Tuesday, 30 April 2013

Calon Pas Di Parlimen Parit Buntar

Biodata Dr. Mujahid bin Yusof

Ahli Parlimen Parit Buntar

Tarikh Lahir : 25 Oktober 1964
Tempat Lahir : George Town, Pulau Pinang

Jawatan Dalam Politik, Kerajaan & NGO
1) AJK PAS Pusat (2005 - Kini)
2) Pengerusi Perpaduan Nasional PAS Pusat
3) Timbalan Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang
4) YDP PAS Kawasan Bayan Baru
5) AJK Pemuda PAS Pusat (2001 - 2005)
6) Pengerusi Dialog Antara Agama Untuk Keamanan Asia Tenggara
7) Ahli Lembaga Pengarah Pusat Zakat Pulau Pinang

Keluarga
Isteri - Zuraida Binti Husin
Anak - 3 Orang


Antara ulasan-ulasan yang berkaitan dengan Dr Mujahid :

Rujuk disini


Saturday, 27 April 2013

Anwar Suruh Siapa Mati?



83 tahun ........ sudah mau mati ...... Kalau dah nak mati, mati sajalah !

83 tahun ya ....... hmmmmm ....

Nik Aziz umur berapa ya ? Jeng, jeng, jeeeeeeeeeng ...... 82 tahun. Tahun depan 83 !

Dan kalau lihat keadaan Nik Aziz sekarang yang sering sakit ..... malah baru ni terpaksa di dukung, bukan papah ok, tapi didukung balik ........ errrr........macam dah tak larat jer ....




83 tahun ........ sudah mau mati ...... Kalau dah nak mati, mati sajalah ! 
Hmmmmm ..... Anwar cakap secara umum atau ada dia sebut dengan nama siapa yang dia tujukan penghinaan itu ?

Kapal Sink Desak Anwar Nyatakan Pendirian Tentang Hudud




KUALA LUMPUR 26 April - DAP mendesak Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan pendiriannya secara tegas berhubung isu hukum hudud dan konsep negara Islam PAS yang tetap diumumkan secara terbuka baru-baru ini.
Pengerusi DAP, Karpal Singh berkata, hasrat pemimpin PAS untuk melaksanakan hudud dan konsep negara Islam menjejaskan persefahaman antara parti dalam pakatan pembangkang malah mengakui dua isu itu akan memberi kelebihan kepada Barisan Nasional (BN).
"Beliau (Anwar) perlu nyatakan pendiriannya. Saya fikir rakyat mahu mendengarnya. (Penasihat DAP) Lim Kit Siang dan (Setiausaha Agung DAP) (Lim) Guan Eng sudah menyatakan pendirian parti, mereka tidak sokong hudud, mereka tidak sokong negara Islam," katanya pada sidang media di Georgetown, Pulau Pinang hari ini.

Karpal menegaskan, pendirian DAP berhubung isu itu bukan saja sebagai pendirian peribadinya tetapi juga bagi pihak parti.

Baru-baru ini, Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din berkata, parti itu tetap akan melaksanakan hukum hudud jika pakatan pembangkang diberi mandat memerintah negara kelak.

Bagaimanapun, kenyataan itu disanggah oleh Karpal yang berkata, DAP tetap menentang pembentukan negara Islam yang mengamalkan undang-undang hudud.