Tuesday, 23 April 2013

Wartawan RTM mati dipercayai diserang penyokong Pas



Wartawan sambilan RTM, Mohamed Yacob, 61, meninggal dunia dipercayai selepas diserang penyokong sebuah parti politik di hadapan rumahnya di Bandar Lama Gua Musang dekat sini kira-kira pukul 1.15 pagi ini.

Kejadian tersebut dipercayai berlaku selepas Allahyarham membunyikan hon kereta kerana tidak berpuas hati laluan masuk ke rumahnya dihalang oleh seorang penyokong parti berkenaan.

Menurut sumber, seorang lelaki yang berada di pejabat parti Gua Musang itu telah datang ke arah mangsa dan berlaku pertengkaran sebelum beliau ditumbuk.

"Isteri mangsa yang berada di rumah terkejut dengan kejadian itu dan terus menjerit meminta pertolongan, tiga lelaki yang berada di pejabat parti telah datang dan menyuraikan keadaan.

"Mangsa yang lebam di muka kemudiannya di bawa masuk ke rumah dan mangsa kemudiannya meminta ubat daripada isterinya sambil mengadu sakit dada, beliau kemudian di bawa ke Hospital Gua Musang dan disahkan meninggal dunia dalam perjalanan," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Nuar Dah Berangan Jadi PM.... Puuuiiihhhhh.....

Anwar berlakon jadi PM di Lambor Kiri


PARIT 22 April - Walaupun belum ada kesepakatan dalam pakatan pembangkang mengenai siapa akan menjadi Perdana Menteri jika mereka menang pilihan raya umum kali ini, Datuk Seri Anwar Ibrahim sudah mula menguar-uarkan dirinya bakal mengangkat sumpah memegang jawatan tersebut.

Ketika kempen Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) baru sahaja masuk hari pertama, Ketua Pembangkang itu mula berangan-angan, malah sudah mencipta skrip yang kononnya akan diucapkan sebaik dirinya sah bergelar Perdana Menteri.

"Mereka umum (kemenangan) lewat 2 pagi, jadi tidak boleh angkat sumpah sebab Yang di-Pertuan Agong sudah tidur, kena buat esoknya.

"Lepas (angkat sumpah) itu, TV3 dan RTM datang beratur nak temuramah. Saya kata pi belakang dulu, kasi pengajaran sikit," katanya dalam ceramah yang dihadiri kira-kira 1,500 penyokong pembangkang di Kampung Teluk Sena, Lambor Kiri di sini malam tadi. - UTUSAN ONLINE

Pesuruhjaya Pas Perak: Ustaz Bergaya Ulamak

Abu Bakar bin Haji Hussian atau dikenali sebagai Ustaz Abu Bakar oleh penyokong PAS. Beliau didalam parti PAS memegang jawatan sebagai Pesuruhjaya PAS negeri. Dalam pilihanraya yang ke 13 akan datang beliau dilihat akan bertanding di DUN Titi Serong (N.08). DUN Titi Serong sekarang disandang oleh calon dari PAS juga iaitu Khalil Idham Lim Abdullah.

Penglibatan Abu Bakar dalam polemik politik banyak menampakkan sifat diktatornya yang mana membuat keputusan tanpa mempedulikan parti sekutunya. Ini berikutan dari laporan yang mengatakan, KLIK SINI

"Pesuruhjaya Pas negeri, Abu Bakar Hussian dalam ceramah di Air Kuning, di sini malam tadi mengumumkan Mohammad Nizar akan bertanding di Changkat Jering, sekali gus mengesahkan spekulasi pemimpin tersebut tidak akan mempertahankan kerusi DUN Pasir Panjang.

Walau bagaimanapun, ceramah itu tidak dihadiri mana-mana pemimpin PKR."

Beliau membuat keputusan tanpa endorsemen dari parti sekutu PKR dan DAP. Walaupun perkara ini mendapat tentangan selepas Pengerusi PKR Perak, Dr Muhamad Nur Manuty, baru-baru ini turut menolak keputusan PAS bertanding di DUN Changkat Jering dalam Parlimen Bukit Gantang. Mungkin sebab dia dari profession perguruan pesara guru besar SMK Raja Chulan, Ipoh terbawa-bawa karektor pengetua tu dalam mengendalikan urusan parti.

Selepas mengumumkan mahu mengambil kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Changkat Jering daripada PKR, PAS Perak berusaha pula mendapatkan DUN Alor Pongsu yang sebelum ini turut ditandingi sekutunya itu.

Pesuruhjaya PAS Perak, Abu Bakar Hussain memberi alasan, permintaan ahli parti akar umbi di Parlimen Bagan Serai, mendorong parti itu mendapatkan DUN Alor Pongsu, tambahan pula kerusi Parlimen berkenaan memang milik PAS yang bagaimanapun bersetuju mengekalkan status-quo untuk Bagan Serai ditandingi PKR seperti Pilihan Raya Umum (PRU) 2008.

Pas Perak dilihat semakin bongkak dan sombong. Pas Perak juga semakin pening dan berserabut. Ini amat jelas dalam tindakan Pas sewaktu pengumuman meletakkan Dato Seri Nizar Jamaluddin sebagai calon Adun di Changkat Jering Perak.


Sungguhpun karektornya kepimpinannya mungkin nampak ada wibawa dan bersih tetapi kelemahan beliau nampak apabila beliau silap kerana memilih orang bawahnya (Timbalan Pensuruhjaya Perak) Nizar Jamaluddin dari kalangan individu yang banyak masalah serta punyai rekod tidak cantik. Di dalam parti PAS sendiri ramai yang tidak menyukai sifat Nizar yang dahulunya pernah jadi Menteri Besar "boneka' kepada DAP ditambah lagi kelakunya yang macam pelawak sarkas sahaja.



Dalam hal isu fatwa suatu ketika dahulu Abu Bakar pernah mengiyakan pendirian orthodoknya ke arah ke"parti"annya tanpa peduli kerasionalannya walaupun ianya adalah badan yang diiktiraf di peringkat nasional. Ini sedikit  sebanyak menampakkan keburukannya dalam menyatakan pendirian secara profesional.
Berikut dibawah adalah sedutan dari artikel tersebut ;

“Majlis Fatwa Kebangsaan perlu bertaqwa kepada Allah sebelum mengeluarkan sebarang hukum kerana mereka akan dihadapkan di hadapan Allah yang berkuasa menentukan hukum haram atau halal,” kata Pesuruhjaya PAS Perak, Abu Bakar Hussian.


“Saya sebagai Pesuruhjaya PAS Perak ingin menjelaskan bahawa menyertai Bersih 3.0 tidak haram kerana ia bertujuan baik iaitu mencari keadilan dan demokrasi yang telus, tidak melanggar undang-undang kerana peserta tidak memasuki kawasan larangan berhimpun. 


“Peserta juga tidak mencetuskan huru hara, sebaliknya yang mencetuskan huru hara tersebut adalah pihak polis yang menyerang, menangkap dan memukul peserta Bersih 3.0 tanpa sebarang sebab. Maka, berdasarkan keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan sepatutnya Perhimpunan Bersih 3.0 tidak sepatutnya dianggap sebagai haram,” dakwanya melalui satu kenyataan media hari ini,. 

Abu Bakar seterusnya mendakwa, Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia perlu memahami perkara tertentu terlebih dahulu supaya tidak mengeluarkan fatwa membuta tuli tanpa memahami realiti sebenar.


Soalnya sekarang bolehkah sifat pemimpin begini kita angkat sebagai wakil kepada rakyat di Dun Titi Serong untuk pilihanraya umum yang akan muncul tidak lama lagi? Bolehkah dia mendengar dan mengambil tentang tahu hal kebajikan rakyat sedangkan diketahui beliau jenis yang "bossman". Ketelusan dalam organisasi dipertikai kerana sifat kroninya apabila masih menyokong dan membela Nizar Jamaludin walaupun diketahui Niza ini meroyan dan banyak bermasalah.

Akhir sekali dia ni makan duit pencen bekas guru dari kerajaan tiap-tiap bulan tetapi kemudian menentang dan memburukkan kembali kerajaan yang pernah berjasa memberinya pekerjaan kepadanya dulu dan sekarang.