakyat negeri ini dengan PRK DUN Galas yang mana ia terbukti menghasilkan sokongan padu yang membolehkan BN merampas kembali DUN tersebut dari PAS.
Berdasarkan trend semasa dan laporan risikan pelbagai sumber, BN diyakini berupaya menumbangkan PAS dalam PRU-13 ini apabila terus memperkukuhkan penguasaannya di 25 kerusi DUN serta semakin mantap sokongannya di 9 kerusi Parlimen.
Sementara PAS pula tika ini masih terkonteng-konteng berusaha memperbaiki kubunya yang terjejas di 17 kerusi DUN dan 5 kerusi Parlimen selain masih gagal dalam usahanya untuk merapatkan semula jurang sokongan di baki 3 kerusi DUN yang disifatkan kelabu hitam oleh BN.
Tidak syak lagi, dilihat pada senario hari ini tambahan pula dengan gabungan mantap pemimpin BN dalam PRU-13 ini, diadun pula dengan dukungan pemimpin setempat dan kebangkitan Gelombang Merah, nescaya PRU kali ini mimpi ngeri PAS Kelantan akan menjadi kenyataan.

No comments:

Post a Comment