Saturday 13 April 2013

Saya Terpedaya Dengan imej WARAK Anwar




KUALA LUMPUR 12 April - Sifat warak dan imej Islam yang ditonjolkan Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika beliau menerajui Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) berjaya mengaburi mata ramai pengikutnya sehingga mereka sukar untuk mempercayai tuduhan salah laku moral beliau.

Perkara itu diakui oleh salah seorang pengasas pertubuhan tersebut di Amerika Syarikat (AS), Dr. Azmi Omar yang menyatakan kebanyakan pelajar Islam Malaysia ketika itu mengagumi Anwar kerana kononnya berjuang menegakkan Islam.

Menurut beliau, 'perjuangan' Anwar turut menjadi aspirasi tokoh ilmuwan dan pendakwah, Saya Terpedaya Dengan imej WARAK Anwar. Datuk Dr. Sidek Baba ketika mereka bersama-sama membangunkan ABIM pada tahun 1986 hingga 1992 tanpa mengetahui perlakuan sebenar Ketua Pembangkang tersebut.

''Memandangkan beliau bersama ABIM, pada mulanya agak sukar mempercayai perbuatan Anwar itu.

''Namun, sejak pertuduhan liwat pertama beliau, dan timbul banyak lagi keraguan mengenai Anwar dalam mahkamah, media dan maklumat di internet, menyebabkan saya tidak lagi mempercayainya,'' katanya kepada Utusan Malaysia.

Beliau mengulas keputusan Sidek yang meninggalkan Anwar kerana salah laku moral walaupun mereka telah bersahabat karib sejak lebih 30 tahun lalu.

Keruntuhan moral merupakan satu daripada tiga faktor utama mengapa Sidek membuat keputusan meninggalkan Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat itu selepas menemubual seramai 28 saksi hidup.

Sambil menyifatkan keputusan meninggalkan Anwar sebagai tepat, kata Azmi, Sidek merupakan seorang yang berpendirian apabila menjalankan kajian sebelum membuat keputusan terbesar itu.

Menurutnya, walaupun mengakui terlebih dahulu mengetahui mengenai Anwar, beliau tidak bercadang untuk menguar-uarkannya kerana menganggap dirinya hanya individu biasa.

''Apabila Sidek mengambil keputusannya, terdetik dalam hati saya bahawa keputusan itu sepatutnya sudah lama dibuat, tetapi mungkin beliau mahu mengambil masa lebih lama kerana mahu lebih teliti dan perlukan maklumat tertentu.

''Bagaimanapun, saya bukan antara 28 individu yang ditemui Sidek dalam pencariannya itu, hanya sebagai rakan karib dalam ABIM di AS,'' katanya.

Kalau Dulu Berjoget Lambak Pun Pas Akan Pecat Tapi Sekarang Membalun Pun Takper


Sumber 
Hashim Gera adalah ahli politik PAS kawasan Parit , Perak (1969-1974) yang dipecat parti PAS. Kemudian beliau menjadi ahli parlimen Bebas (1973) .Seterusnya menubuhkan / menyertai parti KITA. Beliau memenangi Parlimen Parit pada 1969. Lembaga Disiplin PAS memecat beliau kerana bersama-sama pemimpin Barisan Nasional joget lambak dalam satu majlis di lobi parlimen pada 1971. Kemudian PAS telah bergabung dengan UMNO membentuk Barisan Nasional (1972).Di depan Jawatankuasa Disiplin, Hashim memberitahu ulama Pas, joget adalah tarian bersih. "Bila dia (perempuan joget) datang, saya lari.Bila saya datang, dia (perempuan joget) itu lari. Tidak berlaku sentuhan antara perempuan dan lelaki kerana saya datang dia lari, dia datang saya lari". Bagaimanapun Pas menolak penjelasan Hashim itu dan dia tetap dipecat pada 16 Mei kerana melangkaui agama dan memalukan PAS.
http://ms.wikipedia.org/wiki/Hashim_Gera

Itu kisah lama. Kisah bagaimana PAS benar-benar menjaga maruah dan imej parti mereka sebagai Parti Islam.

Kini PAS sudah tidak kisah lagi dengan semua itu. Apa sahaja pemimpin mereka buat, mereka tak peduli. Asalkan BN dan UMNO tumbang. KLIK SINI

Nizar sembah lilin pun PAS tak peduli.



Muslimat PAS JOGET LAMBAK pun PAS tak peduli.



PAS hanya peduli kepada pemimpin mereka yang menjadi musuh kepada DAP dan PKR walaupun pemimpin tersebut berjuang demi akidah umat Islam.



Musim demonstrasi datang lagi. Jika sebelum ini PAS benar-benar kisah dengan pencampuran antara lelaki dengan perempuan sehingga Ahli Parlimen mereka berJOGET LAMBAK pun dipecat, kini tidak lagi.

Jangan terkejut kalau semasa perhimpunan BERSIH 3.0 anda akan jumpa muslimah PAS berpakaian begini.




Dalam PAS sekarang, apa pun boleh asal menang pilihan raya.




Majlis Syura Ulama perlu bertindak - Hasan Ali





KUALA LUMPUR 12 April - Pendedahan video aksi seks seorang lelaki menyerupai Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali bakal memberi pukulan maut kepada parti itu, jika persoalan besar melibatkan maruah parti yang mendakwa memperjuangkan Islam tersebut tidak ditangani dengan serius.

Ini kerana tiada jalan keluar yang mudah bagi Pas dalam isu tersebut memandangkan video seks berkenaan sudah tersebar dengan meluas sehingga imej serta maruah parti yang didakwa berlandaskan al-Quran, sunnah, ijmak dan qiyas itu sudah tercemar di kalangan rakyat.

Bekas Naib Presiden Pas, Datuk Dr. Hasan Ali berkata, pucuk pimpinan parti terutama Majlis Syura Ulama perlu menyiasat dengan terperinci video berkenaan dan sekiranya siasatan mendapati benar, maka jawatankuasa disiplin harus memecat keahlian pemimpin tersebut.

Selain itu katanya, Mustafa mesti tampil ke hadapan untuk mengiya atau menafikan perlakuan sumbang tersebut dan jika yakin tidak bersalah, perlu sekurang-kurangnya bersumpah dengan nama Allah bahawa individu yang terlibat bukan diri beliau.

Pada masa yang sama, Hasan turut menyelar sikap Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa yang seolah-olah memandang sebelah mata isu moral tersebut apabila secara terbuka mendakwa ia satu fitnah dan meminta pucuk pimpinan parti tidak perlu menyiasat kesahihan video itu.

Sambil menjadikan kes pemecatan seorang Ahli Parlimen Pas di kawasan Parit, Perak, Hashim Gera pada tahun 70-an hanya kerana terlibat dalam majlis tari-menari sebagai contoh, Hasan berkata, sebagai sebuah parti berteraskan Islam tidak boleh ada tindakan pilih bulu.

"Sekiranya saranan ini tidak dilakukan, saya berkeyakinan bahawa Pilihan Raya Umum Ke-13 pada 5 Mei nanti akan menjadi pilihan raya terburuk dalam sejarah Pas akibat penolakan pengundi Melayu terhadap parti itu," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Meh Sini Nak Bagi Tahu Apa Itu Perak Aman Jaya


Apa Itu Perak Aman Jaya

Perancangan kerajaan Negeri Perak pada tahun 2009 untuk pelan pembangunan Perak Amanjaya adalah sejajar dengan visi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam gagasan Model Ekonomi Baru (MEB).

Perak Amanjaya yang menumpukan kepada tujuh teras adalah perancangan jangka panjang dalam usaha menjadikan Perak sebuah negeri yang mempunyai pendapatan tinggi dengan mengkhususkan kepada ekonomi berdaya maju.

Gagasan itu juga akan menjadikan Perak lebih kompetitif pada peringkat nasional dan menghasilkan manfaat bagi semua rakyat Perak di mana pendapatan rakyat Perak boleh meningkat sekurang kurangnya kepada RM3,000 sebulan seorang.

Mengikut pelan Perak Amanjaya, kerajaan negeri melihat pembangunan ekonomi berdasarkan situasi geografi dari Tanjung Malim ke Parit Buntar selain menentukan pusat pertumbuhan baru beberapa kawasan didalam negeri.

Langkah memperkenalkan MEB oleh Perdana Menteri amat penting kerana kehidupan pada masa sekarang memerlukan kerajaan negeri melihat kepada realiti sistem ekonomi yang baru, lebih berdaya maju serta melihat pembangunan ekonomi daripada perspektif baru. Kerajaan negeri dilihat mahukan perubahan ke arah menjadi negeri berasaskan ilmu pengetahuan, kerana sebelumnya negeri perak adalah negeri bersumberkan pengeluaran seperti bijih timah dan getah.

Kerajaan negeri telah membentangkan pelan Perak Amanjaya kepada Perdana Menteri dan mendapat reaksi positif.

Pelan Perak Amanjaya menumpukan tujuh teras iaitu

-agihan dan pembangunan seimbang
-masyarakat berkemahiran, berilmu dan berintegriti
-negeri dan kerajaan pemangkin
-jalinan perpaduan masyarakat
-angkatan generasi muda yang aktif dan partisipatif
-yayasan dan gagasan sektor swasta yang mampan
-amalan mesra alam dan kelestarian sumber.



Nur Manuty tuduh Pas langgar janji






IPOH 12 April - Perebutan kerusi antara Pas dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) semakin panas apabila Pengerusi PKR negeri, Dr. Muhammad Nur Manuty menuduh Pas melanggar janji dengan mengumumkan calonnya bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) Changkat Jering.

Muhammad Nur menegaskan, dalam satu perjanjian bertulis di Kuala Lumpur sebelum ini, PKR bersetuju melepaskan kerusi Changkat Jering dengan syarat Pas meletakkan Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin bertanding, selain menyerahkan satu kerusi sebagai ganti.

Beliau turut menafikan bahawa PKR hanya 'dipinjamkan' kerusi tersebut seperti diuar-uarkan pemimpin Pas negeri sebelum ini.

''Tiada istilah dipinjamkan, tapi sekarang Pas negeri sendiri mengumumkan calonnya. Jadi, kita harap akan dapat gantinya. Perkara ini masih dibincangkan dalam beberapa hari singkat ini (sebelum penamaan calon).

''Terdapat perjanjian bertulis dalam mesyuarat di Kuala Lumpur, kita lepaskan Changkat Jering dengan syarat mereka mesti memberikan kerusi yang boleh membawa potensi kemenangan untuk PKR, tetapi (janji) itu mereka tidak penuhi," katanya.

Muhammad Nur berkata demikian kepada pemberita dalam sidang akhbar bagi memperkenalkan slogan terbaharu pakatan pembangkang pada Pilihan Raya Umum Ke-13 yang dihadiri Pengerusi DAP negeri, Datuk Ngeh Koo Ham dan Setiausaha DAP negeri, Nga Kor Ming di sini hari ini.

Sidang akhbar itu tidak dihadiri mana-mana pemimpin Pas.

Pesuruhjaya Pas Perak, Abu Bakar Hussian dalam satu ceramah di Lumut, Selasa lalu mengumumkan Mohammad Nizar yang juga Timbalan Pesuruhjaya Pas negeri bertanding di DUN Changkat Jering sebelum menegaskan kerusi itu diserahkan oleh PKR tanpa ganti.

Perkembangan tersebut dilihat bakal mencetuskan perbalahan terbuka antara penyokong kedua-dua parti, apatah lagi Pas turut bertegas mahu kerusi milik PKR di DUN Alor Pongsu dan Sungai Manik diserahkan semula kepada parti itu.

Ditanya bantahan penyokong akar umbi Pas terhadapnya sebagai calon di Parlimen Bagan Serai kerana dianggap sebagai orang luar, Muhammad Nur berkata, perkara itu tidak menjadi isu kerana ramai pemimpin Pas turut berbuat demikian di tempat lain.

Mengambil contoh di Kelantan, Muhammad Nur berkata, masyarakat di sana boleh menerima Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu dan Naib Presidennya, Salahuddin Ayub walaupun kedua-duanya bukan penduduk negeri tersebut.

''Ini fenomena biasa dalam negara kita. Dr. Burhanuddin al-Helmy dan dahulu Setiausaha Agung Pas, Abu Bakar Hamzah yang merupakan cikgu saya di Sekolah Izzudin Shah, Ipoh juga bertanding di Bachok.

''Namun, keadaan sudah berubah kerana arahan pucuk pimpinan untuk mereka (penyokong Pas) menerima saya sebagai calon," ujarnya.

Jentera BN Negeri Perak Sedia Gempur Dan Tempur

Diambil Dari Blog Daengselili.blogspot.com
Gelombang Biru terbesar di Negeri Perak, program pelancaran Jentera PRU 13 Barisan Nasional di Stadiun Indera Mulia,Ipoh. 


Di anggarkan hampir 10,000 Jentera BN seluruh Negeri Perak digerakkan di dalam satu hati supaya pergerakkan Jentera dikoordinasikan secara serentak dari Ibu Negeri. Kekuatan ini adalah simbol bahawa Jentera Barisan nasional disatukan dibawah satu command yang tersusun. 

Dengan jentera yang disusun dengan serta koordinasikan secara serentak mampu menggugat pembangkang yang lansung tidak tersusun sehingga pergaduhan penyusunan kerusi calon. 


Majlis pelancaran Jentera ini disempurnakan oleh Pengerusi BN Perak, Datuk Seri Diraja Dr. Zambry Abd kadir. Majlis yang bermula seawal pukul 3petang. 

Pelbagai Aktiviti dijalankan bagi memeriahkan majlis sebelum disempurnakan oleh Pengerusi BN Perak.

SANGAP SEKS: Balasan fitnah PAS ke atas BN





KUALA LUMPUR 12 April - Pas yang kini terpalit dengan isu video seks disifatkan sebagai sesuatu yang amat membimbangkan kerana trend membuka aib seseorang itu menunjukkan politik negara masih belum matang.

Aktivis Pas, Mohd. Khairi Awang berkata, perkara itu juga berkemungkinan balasan atau ketentuan Allah SWT terhadap pakatan pembangkang yang selama ini berlumba-lumba untuk mencari aib dan memfitnah para pemimpin Barisan Nasional (BN).

"Sebagai orang Islam, sebarang pendedahan aib seseorang sama ada fitnah atau menegakkan kebenaran adalah salah dan tidak berlandaskan syariat, Islam tidak menghalalkan cara.

"Perkara ini tidak sepatutnya berlaku dalam masyarakat yang memperjuangkan politik matang, kedua-dua belah pihak perlu menolak serangan berbentuk individu, tidak kira pembangkang ataupun BN,'' katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas penyebaran video seks yang dikaitkan dengan individu menyerupai Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali.

Ditanya sama ada perkara yang berlaku berkemungkinan didalangi puak Anwarinas dalam Pas, Mohd. Khairi berkata, beliau tidak mempunyai maklumat mengenai perkara itu.

"Namun, perbuatan cantas-mencantas dan 'pijak-memijak' boleh berlaku di dalam mana-mana parti,'' katanya.

Sementara itu, seorang lagi aktivis Pas, Mohd. Riza Kamaruddin berkata, Mustafa perlu berani membuat laporan polis agar pihak yang bersalah dapat dihadapkan ke mahkamah.

"Pas juga perlu mengambil pendirian tegas, kalau nyata bersalah, ambil tindakan wajar, beri keadilan kepada semua pihak yang tertanya-tanya dalam isu ini," katanya.

Mohd. Riza berharap trend membuka aib individu itu dapat dihentikan kerana perkara tersebut 'mengotorkan' politik negara dan memberi contoh tidak baik kepada generasi akan datang.

Ulamak Pas Suka Hati Pak Dia Nak Bagi Pahala Pada Kroni Yang Berzina

"Kita (PAS) anggap itu satu fitnah...lagi lama dia siar, lagi pahala banyak dapat kepada dia (pemimpin itu). KLIK

"Kita yakin benda itu tidak benar dan dia siar, dia berdosa, biarlah dia siar lagi luas lagi banyak dapat pahala," katanya kepada pemberita ketika ditemui di Rusila, Kuala Terengganu hari ini.

Presiden PAS Abdul Hadi Awang menganggap penyebaran gambar dan DVD lucah yang dikaitkan dengan pemimpin kanan parti itu sebagai fitnah dan bukan masalah besar kepada PAS. KLIK

Beliau berkata perkara itu tidak serius dan pemimpin kanan PAS yang dianggap mangsa fitnah itu tidak perlu memberi penjelasan kepada parti kerana banyak lagi perkara lain yang perlu dibuat ketika ini.


Berita penuh klik sini