Saturday 20 April 2013

Pas Yang Berzina.. PKR Yang Buat Video.. Tapi UMNO Pulak Disalahkan...


Wakil Sekretariat Pakatan Rakyat, Shabrimie Sidek ditahan polis bersama dua saksi yang terlibat menerbitkan video fitnah lucah terhadap pemimpin Pakatan Rakyat di kawasan sempadan Malaysia-Thailand di Bukit Kayu Hitam, kira-kira sejam tadi. KLIK




Calon Dewan Undangan Negeri N21 Sg Acheh, Pulau Pinang, Badrul Hisham Shaharin atau Chegu Bard memaklumkan sebentar tadi, tangkapan dibuat selepas Shabrimie dan dua saksi itu sudah melepasi pemeriksaan Imigresen di Bukit Kayu Hitam.



"Ini adalah tangkapan bermotif politik," kata Chegu Bard.



Menurut Chegu Bard lagi, dua saksi tersebut bakal tampil di program KEADILAN di Madrasah An-Nahdhoh, Kubang Semang, Permatang Pauh malam ini, dan akan membuat pendedahan terbuka berhubung penglibatan mereka dalam pembikinan video tersebut.



Ketua Umum KEADILAN, Anwar Ibrahim dan calon Parlimen Sungai Petani, Johari Abdul dijangka turut menyampaikan ucapan.



Beliau dikatakan akan mendedahan status video berkenaan selepas Solat Isyak malam ini. 



Wakil Calon Parlimen Permatang Pauh, Zainol Saad berkata, tuduhan yang dilemparkan selama ini akan tamat setelah pelakunya sendiri tampil mengakui. 



"Umno dan BN sekali lagi akan terperangkap dalam isu ini. Orang kampung tidak akan mempercayai lagi ekoran pendedahan itu nanti," jelasnya. 



Akhirnya kata beliau, semua terjawab satu persatu kes Anwar maka masyarakat mesti memahami bahawa itu semua adalah permainan kotor dan menjijikan semata-mata untuk menjatuhkan maruah kepimpinan Pakatan Rakyat.

No comments:

Post a Comment