Thursday, 11 April 2013

Kah kah kah.... dap Ni Bongok Betul La... Dah Takde Isu


nga
DAP Perak kini ketandusan isu sehingga mengaitkan perkara yang tidak masuk akal, semata-mata untuk meraih undi menjelang Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU-13).

Terbaru, mereka cuba mengaitkan Barisan Nasional terlibat dalam sindiket perjudian haram.
Setiausaha DAP Perak, Nga Kor Ming mendakwa kononnya sindiket perjudian haram itu menyebelahi parti tertentu dalam menghadapi PRU-13.
Walaupun tidak menamakan parti yang dimaksudkannya tetapi daripada kiasannya, beliau merujuk kepada BN.
Beliau meminta polis melakukan siasatan segera kerana kononnya kegiatan itu  tidak memberi keadilan kepada calon-calon pembangkang.     
 "Saya telah menerima beberapa aduan mengenai sindiket perjudian ini baru-baru ini dan pihak polis menjalankan siasatan segera,’’ katanya pada sidang media di Ibu Pejabat DAP di Ipoh Raya hari ini.
Bekas Ahli Parlimen Taiping dan ADUN Sitiawan itu turut mendakwa terdapat pengundi hantu di beberapa kawasan DUN kerana kononnya ada yang telah berumur lebih 100 tahun.
Tidak cukup dengan itu, Nga juga mendakwa kononnya Manifesto BN telah menciplak dari manifesto pakatan pembangkang.

NGO Mahu Majlis Fatwa Ambil Tindakan Terhadap PokNik


Majlis Fatwa Kebangsaan perlu mengambil tindakan segera ke atas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang kebelakangan ini mengeluarkan kenyataan yang dilihat boleh memesongkan akidah dan memecah-belahkan umat Islam, gesa beberapa badan bukan kerajaan (NGO).

Pengerusi Jawatankuasa Himpunan Ulama Muda (Ilmu), Dr. Fathul Bari Mat Jahaya berkata, isu melibatkan akidah umat Islam terutamanya sengaja menanam kebencian, tidak boleh dibiarkan kerana ia akan memecah-belah umat. 

"Sikap seperti ini seolah-olah nak menyamakan kedudukan kita di tahap malaikat dan seperti nak mengambil alih tugas malaikat yang menulis setiap amalan kita.

"Jangan sibuk nak menghukum amalan atau ibadat orang UMNO kerana yang menentukannya hanya Allah," katanya.

Menyifatkan tindakan Nik Abdul Aziz itu sebagai 'sindrom hukum secara umum', Fathul Bari berkata, Menteri Besar Kelantan itu tidak sepatutnya menggunakan agama untuk tujuan politik. 

Pengerusi Pertubuhan Ilmuan Malaysia, Dr. Fadlan Mohd. Othman berkata, Majlis Syura Pas juga perlu berbincang mengenai perkara itu bagi memutuskan pendirian mereka mengenai setiap kenyataan Nik Abdul Aziz. 

"Majlis Syura Pas perlu berbincang mengenai isu ini seperti mereka berbincang dan membuat keputusan isu penggunaan kalimah Allah dalam Bible versi bahasa Melayu," katanya.

Sementara itu, Timbalan Presiden Jalur Tiga (Jati), Datuk Aidit Ghazali berkata, imej Nik Abdul Aziz sebagai pemimpin Islam berpengaruh sudah tercemar apabila beliau mengeluarkan kenyataan yang langsung tidak mencerminkan nilai-nilai Islam.

"PAS sudah hilang kredibiliti sebagai parti Islam, Nik Abdul Aziz pula buat kenyataan hampir nyanyuk dan hampir 'gila talak agama'. Majlis Fatwa perlu buat sesuatu tak kiralah siapa orang itu kerana (kenyataan) bukan dibuat sekali dua, dah banyak kali," katanya.

Berita Tun Mahathir Meninggal Menjadi Isu Panas



Habis tersebar merata-rata medium jaringan internet di laman-laman sosial tentang berita negarawan ulung, Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang dilaporkan telah meninggal dunia jam 5.24 petang tadi.




Malah turut dikhabarkan negara akan berkabung selama 2 hari selepas Tun M dikatakan rebah serangan jantung di Perhimpunan UMNO Negeri Johor.

Begitulah jahatnya pembangkang yang amat sial sekali.

Demi nak raih undi menjelang PRU13 ini, sanggup mereka memfitnah hingga ke tahap memalsukan berita kematian negarawan ulung kesayangan rakyat Malaysia.

Nampak sangat terdesaknya pembangkang !!!

Dek kerana tidak mampu meraih kepercayaan rakyat, sanggup mereka fitnah berita melibatkan kematian.

Eh... Pembangkang ni apsal tolol sangat haa...!!!