Friday 19 April 2013

Calon DUN dan Parlimen PAS Negeri Perak


PAS Perak mengumumkan kesemua nama calon mereka yang akan bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) iaitu bagi 23 kerusi Dewan Undangan Negeri dan 7 kerusi parlimen.


Pengumuman itu dibuat Pesuruhjaya PAS Negeri, Ust. Abu Bakar Hussain pada program di hadapan pejabat PKR Perak.



Berikut adalah senarai penuh calon-calon PAS bagi negeri Perak.



Bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN)



DUN N05 SELAMAUst. Mohd Akmal bin KamaruddinKetua Penerangan Dewan Pemuda PAS (Guru)




DUN N06 KUBU GAJAHMohd Nazri bin DinPengarah Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Perak / Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan LarutAhli Perniagaan




DUN N08 TITI SERONG
Ust. Abu Bakar bin HussainPesuruhjaya PAS PerakPesara Guru




DUN N11 GUNUNG SEMANGGOLUst. Mohd. Zawawi bin Abu HassanKetua Dewan Pemuda PAS PerakGuru




DUN N12 SELINSINGHaji Husin bin DinTimb. YDP PAS Kawasan Bagan SeraiAdun Selinsing




DUN N14 CHANGKAT JERINGDato Seri Ir. Haji Mohamad Nizar bin JamaluddinAJK PAS Pusat/Timb. Pesuruhjaya PAS Perak/ YDP PAS  Kawasan KamparAdun Pasir Panjang/Ahli Parlimen Bkt Gantang




DUN N15 TRONGUst. Norazli bin MusaKetua Penerangan Dewan Ulamak PAS Perak / YDP PAS Kawasan Ipoh BaratAktivis Parti Sepenuh Masa




DUN N16 KAMUNTINGUst. Mohamad Fakhrudin b. Hj Abdul AzizYDP PAS Kawasan TaipingAhli Perniagaan




DUN N19 CHENDEROHDr.(H) Mohamad Azalan b. Mohamad RadziNaib YDP PAS Kawasan Padang RengasDoktor Homeopathy




DUN N20 LUBUK MERBAU
Haji Mohd Zainudin bin Mohd YusofAJK Badan Perhubungan PAS PerakAdun Lubuk Merbau




DUN N21 LINTANGMej (B) Ir. Hj Ahmad Mazlan bin OthmanSetiausaha PAS Kawasan Sg. Siput (U)Jurutera Perunding




DUN N23 MANJOIHaji Asmuni bin AwiPengarah Pilihanraya PAS PerakPeguam




DUN N35 MANONGHaji Jamil Bin Haji DzulkarnainAJK PAS Kawasan Kuala KangsarPesara Bank




DUN N36 PENGKALAN BHARU
Dr. Khairuddin bin Abdul MalikYDP PAS Kawasan TambunDoktor Perubatan


DUN N38 BELANJA
Dr. Najihatussalehah binti Haji AhmadKetua Dewan Muslimat PAS Negeri PerakDoktor Perubatan




DUN N43 SUNGAI RAPAT
Radzi bin ZainonTimb. YDP PAS Kawasan GopengAhli Perniagaan




DUN N47 AIR KUNING
Dr. Ahmad Razi bin OthmanAJK PAS Kawasan TapahDoktor Perubatan




DUN N49 KAMPUNG GAJAH
Ishak bin SaariAJK PAS Kawasan Pasir SalakUsahawan




DUN N51 PASIR PANJANGPuan Rohawati binti AbidinKetua Dewan Muslimat PAS Kawasan LumutAhli Perniagaan




DUN N53 RUNGKUP
Ust. Mohd Misbahulmunir bin Hj MasdukiTimb. Pesuruhjaya PAS Perak / YDP PAS Kawasan Bagan DatohAktivis Parti Sepenuh Masa




DUN N56 CHANGKAT JONGHaji Mohd Anuar bin SudinBendahari PAS Kawasan Teluk IntanADUN Changkat Jong




DUN N58 SLIMHaji Aminuddin bin ZulkipliYDP PAS Kawasan Tanjung MalimPeguam





Bagi kawasan Parlimen




PARLIMEN P54 GERIK
Norhayati binti KassimKetua DMP Kawasan GerikAhli Perniagaan


PARLIMEN P55 LENGGONG
Haji Razman bin ZakariaTimb. Pesuruhjaya PAS Perak / YDP PAS LenggongAhli Perniagaan




PARLIMEN P56 LARUT
Dato' Fauzi bin ShaariBekas Pengarah JSJ PDRM




PARLIMEN P57 PARIT BUNTARDr. Mujahid bin YusofAJK PAS Pusat / Timb. Pesuruhjaya PAS Pulau PinangAhli Parlimen Parit Buntar




PARLIMEN P59 BUKIT GANTANG
Ust. Idris bin Haji AhmadAJK PAS PusatAhli Politik & Guru Agama




PARLIMEN P67 KUALA KANGSAR
Drs. Khalil Idham Lim bin AbdullahAJK Badan Perhubungan PAS PerakAdun Titi Serong




PARLIMEN P69 PARIT
Ust. Muhammad Ismi bin Mat TaibYDP PAS Kawasan ParitAhli Perniagaan




Penyamun Pun Boleh Jadi Calon Inikan Peliwat Jadi PM

Sumber
Dato’ Abdul Hadi bin Abdul Khatab telah dilantik sebagai Presiden Majlis Rundingan Keselamatan (MRK) PKR. Sebagai sahabat karib beliau, saya ingin mengucapkan syabas kepada Dato’ di atas perlantikan tersebut. Saya percaya bahawa rakan taulan yang lain pun turut gembira. Di dalam kegembiraan ini, saya rasa amat kecewa dengan beliau kerana sanggup ‘menggigit tangan yang menyuap’ beliau selama ini kerana kepentingan peribadi dan rakus untuk menjadi calon PKR pada PRU 13 kelak.

Menyertai PKR kerana merasakan beliau teraniaya dan telah dizalimi



Justeru, saya terpanggil untuk menceritakan kepada masyarakat umum mengenai pengalaman saya ketika bersama Dato’ Abdul Hadi semasa dalam perkhidmatan TUDM. Kami mula masuk dalam perkhidmatan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) pada 5 Mei 1974 dan sama-sama menjalani latihan Kadet mulai 5 Mei hingga 30 Okt 1974 serta sama-sama megikuti kursus Asas Penerbangan di Pangkalan TUDM Alor Setar mulai 11 Nov hingga 26 Dis 1974 serta mendapat Tauliah Tetap pada 12 Apr 1984. Dato’ Abdul Hadi seorang yang mudah mesra dengan rakan-rakan dan petah berbicara. Namun, sejak awal lagi Dato’ Abdul Hadi dianggap amat licik dan bijak mengambil kesempatan terbuka serta seorang yang pentingkan diri sendiri di kalangan rakan-rakannya. Beliau memiliki sifat ‘panas baran’ dan seringkali mempamerkan sikap anti-establishment. Sebagai contoh, seringkali menunjukkan sikap melawan dan menentang terhadap lawful command jurulatih Kadet. Walaupun menerima hukuman namun beliau masih tidak serik dan terus berdegil atau ‘keras kepala’.

Beliau bolehlah dianggap berjaya dalam perkhidmatan setelah dinaikkan pangkat Brigadier Jeneral pada 8 Jan 2001 dan menjawat jawatan Panglima Logistik di Markas Logistik Udara. Apa yang mengecewakan, Dato’ Abdul Hadi telah banyak melakukan penyalahgunaan kuasa kelulusan ke atas ratusan jutaan ringgit semua peralatan dan penyelenggaraan TUDM di sepanjang tugasan beliau.Pendek kata calon PKR ini 'panjang tangan' ! Terdapat ramai juga di kalangan staf beliau menghubungi saya dengan memberitahu secara ikhlas bahawa beliau sentiasa mengambil kesempatan untuk mark-up harga asal bagi memperoleh komisen peribadi daripada kontraktor/pembekal berbentuk wang tunai secara sulit dan terancang. Beliau amat bijak dalam aspek ‘penipuan’ ini tanpa meninggalkan sebarang bukti kukuh untuk diambil tindakan oleh pihak ATM. Pesanan ikhlas dari saya sebagai seorang insan yang betul-betul mengenali makhluk Allah yang 'panjang tangan' ini, haramkan lah tangan anda untuk mengundi beliau dan jika anda mengundi beliau,sama seperti anda membela 'pengkhianat' di dalam negara yang sedia aman ini.

Gambar Hiasan - Contoh enjin jet pesawat F-5E yang telah hilang di  Matra 1, Pangkalan Udara Kuala Lumpur. Enjin berkenaan dibawah seliaan beliau selaku Panglima Logisitik Udara
Beralih kepada insiden kehilangan enjin pesawat pula, beliau dengan bangganya mendakwa bahawa orang yang terlibat telah ditangkap namun beliau terlupa bahawa beliau sebagai Pemerintah ketika itu bertanggungjawab sepenuhnya ke atas semua aspek keselamatan termasuk keselamatan enjin pesawat tersebut. Ini jelas membuktikan bahawa Dato’ Abdul Hadi seorang yang tidak bertanggungjawab serta lalai dalam melaksanakan tugas dan amanah yang diberikan oleh pihak ATM. Sekali lagi, sahabat saya ini amat bijak untuk ‘cuci tangan’. Persoalannya, bagaimana PKR boleh mempercayai dan yakin terhadap beliau sebagai Presiden MRK masih menjadi tanda tanya. Tapi……perkara sebegini tidaklah menghairankan kerana PKR itu sendiri Penipu Rakyat. Demi kepentingan peribadi, beliau juga disifatkan sebagai ‘pengkhianat negara’ kerana beliau pernah mendedahkan maklumat strategik TUDM dalam siri ceramah beliau walaupun faktanya tidak tepat dan merupakan pembohongan melampau.

Dato’ Abdul Hadi agak licik mengumpan PKR untuk memenuhi cita-cita peribadinya serta menjadikan PKR sebagai landasan untuk membalas dendam kesumat beliau terhadap ATM dan Kerajaan. Sebagai seorang sahabat, saya menyeru agar Dato’ Abdul Hadi kembali ke pangkal jalan dengan menginsafi di atas segala tohmahan dan pembohongan sebelum ini terhadap ATM dan Kerajaan. Renungilah muka isteri Dato’ yang amat saya kenali, Datin Zabedah bt Baba (KP: 610304-01-5008) serta anak-anak, Fariz Hirzi (KP:831027-14-6251), Fadhli dan Farizi kerana mereka sudah semestinya tidak sanggup melihat suami/bapa menjadi tunggangan pihak berkepentingan terutamanya PKR. Pengalaman saya bersama Dato’ Abdul Hadi dan kenapa beliau bersara dari perkhidmatan ATM akan disambung dalam siri akan datang.

Apa Pulak Meroyannya Makcik Ni

Sumber

Tu la... Dulu hang hina blogger... Skarang tuhan dah balas.....

Tindakan Barisan Nasional (BN) tidak meletakkan pemimpin tertinggi Wanita Umno dan BN sebagai calon dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) mengecewakan dan dianggap penghinaan kepada wanita, kata Naib Ketua Wanita Umno, Datuk Kamilia Ibrahim.



Menurutnya, ia menunjukkan BN tidak beri pengiktirafan sewajarnya kepada pemimpin wanita yang berada dalam hierarki tertinggi organisasi wanita untuk bersama-sama saf kepimpinan parti bertanding pada PRU13.



Beliau, yang juga Ketua Wanita Umno Bahagian Kuala Kangsar berkata, beliau sebagai orang nombor dua dalam Pergerakan Wanita Umno dan BN sepatutnya diberikan peluang bertanding di Parlimen supaya dapat terlibat sebagai pembuat dasar dan keputusan politik.



“Tindakan kepimpinan BN memeranjatkan saya dan wanita lain. Saya kecewa kerana tidak ada pengiktirafan sewajarnya diberi kepada pemimpin Wanita Umno dan BN yang mewakili seluruh wanita Umno dan BN,” katanya kepada Sinar Harian.
Selanjutnya di Medan Info Kita

Ashamsuri : Sebagai seorang peguam, Datuk Kamilia patut faham terma 'winnable candidate'. Di situ pun sudah jelas menunjukkan calon boleh menang. Dia bukan seorang calon boleh menang. Memang tidak dinafikan beliau popular dikalangan wanita UMNO, harus di ingat PRU menuntut landskap yang lebihbesar. Ia bukan sekadar mencakupi undi Wanita Wanita UMNO sahaja. Tidak dinafikan sumbangan wanita amat besar sebagai tulang belakang UMNO dan BN.

Beliau perlu realistik. Beliau menang Naib Ketua UMNO Pusat pun bukan melalui pertandingan undi. Menang kerana tiada pencabar. Mendesak DS Sharizat untuk bertempur dengan DS Rafidah dan beliau memperoleh ' red carpet' sebagai laluan di kerusi nombor dua parti. Kalau kira undi, belum tebntu Datuk. Dan beliau pun tak popular di kawasan sendir. Jarang turun padang. Orang pun tak kenal, kecuali orang UMNO la. Dari segi pengiktirafan, calon calon wanita ramai yang jadi calon, bukan semua ketua harus jadi calon. Chua Soi Lek pun tak jadi calon. Koh Tsu Koon pun sama, Wan Bro KP UMNO Perak pun tak tersenarai, malah ramai lagi lah. Ini kerana banyak penilaian dan saringan yang dilakukan. Muhasabah diri. Takkan kita nak ajar satu satu. Tanya diri sendiri, mampukah aku menang jika tersenarai sebagai calon. Jagoan tak semestinya di barisan hadapan Datuk. Jangan mudah dan cepat melatah.

Mungkin Datuk memikirkan boleh menag iaitu dengan MEMENANGKAN calon lawan la. 

Penzina Penzina Dalam Pas Tak Perlu Dihukum Hudud


Soal Jawab : Tuduhan Zina Mengikut Hukum Ta’zir




Salam…
Ustaz Love menerima pertanyaan daripada seseorang yg menamakan dirinya dengan shahmy.. rentetan daripada entry “Saksi Rakaman Video Kes Zina“..

ustaz, setahu saya didalam undang² islam tidak hanya terdiri daripada hudud semata²..dalam islam ada hudud/diyat/ta’zir betul tak?

apa pandangan ustaz tentang hukuman kesalahan mukazimah zina? eg: berkhalwat/cumbuan/berpelukan?

bukankah mereka boleh dikenakan hukuman ta’zir?

“Mengikut hukum ta’zir, rakaman video itu boleh menjadi bahan bukti terhadap tuduhan zina tanpa perlu empat saksi iaitu hanya berdasarkan qarinah (keterangan persekitaran) atau siasatan forensik.

“Sekiranya berlaku tuduhan zina, maka pelaku boleh didakwa di bawah Seksyen 23 (1) dan (2) Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah Persekutuan) 1997,”
Apa pandangan ustaz?

Dalam hukum jinayah (jenayah) Islam, ada hukum hudud, qisas dan ta’zir.. diyat adalah denda bagi menggantikan hukuman qisas.

Hukum ta’zir hanya boleh dikenakan terhadap pertuduhan yang lebih ringan daripada zina.. dan hukuman itu diputuskan oleh qadhi / hakim dan bukannya ditentukan oleh sang penuduh.
Sebagai contoh, jika seseorang itu merompak, tetapi kadar rompakannya sedikit tidak sampai menyebabkan beliau dikenakan hukuman had potong tangan, maka ketika ini hukum ta’zir boleh digunakan.

Ianya lebih kurang sama dengan hukuman sivil.. sbb ada hukuman penjara, buang daerah, sebat (yg tidak sampai ke tahap had sebatan hukum hudud, penyitaan harta) dsb.. Cuma bezanya ianya dibicarakan dalam mahkamah syariah yang tertakluk pada hukum dan undang2 syariah.
Beza dengan kes zina.. Jika diteliti, ianya berlaku dengan tuduhan awal.. maka itu, had qazaf (tuduhan) disediakan bagi sesiapa yg menuduh tanpa didatangkan 4 orang saksi di mahkamah.. tanpa pengakuan yg dituduh (penzina) atau penuduh mendatangkan 4 orang saksi, maka yang dituduh tak boleh dituduh dengan kesalahan berzina. Itu dah jelas dinyatakan dalam surah An-Nur ayat 4 :

Dan orang-orang yang melemparkan tuduhan (zina) kepada perempuan yang terpelihara kehormatannya, kemudian mereka tidak membawakan empat orang saksi, maka sebatlah mereka lapan puluh kali sebatan dan janganlah kamu menerima persaksian mereka itu selama-lamanya kerana mereka adalah orang-orang yang fasiq
Tetapi jika ketika melihat perbuatan zina itu, beliau cuma ada 2 orang saksi, maka dilaporkan kepada pihak pemerintah.. maka pemerintah akan menjalankan atas pertuduhan selain zina.. sama ada khalwat ke, melakukan perbuatan tak bermoral ke dsb.. tetapi bukanlah atas pertuduhan zina. Dan jika didapati bersalah, maka dijatuhkan hukuman ta’zir (yg lebih ringan berbanding hukum hudud)..Bila tiada tuduhan zina, maka tiadalah hukuman had qazaf..
Namun, Enakmen Jenayah Syariah di Malaysia tidak menggunakan hukuman hudud sebagai sumber hukuman jenayah.. cuma ada hukuman ta’zir.. oleh itu, kesalahan jenayah zina tidak mampu dibicarakan di Malaysia mengikut syariat Islam yg sebenar. Paling kuat pun, setakat mengenakan hukuman ta’zir (yg memberi maksud, sekalipun ada hukum sebatan, tapi tidaklah menyamai sebatan bagi hukum hudud)..

Anwar Hina Tambun


Apakah hinanya nama ‘Tambun’ atau kawasan ‘Tambun’?  Kenapakah ‘Tambun’ perlu dipandang lekeh sehingga merupakan satu kesalahan atau ketidaksesuaian jika seorang Perdana Menteri turut mewakili kawasan ‘Tambun’?
Inilah yang dipersoalkan oleh masyarakat Tambun apabila Anwar membuat U-turn untuk bertanding di Permatang Pauh walaupun sebelum ini diura-urakan akan bertanding di Perak, khususnya Tambun.
Alasannya ialah seorang ‘lebai’ memberitahunya bahawa adalah tidak sesuai jika Perdana Menteri datang dari sebuah kawasan bernama ‘Tambun’.   Nama ‘Permatang Pauh’ lebih sesuai, katanya.
Alasan Anwar ternyata bukan sahaja menyakitkan hati masyarakat Tambun tetapi juga membangkitkan kemarahan rakan-rakan di dalam PR.  Antaranya, Lim Kit Siang dilaporkan ‘mengamuk’ dengan keputusan Anwar yang bertentangan dengan apa yang telah diputuskan bersama sebelum ini.   Calon bagi kerusi Tambun kini diberikan kepada Siti Aishah iaitu Ketua Serikandi PKR Perak.
Soalnya, bagaimanakah seorang ‘bakal PM’ boleh menjadikan nama tempat sebagai alasan untuk memilih kawasan bertanding?  Tidak adakah alasan yang lebih bernas atau ilmiah atau logik untuk dikemukakan?
Sebagai seorang ‘bakal PM’, Anwar wajib memujuk hati masyarakat Tambun yang telah tersinggung.  Alasan dangkal seperti ‘nama tempat’ adalah terlalu umum dan tidak relevan dalam situasi di mana Anwar ingin menjadi PM.   Anwar seolah-olah menyatakan yang orang Tambun tidak layak menjadi Perdana Menteri, sekali gus membunuh keyakinan diri dan cita-cita anak-anak Tambun.
Sikap Anwar memperlekeh nama tempat menunjukkan tahap sebenar pemikiran Anwar yang masih terbawa-bawa dengan kejutan budaya, ingin dilihat hebat sentiasa serta bimbang dipandang rendah.  Dalam kata lain, Anwar mengalami ‘inferiority complex’.
Ini bukanlah mengejutkan kerana Anwar turut dikesan mempunyai berbagai masalah psikologi yang lain antaranya tidak berpijak di bumi nyata dan sering berimaginasi yang dirinya berada sebaris dengan tokoh-tokoh pemimpin bertaraf dunia.  Oleh kerana itu, beliau sering menyamakan dirinya dengan Ghandi, Mandela dan Suu Kyii.
Apapun, hakikat sebenarnya, tiada sebesar hama pun persamaan antara Anwar dengan tokoh-tokoh tersebut.  Mana mungkin seorang yang masih tidak yakin dengan latarbelakang diri dan takut dikaitkan dengan nama tempat yang kurang menarik, layak menjadi pemimpin, apatah lagi Perdana Menteri?