Saturday, 13 April 2013

Meh Sini Nak Bagi Tahu Apa Itu Perak Aman Jaya


Apa Itu Perak Aman Jaya

Perancangan kerajaan Negeri Perak pada tahun 2009 untuk pelan pembangunan Perak Amanjaya adalah sejajar dengan visi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam gagasan Model Ekonomi Baru (MEB).

Perak Amanjaya yang menumpukan kepada tujuh teras adalah perancangan jangka panjang dalam usaha menjadikan Perak sebuah negeri yang mempunyai pendapatan tinggi dengan mengkhususkan kepada ekonomi berdaya maju.

Gagasan itu juga akan menjadikan Perak lebih kompetitif pada peringkat nasional dan menghasilkan manfaat bagi semua rakyat Perak di mana pendapatan rakyat Perak boleh meningkat sekurang kurangnya kepada RM3,000 sebulan seorang.

Mengikut pelan Perak Amanjaya, kerajaan negeri melihat pembangunan ekonomi berdasarkan situasi geografi dari Tanjung Malim ke Parit Buntar selain menentukan pusat pertumbuhan baru beberapa kawasan didalam negeri.

Langkah memperkenalkan MEB oleh Perdana Menteri amat penting kerana kehidupan pada masa sekarang memerlukan kerajaan negeri melihat kepada realiti sistem ekonomi yang baru, lebih berdaya maju serta melihat pembangunan ekonomi daripada perspektif baru. Kerajaan negeri dilihat mahukan perubahan ke arah menjadi negeri berasaskan ilmu pengetahuan, kerana sebelumnya negeri perak adalah negeri bersumberkan pengeluaran seperti bijih timah dan getah.

Kerajaan negeri telah membentangkan pelan Perak Amanjaya kepada Perdana Menteri dan mendapat reaksi positif.

Pelan Perak Amanjaya menumpukan tujuh teras iaitu

-agihan dan pembangunan seimbang
-masyarakat berkemahiran, berilmu dan berintegriti
-negeri dan kerajaan pemangkin
-jalinan perpaduan masyarakat
-angkatan generasi muda yang aktif dan partisipatif
-yayasan dan gagasan sektor swasta yang mampan
-amalan mesra alam dan kelestarian sumber.



No comments:

Post a Comment