Kuala Lumpur: UMNO dan PAS perlu menjadikan agenda penyatuan kedua-dua parti sebagai usaha berterusan demi mengukuhkan Islam dan memperkasakan bangsa Melayu di negara ini.
Sehubungan itu, bekas Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa), berkata tindakan pihak yang menolak penyatuan Melayu Islam, tidak boleh diterima.
“PAS sudah memulakan usaha itu selepas Pilihan Raya Umum (PRU) 2008, tetapi tidak kesampaian. Bagi saya, penyatuan itu perlu jadi agenda berterusan. Cuma saya tidak boleh terima bila ada usaha penyatuan PAS dan UMNO, ada pula pihak yang mengatakan muka mereka hendak diludah... ini ajaran agama mana?” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada program ‘Post Mortem PRU-13: Bicara Kepemimpinan dan Survival Ummah’, di sini semalam. Presiden Pertubuhan Pemikir Profesional Melayu Malaysia, Prof Datuk Dr Kamaruddin Kachar bertindak sebagai moderator program berkenaan.
Mampu direalisasi
Program anjuran Persatuan Alumni Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) itu turut menampilkan tokoh akademik, Tan Sri Dr Abdul Rahman Arshad; bekas Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Mohd Noor Abdullah dan Felo Himpunan Keilmuan Muslim (HAKIM), Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal sebagai ahli panel.
Nasharudin berkata, penyatuan itu mungkin tidak dapat dilihat dalam tempoh singkat, tetapi percaya ia mampu direalisasikan jika ada kesinambungan usaha berterusan.
“Adakah hendak tunggu sudah ranap baru hendak bersatu seperti di dunia Islam lain. Perkara ini bukan mudah kerana membabitkan banyak isu dan sentimen, tetapi jika tidak berjaya hari ini, masih ada esok dan lusa untuk diteruskan.
“Berdasarkan pengalaman, rumusan saya mudah. Tidak semua dalam UMNO itu iblis dan tidak semua dalam PAS itu malaikat. Mengapa tidak kita gabungkan ‘malaikat’ yang ada dan prihatin terhadap nasib Melayu sekarang.
“Proses penyatuan semula nasional harus dimulakan dengan penyatuan orang Melayu. Satu usaha mesti diterus dan digerakkan di peringkat bawahan dan saya hanya melihat UMNO dan PAS yang boleh menyatukan ummah,” katanya.
Fardhu kifayah
Kini bagi pendapat peribadi GRC la kan dah jadi FARDHU KIFAYAH kita bagi umat NABI MUHAMAD S.A.W. untuk kita menyatukan umat ISLAM yg sekian lama berpecah.GRC harapkan semua usaha yg dilakukan akan membuahkan hasil yg terbaik... WALLAHUA'LAM....
Nmpk kegembiraan pd MRK
No comments:
Post a Comment