Tuesday, 9 April 2013

Air Tangan Orang Yang Tidak Solat Lebih Hina Dari Khinzir?


Semua orang tahu bahawa kalau meninggalkan solat adalah dosa besar, malahan orang yang tidak solat lebih hina daripada khinzir. Betapa hinanya kita kalau meninggalkan solat seperti yang dikisahkan pada zaman Nabi Musa a.s.

Kisahnya, pada zaman Nabi Musa, ada seorang lelaki yang sudah berumahtangga, dia tiada zuriat, lalu terdetik dalam hati dia (nazar), "Kalau aku dapat anak, aku akan minum air kencing anjing hitam." Nak dijadikan cerita, Allah pun kurniakan isteri si lelaki tadi pun hamil dan melahirkan anak. Apabila dah dapat anak, lelaki ni pun runsinglah. Dia dah nazar nak kena minum air kencing anjing hitam.

Syariat pada zaman Nabi Musa berbeza dengan syariat yang turun untuk umat Nabi Muhammad. Kalau umat Nabi Muhammad, nazar benda yang haram, maka tak payah buat tapi kena denda (dam) atau sedekah. Tapi kalau zaman Nabi Musa, barang siapa bernazar, walaupun haram tetap kena laksanakan nazar tu. Lalu, si lelaki yang baru mendapat anak, dengan susah hatinya pergilah bertemu dengan Nabi Allah Musa dan menceritakan segala yang terjadi ke atas dirinya.

Lalu, Nabi Musa menjawab bahawa lelaki tu tak perlu minum air kencing anjing hitam tetapi akan minum air yang lebih hina dari air kencing anjing hitam. Nabi Musa perintahkan lelaki tersebut untuk pergi menadah air yang jatuh dari bumbung rumah orang yang meninggalkan solat dan minum air tu. Lelaki itu pun senang hati, menjalankan apa yang diperintahkan oleh Nabi Musa tadi.

Lihatlah, betapa hinanya orang yang meninggalkan solat, sampai dikatakan air yang jatuh dari bumbung rumahnya, lebih hina dari air kencing anjing hitam. Itu baru air bumbung rumah, belum air tangan lagi.

Menyentuh bab air tangan, selalu kita suka makan masakan ibu atau isteri kita. Jadi, kepada muslimat sekalian, peliharalah solat kerana kalau meninggalkan solat (kalau tak uzur), air tangan akan menitik ke dalam basuhan makanan; nasi, dan sebagainya. Anak-anak, suami pula yang akan makan makanan yang dimasak. Takkan nak biarkan suami dan anak-anak gelap hati minum air tangan orang tinggalkan solat. Tak tergamak kan?

Tapi lain pula halnya dengan kita hari ni. Pagi petang, mamak. Teh tarik satu, roti canai satu. Ada pulak segelintir tukang masak yang tak solat. Kita pun makan bekas air tangan dia. Gelaplah hati kita, sebab tu liat nak buat kerja-kerja yang baik. Hati- hati dengan apa yang kita makan. Betapa beratnya amalan solat ni hatta Allah syariatkan solat kepada Nabi Muhammad melalui Isra' Mikraj sedangkan kewajipan-kewajipan lain memadai diutus melalui Jibril a.s.

Ketika saat Rasulullah nazak, sempat baginda berpesan kepada Saidina Ali (dan untuk umat Islam), "As-solah as Solah wa amalakat aimanukum". Maksudnya, "Solat, solat jangan sekali kamu abaikan dan peliharalah orang-orang yang lemah di bawah tanggunganmu.."

p/s : Ambillah pengajaran dari kisah ini untuk ahli keluarga kita bersama.

Azmin Menabung Dari Kecil Untuk Membeli Ferrari




Kisah kekayaan Azmin Ali semasa menjadi pegawai khas Anwar Ibrahim sebagai TPM bukan lagi rahsia. Dan kekayaannya masih lagi tak habis walaupun dah bertahun meninggalkan jawatan tersebut.

Untuk makluman pembaca, bukan tidak pernah kes ini dalam siasatan Badan Pencegah Rasuah (BPR). Namun siasatan tersebut tidak sampai ke peringkat pendakwaan kerana halangan dari Anwar Ibrahim.


Siasatan kes ini bermula daripada satu maklumat (yang di tandakan sebagai Lampiran A).

Pemberi maklumat menyatakan dengan jelas pemilikan harta Azmin Ali yang ketika itu 1995 hanyalah Setiausaha Sulit (SUS) Anwar yang bergaji lebih kurang RM2400/=. Kalau sekarang beliau hanyalah gred 41 sahaja di dalam Perkhidmatan Awam.

Ekoran daripada itu, satu repot polis telah dibuat bagi membolehkan BPR menjalankan siasatan (lihat Salinan Repot yang ditandakan sebagai Lampiran B). Repot yang dibuat adalah bertarikh 24.5.1995.




Ekoran itu, satu minit ringkas dikemukakan oleh Allahyarham Basri bin Idris sepertimana Lapiran C berkembar. Ia menunjukkan pemilikan harta Azmin sejak 1991 – 1995, antara lain memiliki sebuah BMW 325i, Proton Wira 1.6 Xli, Proton Satria 1.6 Xli. Proton Perdana 2.0 SE, 1000 saha,m Hicom, sebuah rumah No. 23, Jalan 1/4D Bukit Mas, Taman Melawati seluas 8500 sqft. Hebatkan? BPR siasat ke?


Baca seterusnya di sini : http://theunspinners.blogspot.com/2013/04/kes-azmin-tak-boleh-didakwa-pasal-anwar.html

Kalau ada yang tak percaya Anwar memang salah guna kuasa, anda boleh tengok video pengakuan Tan Sri Musa Hassan bagaimana Anwar memilih beliau sebagai pegawai penyiasat kes liwat dan kemudiannya menyuruh adik Tan Sri yang juga orang kuat Anwar untuk memujuk beliau membersihkan nama Anwar.




*Anwar dan Azmin tak salah guna kuasa ? Lu pikir la sendiri bro!


Nik Abduh Pertahankan Nik Aziz Hina Nabi


Perkataan yang ditulis oleh anak Mursyidul Am PAS ini sangat batil ! Bagaimana tanpa merasa malu dan bersalah beliau telah menyamakan kepimpina Nabi yang maksum dengan ayah beliau yang tidak maksum sedikitpun ...

Maka jangan kerana mahu membela bapa atau ayah beliau mengaitkan kegagalan tersebut kepada kepimpinan Rasulullah saw.

Perbuatan ini sangat kurang ajar dan biadap, selepas kebiadapan ahli-ahli PAS di Mekah pakai baju dan kibar bendera BERSIH 3.0 Ambiga di masjid rumah Allah.

Jangan cari kebinasaan wahai Nik Abduh. Bertaubatlah selepas anda membaca kritikan dan teguran dari ana ini. Semoga Allah membuka pintu hati anda dari berlaku 'suu' adab ma'an Nabiy'

Baca bagimana adab dengan Nabi di sini 

Nik Abduh Hina Nabi Demi Bela Ayah Sendiri - Celaka Celaka Celaka !!! yg menyalak mcm anjing....!!!

Perkataan yang ditulis oleh anak Mursyidul Am PAS ini sangat batil ! Bagaimana tanpa merasa malu dan bersalah beliau telah menyamakan kepimpina Nabi yang maksum dengan ayah beliau yang tidak maksum sedikitpun ...

Maka jangan kerana mahu membela bapa atau ayah beliau mengaitkan kegagalan tersebut kepada kepimpinan Rasulullah saw.

Perbuatan ini sangat kurang ajar dan biadap, selepas kebiadapan ahli-ahli PAS di Mekah pakai baju dan kibar bendera BERSIH 3.0 Ambiga di masjid rumah Allah.

Jangan cari kebinasaan wahai Nik Abduh. Bertaubatlah selepas anda membaca kritikan dan teguran dari ana ini. Semoga Allah membuka pintu hati anda dari berlaku 'suu' adab ma'an Nabiy'

Baca bagimana adab dengan Nabi di sini 

http://diniahfalahiah.blogspot.com/2010/03/sempena-maulid-nabi-niingin-saya.html