Friday, 26 April 2013

Panas!!Tabiat seks punca saya tinggalkan Anwar - Dr. Chandra

Sumber

Bekas Pengasas Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dr. Chandra Muzaffar mendedahkan salah satu sebab utama beliau meninggalkan Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 2001 adalah kerana kecewa dengan tabiat seks Ketua Pembangkang itu. KLIK SINI

Dedahnya, walaupun pernah bangkit mempertahankan Anwar atas dakwaan liwat kali pertama pada 1997 tetapi, kepercayaan beliau lebur selepas dua pegawai kanan diplomatik mendedahkan bahawa pihak Singapura sudah lama menyimpan bukti aktiviti homoseksual Anwar.


"Bekas Perdana Menteri Singapura, Lee Kuan Yew dalam satu mesyuarat dengan pegawai kanan diplomatik Malaysia pada 1993 memberitahu beliau pelik kenapa Tun Dr. Mahathir Mohamed tidak memecat Anwar kerana pihak perisikan Singapura mempunyai bukti Anwar seorang homoseksual," katanya.

Wardina Marah Edar Cerita Lucah Tapi Berzina Takper....



Wardina bikin panas lagi beb.. Kalau dulu dia sibuk berceramah dengan puak-puak PKR diatas pentas yang sama.., sekarang ni dia sibuk pulak komen pasal penyebaran video lucah mengenai pemimpin Pas di ruang siber..

Yang bestnya.., Wardina tak pulak suruh rakyat tolak si pelaku dalam video aksi terlampau tu tapi dia sibuk marah pasal penyebaran video berkenaan.. KLIK SINI

Gua pun tak tahu apa nak jadi pada minah perasan alim sorang nih.. Memang gila glamer sungguh laa.. 

Korang tengok sendirilah video dia kat bawah ni.. Gua pun naik geli tengok dia bercakap pasal soal moral padahal dia sendiri sokong individu yang memang terbukti langsung tak ada moral.. Macam gampang kann...


PERJUANGAN PAS SUDAH JAUH TERSASAR !!!



Perjuangan PAS yang dulu dipimpin golongan ulama, kini sudah berubah dengan keputusan penting dan dasar parti kini dipengaruhi pimpinan bukan ulama.

Bekas Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Hasan Ali, mengakui parti itu tersasar, sekali gus mengecewakannya yang menyertai PAS dulu kerana mahu berjuang menegakkan negara Islam bersama ulama.

“Saya suka kepemimpinan ulama kerana saya bukan ulama. Saya mahu dipandu, dinasihat, ditunjuk jalan oleh ulama. Dulu ulama membentuk kira-kira 80 peratus kepemimpinan PAS dan 20 peratus golongan profesional seperti saya. Kini sudah terbalik, pemimpin bukan ulama 80 peratus. 

Gugur negara Islam 

“Mereka (bukan ulama) yang mempengaruhi Hadi (Presiden PAS, Datuk Seri Hadi Awang) dan Nik Aziz (Mursyidul Am, Datuk Nik Aziz Nik Mat). Akhirnya gugurlah negara Islam, gugurlah kepemimpinan ulama, tunduklah kepada Anwar Ibrahim, Karpal Singh, Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng,” katanya. 

Berucap pada majlis ceramah perdana isu semasa di Kampung Kubang, beliau yang juga Presiden Jalur Tiga (JATI), berkata berdasarkan pengalamannya sebagai pemimpin kanan PAS, beliau tidak yakin parti itu mampu mengotakan janji menegakkan agenda Islam. 

“Ketika saya jadi EXCO Selangor, saya mahu laksanakan peruntukan agama, antaranya mengurangkan arak di Shah Alam yang 80 peratus penduduknya Melayu Islam, nak kurangkan rumah urut, pusat judi, dangdut, kafe siber dan hotel bajet. Saya ditentang habis-habisan oleh DAP, PKR, malah pemimpin PAS sendiri.

“Bayangkan, orang PAS tidak setuju saya banteras judi dan arak. Mereka kata jangan buat lagi, tunggu sampai dapat tawan Putrajaya. Kalau di peringkat negeri pun tak dapat buat, macam mana nak buat di peringkat Pusat (Putrajaya) kerana bantahannya pasti lebih besar,” katanya. 

Mahu rakyat tolak PAS 

Katanya, beliau berasa tertipu dengan PAS dan mahu masyarakat menolak parti itu kerana bekerjasama dengan DAP dan PKR yang tidak menjamin masa depan Melayu, Islam dan institusi Raja di negara ini.